ADUN Luyang umum keluar DAP Posted: 26 Sep 2013 06:49 PM PDT Bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan bekas Penasihat DAP mengesahkan perkara itu di sini. Dengan itu, King Cheu dipercayai ADUN pertama keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas di negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau akan menghantar surat peletakkan jawatannya ke Ibu Pejabat DAP Pusat, hari ini.
King Cheu setakat ini bagaimanapun enggan memberikan sebab keluar DAP sebaliknya ketika dihubungi Berita Harian, beliau akan memberikan kenyataan pebuh berhubung perkara itu petang ini selepas menghantar notis kepada parti.
Pada 12 Ogos lalu, King Cheu meletak jawatan sebagai Penasihat DAP berikutan pertelingkahan antara wakil rakyat DAP berhubung isu pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
DAP Sabah mahukan ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing dilantik Ketua Pembangkang tetapi King Cheu mencadangkan semua 12 ADUN pembangkang mengangkat tangan bagi memilih Ketua Pembangkang. |
PAS sudah bersedia jumpa Umno Posted: 26 Sep 2013 12:11 PM PDT Selalunya PAS seperti kata al-Marhum Ustaz Fadzil Noor tak bulo' (bulur) untuk berurusan dengan Umno apabila anjuran Umno mencadangkan supaya kedua-dua parti politik orang Melayu bertemu atas apa-apa tujuan jua.
Dalam suasana demikian tidak putus-putus orang dari berbagai kedudukan bersuara marilah PAS bersama Umno.
Yang terakhir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin dengan serba galak mengajak lagi PAS supaya bersemuka atau duduk semeja dengan Umno tanpa mempedulikan semboyan kencang PAS belakang ini untuk PAS ganti Umno.
PAS menjelajah seluruh ceruk rantau mengumandangkan PAS ganti Umno dalam masa beberapa tahun ini. Dan PAS tidak main-main. Habis peluh dan air liur dari badan berkempen bagi mencapai PAS ganti Umno.
Seminggu selepas Muhyiddin mempelawa lagi, Presiden PAS Tok guru Haji Abdul Hadi Awang menjawab, 'Ya PAS bersedia untuk bertemu Umno.
Jika ajak-ajak Muhyiddin itu tidak pernah ditakwil motif dan muslihatnya, maka jawapan Tok guru itu juga tidak perlu ditakwil niat dan politiknya.
Maka semuanya sekarang laksana bola berada di kaki Muhyidin. Tidak usah repot lagi. Mari berjumpa saja. Empat mata tak elok. Walaupun yang ketiga selain mereka berdua adalah Allah, tetapi Islam mengajar supaya ada saksi. Tak usah ditanyalah mengapa Allah menghendaki ada saksi.
Maka sekarang boleh diadakan pertemuan enam mata atau lapan mata atau beberapa orang Umno bersama beberapa orang PAS.
Tak usah ditanya apakah PAS akan tinggalkan Pakatan atau Muhyiddin mahu menyambung semula misi Tun Razak mengadakan hubungan Perikatan-PAS dalam suasana baru BN-PAS demi tujuan politik yang lebih besar.
Tak usah difikirkan itu semua. Kegagalan Razak-Asri itu adalah sejarah pahit untuk semua yang payah difikirkan untuk diulangi.
Tak usahlah masing-masing untuk memikirkan yang besar-besar dan yang mngkin meletupkan sesuatu.
Jangan ingatkan PAS akan tinggalkan Pakatan dan tiada kemungkinan dalam waktu yang terdekat ini sebaik saja Ustaz Hadi bertemu Najib atau Muhyidin, PAS akan keroyok Kit Siang dan DAP. Hanya orang gila akan ingat dan mimpikan itu.
PRU 1974 di mana PAS dan Umno tidak bertembung sama sendiri tak akan berulang lagi kecualilah Umno sudah dipadamkan dari ROS.
Kalau semua itu tidak mungkin, maka buat apa sebok-sebok untuk bertemu? Tentu Muhyiddin lebih tahu dan tidak perlu diberitahu. Tahulah dia apa yang patut dibuat jika ajakannya itu bukan ajak-ajak ayam. Ajak-ajak Muhyidin janganlah sama dengan ajak-ajak ayam.
Mungkin mereka dapat selesaikan isu orang PAS tidak dibenarkan jadi jawatan kuasa masjid boleh diselesaikan. Untuk permulaan mungkin payah sikit membuka jawatankuasa masjid dan surau kepada orng PAS, tetapi sekadar untuk menjadi tok siak tidak mengapa agaknya. Sekarang jadi tok siak pun tak boleh.
Mungkin orang PAS yang jadi guru tidak terhalang lagi untuk jadi guru kanan terutama ketika kementerian pelajaran mahukan guru-guru terbak. Bukan setiap yang jadi PAS akan jadi guru terbaik, tetapi ada antara ahli PAS itu guru yanag baik.
Maka tidaklah mereka akan disekat kenaikan pangkatnya.
Mahyuddin tentu tahu banyak yang perlu diharmonikan jika Umno tidak melihat PAS itu lebih teruk dar hantu raya.
Banyak yang Umno boleh bincangkan dengan PAS. Tidaklah PAS keras kepala. Pernah Anwar Ibrahim semasa jadi TPM bahawa Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Syed Ibrahim Abdul Rahman bertemu denan Dr Mahathir dan Anwar di kediaman Dr Mahathir.
Tak usah bincangkan apa yang dicapai, tetapi PAS telah sambut pelawaan itu. |
0 ulasan:
Catat Ulasan