Isnin, 23 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Presiden Umno: Kenapa Ku Li tak jadi bertanding?

Posted: 22 Sep 2013 03:06 PM PDT

Tetapi sampai jam 5 petang, wakil Ku Li tidak datang menandakan Ku Li yang dihebohkan sebelum ini akan bertanding jawatan Presiden Umno tidak jadi berbuat demikian.

Menurut pemerhati politik, tindakan Ku Li itu amat bijak kerana beliau tahu bukan mudah untuk menawan 146,000 orang perwakilan dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan. Kalau perwakilan masih 2,600 orang mungkin Ku Li mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sabtu lepas, Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno buat penggal kedua.

Jadi Ku Li tak mahu buang duit dan buang masa. Buat apa beliau habiskan duit (untuk jenteranya) kerana belum tentu perwakilan akan mengundinya setelah "dikepung" oleh semua perhubungan Umno negeri yang mahu kepimpinan Najib-Muhyiddin dikekalkan buat penggal kedua.

Ku Li yang seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba dan Tun Musa Hitam akhirnya mengakui bahawa beliau tidak lagi relevan dalam Umno.

Dicabar

Malah jawatan Ketua Umno Bahagian Gua Musang yang disandangnya sejak 51 tahun lalu dicabar Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Bazlan Baharuddin.Sebelum ini Ku Li sudah umum tidak mahu bertanding jawatan Ketua Bahagian tetapi beliau didesak akar umbi agar mempertahankan jawatan.

Memang mustahil Ku Li kalah tapi undi yang dipungut Bazlan akan menunjukkan kepimpinan Ku Li sudah tidak diterima sepenuhnya ahli Umno Gua Musang. Ia tentu memalukan Ku Li yang selama ini dianggap sebagai arkitek pembangunan Gua Musang.

Kalau di peringkat bahagian, sokongan penuh kepadanya sudah tidak jitu, mana mungkin beliau mahu mencabar jawatan Presiden Umno? Inilah yang difikirkan Ku Li semasak-masaknya.

Kali pertama dan terakhir beliau bertanding jawatan Presiden Umno ialah pada 24 April 1987. Beliau mendapat 37 pencalonan tetapi kalah tipis di tangan Dr Mahathir yang menang dengan majoriti 43 undi. Kekalahan itu menyebabkan penyokongnya mengheret kes itu ke mahkamah yang menyebabkan Umno dibatalkan pendaftarannya pada tahun 5 Februari 1988.

Ku Li tidak dibenarkan menyertai Umno (baru) oleh Dr Mahathir pada tahun 1988 setelah Umno (baru) dihidupkan. Ini menyebabkan beliau menyertai Semangat 46 untuk memulihkan Umno lama.

Membubarkan

Dua kali Semangat 46 bergabung dengan DAP dan PAS untuk menjatuhkan BN dalam dua pilihanraya umum 1990 dan 1995, akhirnya Ku Li membubarkan parti itu pada tahun 1996 setelah rakyat menolak mereka dan tetap bersama BN.

Ku Li menyertai semula Umno pada tahun 1996.Pada tahun 1996, beliau cuba bertanding kerusi Naib Presiden Umno tetapi disekat kerana tidak cukup kuota (15 pencalonan).

Pada tahun 2000, beliau cuba bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) tetapi tidak cukup kuota. Pada tahun 2004, beliau cuba bertanding kerusi Presiden menentang Pak lah tapi gagal mendapat kuota juga.

Pada tahun 2008, beliau juga mahu menentang Pak Lah yang akhirnya Pak Lah berundur tetapi tidak cukup kuota untuk menentang Najib. Pada tahun 2013, Najib sudah menghapuskan kuota tetapi semua Pengerusi Perhubungan negeri memutuskan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, maka "kepungan" mereka menyukarkan peluang Ku Li untuk menang. Apatah lagi bilangan perwakilan bertambah dari 2,600 orang kepada 146,000 orang.

Jadi Ku Li fikir sebaik-baiknya tak payahlah beliau bertanding jawatan Presiden Umno. Buang masa dan buang duit sahaja. Najib bukan seangkatan dengannya.

Kalau bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih dalam Umno, mungkin Mat Taib yang layak menentang Najib kerana beliau seangkatan dengan Najib dan Muhyiddin menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 1993.

READ MORE HERE

 

Ulama Perempuan

Posted: 22 Sep 2013 12:49 PM PDT

SESETENGAH orang akan tertoleh dua kali seperti tersalah dengar apabila mendengar perkataan "ulama perempuan". Dua perkataan yang seperti tidak boleh disebutkan seiringan. "Orang perempuan mana boleh jadi ulama. Kan orang lelaki saja boleh," kata sesetengah orang. Ada yang malah menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat bertentangan dengan Islam.

UlamaPerempuan

Poster  tayangan Ulama Perempuan

Namun, apakah persepsi ini benar? Mengapa wujud persepsi begini? Apakah benar tidak ada ulama wanita dalam sejarah dan tradisi Islam?

Justeru saya ingin mengetengahkan sebuah gerakan "Pengkaderan Ulama Perempuan" di Indonesia melalui dokumentari saya Ulama Perempuan yang ditayangkan pada 20 Sept 2013.  Sebenarnya filem saya masih belum begitu siap, namun saya tayangkan juga sekadar untuk memulakan perbincangan mengenai isu ini.

Ulama perempuan

Apakah lupa bahawa Siti Aisyah r.a. itu juga dianggap sebagai ulama dan mufti. Ramai para sahabat yang bertemu beliau untuk belajar dan meminta nasihat tentang hal-hal agama.  Begitu juga Rabiah Al Adawiyah, ramai ulama-ulama  besar lelaki yang turut berguru dengannya.

Al-Muhaddithat: The Women Scholars in Islam, buku kajian Felo Penyelidik dari Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Dr Mohammad Akram Nadwi, mengemukakan 8,000 perawi hadith wanita yang selama ini tidak pernah diwar-warkan pada umat Islam, sehingga hampir seluruh umat Islam menyangka bahawa perawi hadith mestilah hanya orang laki-laki saja.

Sekali lagi, seluruh umat Islam seperti terlupa bahawa perawi hadith yang penting dan utama ialah Siti Aisyah r.a.

womenbookcover

Al Muhaddithat: The Women Scholars in Islam

Tahukah anda bahawa mengambil air sembahyang itu ialah hasil dari perawian hadith seorang wanita, iaitu Rubiyya Muawidh ibn Afrah?  Menurut Dr Muhammad Akram, Rubiyya merupakan perawi hadith yang hebat, yang banyak dipetik oleh Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah.

Read more at: http://www.thenutgraph.com/ulama-perempuan/ 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved