Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-
Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Posted: 21 Sep 2013 07:19 PM PDT Seperti yang disebutkan dalam posting yang lepas, satu-satu dasar itu amat wajar mendapat persetujuan dan sokongan dari semua pihak dan semua pihak itu memahami kenapa dasar itu wujud. Rakyat semua kaum dan kawasan mesti terlebih dahulu tahu apa kah nilai atau 'roh' kepada satu-satu dasar yang diwujudkan itu dengan berunding dengan baik dan sejujurnya kerana kita memerlukan sokongan yang kuat dari semua pihak. Malahan kita mahukan kerjasama dan bantuan dari semua bagi menjayakan matlamat dasar itu. Tetapi jika pimpinan sekarang yang memulakan tindakan berinteraksi dengan semua pihak khususnya dengan kaum-kaum bukan Bumiputra, saya amat yakin bukannya mudah bagi mereka untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan itu. Ia tentunya bersebab dan beralasan. Sebab-sebabnya ialah kerana rekod-rekod yang lampau serta pengalaman yang dilalui sebelum ini apabila dasar yang di persetujui ramai itu tidak terlaksana dengan jujur dan berkesan. Untuk lebih memahami situasi kenapa artikel ini tertulis ialah tentang kegagalan DEB, satu dasar yang dilancarkan setelah melakukan segala pemikiran dan penganalisaan yang terpeninci itu. DEB bukan sahaja merupakan dasar 'social engineering' yang terbaik ia juga merupakan 'instrument' kearah perpaduan nasional yang sangat 'effective' dan boleh diguna pakai dalam tempoh masa yang panjang. DEB bukan sahaja telah memberikan lonjakan kedudukan ekonomi Bumiputra, ia juga adalah dasar yang juga menguntungkan bukan bumiputra dari awal lagi dasar itu di laksanakan. DEB merupakan penawar yang sangat mujarab untuk memulihkan rasa tidak puas hati diantara kaum selepas kejadian 13 Mei 1969 dahulu. Bukan Bumiputra lah yang menjadi kontrakter besar-besar dalam perlaksanaan segala infrastruktur untuk kemajuan Bumiputra. Pendeknya semua kaum merasakan nikmat dasar ekonomi baru itu yang bermatlamatkan perpaduan nasional melalui pembahagian kesempatan dan peluang secara 'equitable' diantara semua kaum. Tiada keresahan diantara kaum-kaum bukan Bumiputra kerana mereka sendiri merasakan nikmat DEB yang dirancang dengan begitu teliti itu. Saya pernah berkerja sebagai pegawai kecilan di satu perbadanan yang melaksanakan pemindahan kekayaan negara kepada Bumiputra, telah berkerja siang dan malam untuk memainkan peranan yang sangat penting untuk menambah pegangan ekuiti Bumiputra, melihat dengan sendirinya bagaimana kejayaan usaha menambah kekuatan Bumiputra dalam bidang industri dan perdagangan. Ini adalah hasil dari perlaksanaan dasar yang bersungguh oleh semua pihak, Bumiputra sendiri, sokongan dari rakan-rakan bukan Bumiputra serta agensi-agensi pelaksana dan penggubal-penggubal dasar. Maka dengan jelas pegangan ekuiti Bumiputra telah meningkat dengan pantas dari 2.7 peratus pada tahun 1970 kepada 18.4 peratus pada 1983 dahulu. Dari mula DEB di lancarkan sehingga 1983 kita telah melihat bagaimana kaum Melayu dan Bumiputra telah meningkatkan bilangan mereka dalam bidang perniagaan secara 'organic' dan menjadi peniaga yang berjaya dan bilangan 'rent seekers' dikalangan orang yang bergiat dalam politik susah hendak kita jumpai seperti hari ini. Perkembangan dan kemajuan DEB itu terbantut setakat itu kerana pentadbiran baru pada tahun lapan puluhan telah mengabaikan dasar yang begitu 'holistic' itu dan tidak lagi berusaha untuk menambah dan menokok nilai tambah kepada dasar yang telah diterima semua dan menampakkan kejayaan yang nyata itu. Pentadbiran barui pada tahun lapan puluhan lebih berminat untuk mempercepatkan pembangunan secara 'express' dan menganggap DEB yang telah dirancang dan menunjukan jasa itu sebagai dasar yang melambatkan pembangunan negara. Bagi pentadbiran baru semasa itu matlamatnya ialah untuk melihat pembangunan fisikal negara dan mengabaikan pembangunan dalam bidang yang lain seperti pembangunan sikap dan nilai kemanusiaan. Bagi pentadbiran baru semasa itu, pembangunan fisikal adalah 'nation building' sedangkan hakikatnya pembangunan fisikal itu merupakan sebahagian yang sangat kecil dalam istilah 'nation-building' itu. Maka wujudlah budaya mencari kekayaan dengan cepat dan bermulalah elemen rasuah yang akhirnya tidak dapat lagi dikawal pada hari ini. Kepesatan pembangunan fisikal tidak diselarikan dengan pembangunan moral dan spiritual politik negara itu sendiri. Semua pemimpin termasuk Abdullah Badawi semasa mula mengambil alih kepimpinan dahulu berkata yang kita mempunyai infrastruktor dunia pertama tetapi masih dengan mentality dunia ketiga. Maka wujudlah masyarakat dan rakyat yang tidak seimbang pembangunan jiwa dan fisikal mereka. Itu sebabnya kita melihat mereka yang berkuasa dan orang disekeliling yang berkuasa tidak merasa malu menunjukan kekayaan yang mereka perolehi dari rasuah dan kuasa itu. Malahan mereka berasa bangga dan tidak merasa bersalah walau sedikit pun dihadapan rakyat yang ramai. |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan