Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Pas minta pemimpin DAP tonton Tanda Putera
- “Cium Mulut” Najib, Anwar lebih cepat jika Presiden Umno tidak ditandingi
- Usaha buang Waytha
- 13 Mei bukan sekadar Melayu gaduh dengan Cina, kata bekas ketua pengarang Utusan
- Ahmad Nisfu: Nasib seniman Malaysia
Pas minta pemimpin DAP tonton Tanda Putera Posted: 31 Aug 2013 03:41 PM PDT Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci. Menurutnya, pihak yang berasakan terdapat kesilapan dalam pembikinan Tanda Putera selepas menonton filem itu boleh membincangkannya secara membina untuk diperbetul bagi kepentingan generasi akan datang. Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyiarkan filem itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau lokasi khusus bagi semua pemimpin menontonnya dan membuat penilaian. "Bagi saya filem itu berasaskan fakta sejarah, jadi semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya mesti membuat kajian, buat satu cerapan mengenai fakta-fakta yang mahu dipertontonkan sama ada di peringkat penulis skrip, pengarah atau penerbit. "Saya yakin kajian sudah dibuat sebab jika tidak dan fakta itu salah, maka akan dikritik, ditohmah dan macam-macam lagi kerana kita tahu sejarah tidak boleh diubah. Cuma untuk berlaku adil saya mencadangkan tontonlah dulu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Filem itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melarang tayangannya di negeri ini kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman. Walau bagaimanapun, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kemudiannya menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian. Mengulas mengenai arahan Guan Eng itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengakui beliau turut keliru dengan kenyataan bercanggah Ketua Menteri berkenaan. Sementara itu, mengulas cadangannya supaya semua Ahli Parlimen dan Senator dipertontonkan filem tersebut, menurut Takiyuddin, usaha tersebut boleh dilakukan bagi memberi peluang kepada semua pihak menyatakan pandangan dan kritikan.
|
“Cium Mulut” Najib, Anwar lebih cepat jika Presiden Umno tidak ditandingi Posted: 31 Aug 2013 03:35 PM PDT Walaupun beberapa pemimpin Umno menolak hasrat dan tawaran Anwar untuk mengadakan dialog atau kerjasama dengan Najib sebagaimana yang diluahkannya dalam perutusan sempena sambutan Merdeka dua hari lalu tetapi episod ini telah menelanjangkan lebih banyak perkara yang terlindung selama ini. Setelah isu ini timbul beberapa kali sejak berakhirnya piliharaya umum lalu, kini seperti diyakini bahawa kerjasama antara Najib dan Anwar ini akan menjadi kenyataan juga akhirnya. Dengan beberapa kali isu ini timbul juga, ia seakan mengiyakan bahawa Najib dan Anwar sudah saling bermain mata sebelum ini dan hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk menjalinkan kerjasama atau "cium mulut" dalam bahasa atau istilah budak-budak rock zaman sekarang, menjadi kenyataan. Jika sebelum ini ketika ditemubual oleh portal berita luar negeri, The Edge Review dan Asia Sentinel, Anwar yang mendedahkan tentang hasrat Najib ingin berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengannya, kali ini nampaknya Anwar pula meluahkan keinginan itu. Dan jawapan balas atau penafian Najib mengensi berita itu cukup lembut dan berdiplomasi, tidak terlihat tanda-tanda melenting atau penafian yang keras. Penjelasan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hanya menyebut isu kerjasama itu sebagai rekaan dan imaginasi penulisnya semata-mata dan tidak mengatakan ianya sebagai fitnah. Berbeza sekali dengan beberapa ungkapan kasar dan emosional yang pernah dilafazkan oleh Najib ketika berhadapan dengan fitnah dan serangan pembangkang selama ini, termasuk pernah menggelarkan "haram jadah" kepada para peneroka Felda. Tetapi dalam isu dakwaan Anwar bahawa Najib yang ingin dulu memulakan langkah berbaik-baik dengannya, tak peduli sama ada ianya rekaan, imaginasi, fitnah atau sebaliknya, Najib seolah-olah tidak terkessn atau terganggu sama-sekali, bahkan seperti menerimanya sambil tersenyum mendengarnya. Bahkan, dalam penjelasan yang hanya dikeluarkan setelah hampir seminggu dijaja oleh Anwar, ia juga menyebut kerjasama dalam apa bentuk sekali pun tidak mungkin berlaku selagi Pakatan Rakyat tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, bahkan terus mempertikaikannya. Ewah, ewah... begitu berbudi bahasa dan lemah lembut penjelasan Najib mengenainya! Kini setelah Anwar sendiri meluahkan hasrat menawarkan kerjasama dengan kesediaan menerima keputusan pilihanraya umum lalu, reaksi Najib turut cukup santai. Walaupun ianya dibawa dalam perbincangan MT Umno dan seperti yang disebut oleh Hishammuddin bahawa Najib akan menjelaskan isu itu di lain ketika, Perdana nampaknya sekali lagi tidak terganggu dengannya bahkan kepantasannya membawa perkara itu ke dalam mesyuarat MT tidak lebih menunjukkan keterujaannya dan ingin melihat reaksi daripada pemimpin-pemimpin Umno yang lain mengenainya. Walaupun Hishammudin, Khairy Jamaluddin, Mukhriz, Nazri Aziz dan Tengku Adnan dilihat memberi reaksi menolak dan skeptikal terhadap hasrat Anwar itu tetapi mereka ini juga merupakan pemimpin yang mudah akur jika Najib menyatakan sebaliknya mengenai hasrat Anwar itu. Dilihat dari sudut logik dan kedudukan Najib serta Anwar, penyatuan antara kedua pemimpin ini memang tidak mustahil akan berlaku. Anwar kini berdepan dengan isu mahkamah mengenai kes liwat dengan Saiful Bukhari dan mengharapkan penyelasaian yang memihak kepadanya supaya tiada lagi titik-titik hitam dalam persepsi umum terhadapnya. Meskipun keputusan pilihanraya umum lalu memperlihatkan PR mempunyai harapan yang lebih cerah dalam pilihanraya lima tahun akan datang berikutan pengundi bandar dan separa bandar makin meningkat, pengundi muda dijangka mencecah angka 5 juta dan tembusan internet yang makin meningkat tetapi isunya tempoh empat atau lima tahun cukup lama bagi Anwar yang sudah berusia 65 tahun sekarang ini. Dengan menjalin kerjasama atau cium mulut dengan Najib serta mungkin disertai dengan kemungkinan kembali menyertai kerajaan, kes mahkamahnya boleh diuruskan dengan baik. Walaupun ia mungkin menyebabkan Anwar terbantut hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jika kegagalan itu ditampung dengan penonjolan beberapa orang kepercayaannya menyertai kerajaan seperti Azmin Ali, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli, ia mungkin sudah memadai bagi Anwar dan boleh membuatkannya meninggal dunia suatu hati nanti dalam keadaan mata terpejam.
|
Posted: 31 Aug 2013 03:31 PM PDT Sekurang-kurangnya tiga menteri, Datuk Seri Hisshamuddin Hussein Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri dan Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Moothy tidak layak berada dalam barisan kerajaan dan eloklah dia meninggalkan jawatannya.
|
13 Mei bukan sekadar Melayu gaduh dengan Cina, kata bekas ketua pengarang Utusan Posted: 31 Aug 2013 03:25 PM PDT Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu. "13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56. "Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya Puncak Alam, Selangor. Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan dapat kembali menjajah. "Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara tidak sihat dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura. Katanya British sebenarnya tidak mahu memberi kemerdekaan di negara ini namun mereka terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat bukan saja di Malaya pada ketika itu termasuk di seluruh Nusantara selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Kerana itu katanya, para sejarawan negara perlu kembali kepada sejarah dahulu dan meneliti unsur-unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat. Mengulas cadangan Lim Kit Siang yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula peristiwa 13 Mei, Said menyifatkan ia cuma permainan politik dari seorang ahli politik. "Tidak ada salah untuk mengkali semula insiden tersebut namun hakikatnya kita kenal siapa Lim Kit Siang, beliau seorang ahli politik hanya mengambil kesempatan atas tragedi tersebut," kata Said.
|
Ahmad Nisfu: Nasib seniman Malaysia Posted: 31 Aug 2013 03:04 PM PDT Itulah nasib seniman Malaysia. Kalau di Hollywood, Tan Sri P. Ramlee sudah jadi jutawan tetapi di Malaysia, P. Ramlee sebagai pengarah, pelakon, penyanyi dan pencipta lagu hidup miskin. Kalau pelakon watak utama seperti P. Ramlee hidup miskin, apatah lagi pelakon pembantu seperti Ahmad Nisfu. Ahmad Nisfu berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri. "Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku." Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Tagline ini yang membuatkan Ahmad Nisfu terkenal. Malah P. Ramlee memanggilnya Paq Besaq (Pak Besar) kerana lubang hidungnya yang besar. Teman rapat Menurut arwah Norizan bekas isteri P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P. Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P. Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar. Pada tahun 1959, Ahmad Nisfu muncul dalam filem Nujum Pak Belalang sebagai Raja. Dalam filem ini P. Ramlee yang menyindir raja yang zalim yang sanggup menghukum Pak Belalang jika dia gagal membawa pulang mahkotanya yang hilang. Pak Belalang berkata kalau mahu ambil mahkotanya di dalam gua, maka Raja kena masuk merangkak ke dalam gua. Itulah sindiran P. Ramlee kepada raja. Pada tahun yang sama, Ahmad Nisfu berlakon sebagai raja juga dalam filem Musang Berjanggut. Dalam Pendekar Bujang Lapok, (1959), Ahmad Nisfu jadi ketua samseng. Beliau bukan sahaja boleh berlakon dalam filem komidi malah beliau juga muncul dalam filem serius seperti Antara Dua Darjat (1960) sebagai bapa Saadiah yang tidak mahu Saadiah berkahwin dengan bukan keturunan Tengku. Dalam filem Seniman Bujang Lapok (1961), Ahmad Nisfu berlakon sebagai pengarah filem yang pengsan gara-gara P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin yang menjadi pelakon. Ahmad Nisfu memegang watak kecil dalam Ibu Mertuaku (1962) yang menjadi promoter kepada Kassim Selamat mengelilingi Malaya. Pada tahun 1964, beliau muncul dalam filem Tiga Abdul sebagai bapa mertua yang mahu membolot harta P. Ramlee tiga beradik. Manakala dalam filem Madu Tiga, beliau menjadi bapa mertua kepada P. Ramlee yang menyokong tindakan menantunya berpoligami. Kombinasi Ahmad Nisfu dengan P. Ramlee dalam filem-filem lakonannya menjadi. Jika watak itu diserahkan kepada orang lain, mungkin Madu Tiga, Tiga Abdul, Nujum Pak Belalang tidak sehebat mana.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan