Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Posted: 26 Aug 2013 01:41 PM PDT "Yes I am a Hindu. I am also a Muslim, a Christian, a Buddhist, and a Jew." – Mahatma Gandhi. Sebagai seorang individu yang cukup bertuah kerana dilahirkan di negara Malaysia sebagai penganut Hindu serta pengamal inter-faith, saya tidak melepaskan peluang mendalami pelbagai ajaran dan agama sejak usia kanak-kanak. Satu-satunya tokoh pemimpin Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad yang juga dikenali dengan nama-nama Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Amin, al-Muqaffa' dan al-Aqib; sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Al-Tirmizi dan Ahmad. Apabila ada peluang, saya membaca buku-buku berkaitan Rasulullah – selain mengenai Mahatma Gandhi, Guru Nanak, Siddharta Gautama Buddha, Jesus (Nabi Isa) dan sebagainya – untuk belajar menjadi insan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, agak mengecewakan – dan amat memalukan – apabila Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 19 Julai 2013 melihat kekaguman saya terhadap ketokohan dan kepimpinan Nabi Muhammad sebagai alasan untuk "menyeru" saya memeluk agama Islam. Dakwah negatif yang mereka lakukan bukan sahaja membuktikan kejahilan dan kebodohan mereka, malah memberikan gambaran seolah-oleh Rasulullah hanya "milik" umat Islam dan golongan Bukan Islam (Tidak Islam) tidak berhak mengagumi kehebatan, ketokohan dan kepimpinan Baginda. Suka saya menyarankan – "menyeru" – orang-orang dalam ISMA membaca buku seperti The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History (2001), Life of Mohamet (1889), Mohamet and Islam (1895) dan Mohammad at Mecca (1953); serta membaca pandangan tokoh dan sejarahwan dunia pelbagai kaum dan agama mengenai Nabi Muhammad. Atau ISMA boleh juga melaburkan sedikit wang (RM18.00) untuk membeli dan membaca buku Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih Allah (2013) tulisan Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi untuk memahami betapa kehebatan Baginda bersifat universal dan tidak patut dikongkong atau ditempurungkan seperti dilakukan ISMA dan sekutunya. Bak kata Zahiruddin, "hanya kesombongan serta kebodohan diri sahaja yang menghalang manusia daripada melihat Baginda sebagai idola piramid kehidupan, dari sekecil-kecil mengurus diri dan hati sehinggalah kepada perkara berkaitan harta juga negara." Maklumat para isteri Rasulullah |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan