Isnin, 5 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


MCA akhirnya bersuara, namun apa tindakan mereka?

Posted: 04 Aug 2013 12:15 PM PDT

Semasa berkuasa, bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik ada ungkapan khusus buat parti lawannya, DAP.

Katanya, "DAP seperti NATO - tiada tindakan, cakap kosong."

DAP tiada masalah dengan MCA mahupun Barisan Nasional (BN) apabila Dr Ling memimpin parti dari 1986 hingga 2003.

Malah, bekas Menteri Pengangkutan itu memimpin BN semasa Umno diisytihar haram pada 1988.

Kuasa dan pengaruh MCA pada ketika itu tidak mencukupi bagi mewakili suara orang Cina didengari mahupun mempengaruhi ahli dan penyokongnya.

MCA terus menyokong BN meskipun kebanyakan orang Melayu meninggalkan gabungan pemerintah itu pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat.

Hari ini MCA sedikit berbeza. Mereka memilih untuk tidak menyertai kerajaan selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kurang separuh daripada 15 kerusi yang dimenangi pada PRU12 tahun 2008.

Pemimpin MCA juga lantang bersuara tentang pelbagai perkara. Dari hal kemasukan pelajar ke universiti awam hinggalah murid sekolah rendah yang makan di bilik mandi - pemimpin MCA kini mendahului kerajaan.

Namun, adakah ini taktik bagi meraih kembali sokongan orang Cina dan adakah MCA pasti ada langkah yang diambil menangani isu tersebut?

"Pada asasnya, kami tidak mengaitkan menyuarakan pendapat dapat meraih undi. Kami berasa kini rakyat mahu kami bersuara. Maka, apa yang tidak kena?" kata Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong kepada The Malaysian Insider.

"Kita adalah negara demokrasi. Kami tidak perlu terlalu memikirkan apa pandangan parti komponen lain dalam BN.

"Jika ada yang salah, kami suarakan," menurut bekas Menteri Pendidikan yang merupakan satu daripada tujuh ahli Parlimen MCA yang masih bertahan selepas PRU13.

Komen Wee mengimbas kembali semasa Timbalan Presiden MCA Tan Sri Lee Kim Sai yang mengadakan bantahan pada 1987 terhadap bintang Umno menyinar pada ketika itu, Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan meminta guru bukan kaum Cina mengajar di sekolah Cina.

Namun Wee berkata pemimpin MCA selalu berunding dan berbincang secara sulit bagi memperbaiki kerajaan namun masyarakat sering melihat mereka tidak membuat kerja.

"Kami perlu bersuara dan masyarakat yang menilainya. Kami perlu mencari jalan penyelesaian. Jka kerajaan memerintah buat perkara yang betul, kami berikan sokongan, Jika mereka salah, kami suarakannya.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mca-akhirnya-bersuara-namun-apa-tindakan-mereka 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved