Ahad, 18 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Felda ambil langkah sekat Syiah, kata Isa Samad

Posted: 17 Aug 2013 03:26 PM PDT

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abd Samad (gambar) berkata untuk itu, Felda akan mengadakan satu taklimat khas mengenai Syiah kepada semua pimpinan termasuk pengurusan (Felda), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), wanita, belia, badan bukan kerajaan (NGO) serta anggota jawatankuasa masjid dan surau di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini. 

"Pada taklimat itu nanti, kita akan memberikan penerangan yang jelas mengenai Syiah, kenapa kerajaan mengharamkannya dan kenapa fahaman ini boleh merugikan umat Islam daripada segi perpaduan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Felda Jaya, Bandar Seri Jempol di sini, malam tadi.

Mohd Isa yang juga anggota Parlimen Jempol berharap menerusi taklimat khas ini, pimpinan Felda akan mendapat pengetahuan mengenai fahaman Syiah dan dapat menjalankan tanggungjawab mengawasi serta membendung fahaman itu daripada menular di kawasan Felda.

"Pemantuan kita jalankan tetapi seperti kita sedia maklum bahawa bukan mudah untuk kita mengenal pasti pengikut Syiah ini kerana mereka ini boleh berpura-pura dan sebagainya.

"Bagaimanapun setakat ini, kita belum mendapat laporan mengenainya (penularan fahaman syiah di Felda)," katanya.

Katanya penyebaran fahaman Syiah mesti dibendung kerana jika gerakan ini dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara, malah mengakibatkan perpecahan ummah menjadi semakin parah.

 

Nazri Aziz mula jadi beban kepada Umno? – Shahbudin Husin

Posted: 17 Aug 2013 12:00 PM PDT

Jika semalam Najib menyatakan tidak menjadi salahnya Nazri berbuat demikian asalkan tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan tetapi hari ini beliau mengubah kenyataannya itu dengan mengatakan ahli keluarga menteri hanya boleh diletakkan sebagai pembantu di kawasan Parlimen masing-masing dan bukannya di kementerian.

"Inilah prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri," katanya.

Tindakan Nazri melantik anaknya sebagai pegawai khas telah mengundang keresahan orangramai, bukan saja kerana anaknya, Nedim itu terlibat dengan kontroversi sebelum ini, bahkan cara Nazri mempertahankan anaknya memperlihatkan keangkuhannya yang melampau.

Selain mengatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri, Nazri dengan nada sombongnya juga berkata, "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja."

Dalam hal ini Nazri barangkali terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad. Kementerian adalah milik kerajaan dan menteri duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

Hanya setelah menjadi wakil rakyat atau dewan negara, barulah seseorang itu boleh dilantik sebagai menteri. Ini menjadikan seseorang menteri sebenarnya sentiasa terikat kepada sokongan dan undi rakyat.

Selagi rakyat menyokongnya, dapatlah jadi menteri tetapi setelah tidak lagi mendapat sokongan rakyat, kedudukan menteri terpaksa dilepaskan dan kementerian juga kena ditinggalkan.

Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja.

Ingatlah bahawa menjadi menteri adalah atas pertanggungjawaban bersama sebagai sebuah kerajaan setelah diberi mandat oleh rakyat. Jika menteri bersikap sombong dan angkuh, parti dan kerajaan yang akan menerima kesan penolakan daripada rakyat.

Oleh sebab itu, menjadi seorang pemimpin dan menteri haruslah menjauhi sikap sombong dan angkuh bagi memastikan sokongan rakyat berterusan.

Pemimpin yang bersikap sombong, angkuh dan enggan menerima teguran adalah beban kepada parti dan kerajan.

Tindakan Najib yang terpaksa mengubah pendirian dan menjadi flip-flop berhubung keputusan Nazri melantik anaknya itu, walaupun mengundang persepsi yang berbagai mengenai kefahaman Perdana Menteri sendiri berhubung perlantikan ahli keluarga oleh seseorang menteri, tetapi secara nyata menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Nazri itu adalah salah.

Cumanya, mungkin atas sebab-sebab tertentu dan hubungan peribadi yang agak lama, Najib segan memberitahu secara terus-terang agar Nazri mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.

Dengan meletakkan anaknya duduk di kementerian, walaupun gajinya dibayar oleh bapanya sendiri tetapi sudah tentu pelbagai kemudahan kerajaan akan turut digunakannya.

Lagi pula meletakkan anak dan ahli keluarga sendiri di di kementerian di mana bapanya menjadi menteri, turut juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada rakyat dan kakitangan kementerian itu sendiri.

Rakyat akan melihat menteri mengamalkan nepotisme manakala kakitangan kementerian pula menjadi serba-salah dalam menjalankan tugasnya terutama jika ada permintaan yang melibatkan pemberian kontrak dan peluang perniagaan.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/nazri-aziz-mula-jadi-beban-kepada-umno-shahbudin-husin 

 

Biar MAS ‘terhempas’ ke bumi!

Posted: 17 Aug 2013 11:55 AM PDT

Dilema yang menghantui kerajaan sekarang ini ialah samada mahu terus menyelamatkan MAS (Syarikat Penerbangan Malaysia) atau biarkan ia 'terhempas' ke bumi; maksudnya menjual sahamnya dengan harga murah RM0.30 sen sesaham, satu pertiga dari nilai par.

Dengan kata lain mana yang lebih baik; MAS diswastakan atau pun pengurusannya terus diberi masa untuk menunjukkan prestasi yang baik dan kembali mencatat keuntungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan harus mengundur diri dari industri penerbangan walaupun beliau tidak bersetuju MAS dijual dengan harga murah.

"Saya fikir kerajaan harus berundur dari industri penerbangan ini.  Apa yang kerajaan harus lakukan ialah tidak menjualnya dengan menanggung kerugian.

"Tapi kerajaan harus menjualnya pada harga yang wajar kerana ia melibatkan wang pembayar cukai dan tambahan pula MAS merupakan sebuah syarikat awam tersenarai," katanya pada forum Global Malaysia Series, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Bagaimanapun beberapa jam selepas itu, beliau mengeluarkan satu kenyataan dengan menyatakan "saya ingin memberi penjelasan buat masa ini kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menjual MAS."

Berdasarkan kepada dua kenyataan beliau ini yang tidak selari, kita khuatir ada sesuatu yang tidak kena atau berlaku permainan wayang disebalik tabir atau wujud campur tangan politik peringkat tertinggi.

Untuk maklumat pembaca, dalam tempoh suku pertama tahun 2013, MAS mencatat kerugian sebanyak RM279 juta.  Pada tahun 2012, MAS mengalami kerugian sebanyak RM433 juta, 2011 (RM2.2 bilion) dan 2010 (RM234 juta).

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/08/18/biar-mas-terhempas-ke-bumi/ 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved