Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-
Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Posted: 11 Aug 2013 12:51 PM PDT Anwar berkata, penerbitan buku itu membuktikan Abdullah berani untuk memberikan pandangan dan memiliki wacana segar yang boleh diperdebat dalam kalangan pemimpin. "Isunya boleh diteliti malah adalah lebih baik sekiranya perwakilan Umno membahaskannya selain membangkitkan isu perkauman dan gangguan kuasa mahupun projek ketika persidangan (Umno) berlangsung. "Diskusi sihat ini akan memberikan impak kepada pimpinan Umno dan lebih relevan diperdebatkan memandangkan beliau (Abdullah) berani menyatakan pandangannya secara terbuka," katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri di Kampung Simpang Tiga, Kubang Ulu semalam. Hadir sama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Semalam, Sinar Harian melaporkan buku terbabit mengandungi koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang dan bukan tulisan Abdullah walaupun ada disiarkan wawancara editor buku dengannya. Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan