Sabtu, 27 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Malaysia antara negara berdepan hutang isi rumah meningkat

Posted: 26 Jul 2013 03:11 PM PDT

"Hutang isi rumah negara kita adalah tinggi berbanding negara jiran yang berhampiran. Ini kerana ramai pengguna yang berhutang dengan membuat pelbagai pinjaman antaranya pinjaman kad kredit, hutang peribadi dan sebagainya.

"Sebagai contoh hutang peribadi yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang menjadi boros dalam berbelanja serta berbelanja melebihi batasan kemampuan pendapatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Tamu Yok Sahur Ramadan dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim kali ke-6 di perkarangan Jalan Masjid India, di sini, awal hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pengguna yang berbelanja berlebihan di bulan Ramadan sehingga menyebabkan pembaziran dan masalah hutang.

Ahmad berkata berbelanja itu baik untuk ekonomi peniaga dan negara, tetapi perbelanjaan yang berlebihan tidak elok untuk semua pihak terutama kepada pengguna itu sendiri.

Katanya cara untuk mengelakkannya adalah berbelanja mengikut kemampuan pendapatan dan berjimat-cermat.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan duit raya dan makanan kepada 80 orang anak yatim sekitar Lembah Klang.

Majlis anjuran Astro dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu murai.com.my diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia).

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden Srikandi Malaysia Norashikin Abdul Ghani disertai beberapa artis antaranya pelakon Sazzy Falak dan penyanyi Awi Rafael.

 

PERKASA Gabung NGO Bukan Tekanan

Posted: 26 Jul 2013 11:01 AM PDT

Dua NGO itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) dan Persatuan Cina 1Malaysia (Percisama).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan majlis itu bukan kerana disebabkan tekanan pelbagai pihak yang melabel Perkasa sebuah parti rasis.

"Penubuhan Mirac bersama NGO Cina dan India adalah platform menyatupadukan kaum di negara ini.

"Penubuhan Mirac ini juga membuktikan Perkasa bukan hanya memperjuangkan Melayu tetapi juga kaum lain dan kepentingan negara," katanya dalam sidang akhbar selepas penubuhan Mirac di sini, Jumaat.

Turut hadir Presiden Percisama, Andy Choy Chee Wau bersama Presiden Perinnbam, U. Thamotaran.

Ibrahim menegaskan, kewujudan majlis itu tidak akan menghapuskan asas perjuangan dan semangat Perkasa untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Katanya, majlis itu akan mengadakan perjumpaan sebulan sekali bersama lima pemimpin kanan setiap NGO secara tidak formal, bagi membincangkan isu penting melibatkan kaum dan kepentingan negara.

"Saya juga mengalu-alukan mana-mana NGO yang ingin menyertai Mirac. Mirac akan dilancarkan pada 31 Ogos depan," katanya.

Dalam majlis itu, ketiga-tiga wakil NGO mempersetujui dan menandatangani piagam Mirac, yang antaranya adalah mempertahankan Perlembagaan Negara, menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara, menghormati hak agama masing-masing dan toleransi antara kaum melalui nilai-nilai murni.

Sementara itu, Choy and Thamotharan menegaskan gabungan ini akan menandakan satu "era baru" untuk perpaduan kaum di negara ini. 

Najib mahu pastikan tiada MP Borneo lompat parti

Posted: 25 Jul 2013 07:14 PM PDT

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah dan Sarawak hujung minggu ini, yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke 13, lebih kepada merayakan "kemenangan" pimpinannya memastikan tiada Ahli Parlimen dari Borneo lari ke pihak pembangkang.

Seramai 48 dari 57 Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan adalah dari Barisan Nasional (BN). Jumlah 48 ini sekali gus memastikan BN terus memerintah Kerajaan Pusat untuk lima tahun lagi.

Hampir kesemua anggota parlimen Sabah dan Sarawak pula dikatakan telahpun "diurus" dengan baik, masing-masing telah mendapat habuan sama ada telah dilantik menteri, timbalan menteri mahupun jawatan-jawatan lain sama ada dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri.

Terbaru sekali, Ahli Parlimen Sipitang, Sabah, Sapawi Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Satu ketika, Sapawi rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas penglibatan aktif dalam kegiatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu di Semenanjung dan Sabah.

READ MORE HERE

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved