Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Situasi PAS 'bukan dominan'
- Nik Abduh pula tempelak Pengerusi DAP
- Karpal Singh 'bahaya', Pas perlu istiqamah
- Raja Nazrin pertahan Utusan, disifatkan tidak rasis
Posted: 08 Jul 2013 02:23 PM PDT Semasa menunggu pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pagi Ahad lalu, selepas menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor sehari sebelumnya di Alor Setar, saya diingatkan oleh seorang teman bahawa usaha untuk menarik PAS daripada Pakatan Rakyat tidak harus dipandang ringan.
|
Nik Abduh pula tempelak Pengerusi DAP Posted: 08 Jul 2013 01:23 PM PDT Menurut beliau, pertikaian berkenaan isu tersebut seharusnya diselesai menerusi perbincangan. Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama. Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam. Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut. "Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama. "Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini. Beliau mengulas desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. Meskipun pembentangan Rang Undang- Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 ditarik balik, namun Karpal dilihat masih tidak berpuas hati selepas menyifatkannya sebagai tidak memadai. Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 bertujuan mengelak 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun. Semalam, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang. Dalam pada itu, Nik Mohd. Abduh mahu semua pihak menghormati pendirian kerajaan yang menarik balik rang undang-undang tersebut. "Kita negara majoriti Islam, apa-apa pertelingkahan cuba selesaikan dengan cara harmoni melalui perbincangan. "Undang-undang tidak bergerak dengan ugutan tetapi melalui pemahaman," katanya. |
Karpal Singh 'bahaya', Pas perlu istiqamah Posted: 08 Jul 2013 01:18 PM PDT Menurutnya, tiada siapa boleh menafikan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang telah tercatat dalam Perlembagaan dan semua pihak harus menghormati peruntukan berkenaan termasuk tidak mempertikaikannya. "Apa yang ditegaskan Takiyuddin itu benar, jadi Pas perlu mempertahankannya dan saya harap semua ahli serta pemimpin Pas beristiqamah terhadap perkara ini. "Jangan menukar pendirian ini sama seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpin parti sebelum ini berhubung beberapa isu lain pernah yang dibangkitkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Takiyuddin meminta Karpal supaya tidak memberi kata dua kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menyokong hasratnya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri dalam pada itu turut menyuarakan rasa pelik beliau terhadap hilangnya suara-suara para pemimpin Pas berhubung isu tersebut. "Mana pergi pemimpin atasan Pas? Kenapa hanya Penolong Setiausaha Agung sahaja yang mengeluarkan kenyataan, mana hilangnya Setiausaha Agung dan pemimpin tertinggi parti yang lain?" soalnya. Selain itu tegas beliau, tindakan Karpal yang mahu mengusulkan pindaan terhadap Perkara 12 (4) berkenaan seolah-olah menunjukkan sikap Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang tidak menghormati Perlembagaan. "Pembentangan rang Undang- Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 sudah ditarik balik, jadi apa lagi yang mahu diusulkan? "Apakah Karpal cuba mengambil kesempatan di atas kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan dua per tiga kerusi di Parlimen dengan membangkitkan isu sensitif seperti ini? "Kalau inilah sikap sebenar beliau, saya melihat Karpal ini seorang yang 'bahaya' untuk keharmonian negara berbilang bangsa seperti Malaysia," katanya. |
Raja Nazrin pertahan Utusan, disifatkan tidak rasis Posted: 08 Jul 2013 10:18 AM PDT Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggesa kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di peringkat sekolah dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong. Titah baginda, kerajaan perlu mengasuh kanak-kanak melalui kurikulum serta kaedah bersesuaian sejak awal untuk turut menghormati simbol lain seperti bendera supaya tidak terus dihina seperti dipijak-pijak atau dijadikan pakaian. Tanpa pendidikan sedemikian, baginda khuatir akan muncul lebih ramai individu seperti pengguna Facebook dengan nama 'Melissa Gooi' yang baru-baru ini ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong akibat kejahilannya tentang fungsi raja-raja di negara ini. "Kurikulum kandungan dan kaedah pengajaran mengenai aspek kenegaraan yang benar-benar dihayati hendaklah segera diperkenalkan tanpa bertangguh dijadikan kandungan pengajian bukan sahaja di sekolah, malah maktab perguruan, kolej serta institusi latihan dan diuji dalam urusan lantikan dan kenaikan pangkat pegawai awam," titah baginda. Baginda bertitah demikian dalam majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013 bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan, di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Sementara itu, di sebalik kritikan pelbagai pihak terutama para pemimpin pembangkang terhadap Utusan Malaysia, Dr. Nazrin bertitah mempertahan akhbar itu yang disifatkan baginda tidak mengamalkan diskriminasi kaum. Dengan mengambil contoh tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan melalui kolum Cuit baru-baru ini, baginda bertitah, kupasan Zaini mengenai situasi Melissa Gooi membuktikan akhbar itu membela wanita berketurunan Cina tersebut. Titahnya, tulisan Zaini yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 5 Jun lalu bertajuk Salahkah Melissa Gooi? Ajarlah Asas Perlembagaan di sekolah meningkatkan keyakinan baginda majoriti rakyat negara ini tidak bersifat perkauman, sebaliknya insan berjiwa rasional dan berfikiran waras. Malah, baginda turut memuji Zaini yang disifatkan berjiwa besar dan contoh semangat seorang Malaysian yang secara tegas melahirkan pandangan kritis atas prinsip kebenaran meskipun percaya Zaini tidak mengenali Melissa Gooi. "Beta tidak kenal Zaini Hassan secara peribadi tetapi mengikuti rencana tulisan beliau, Melissa Gooi adalah rakyat Malaysia berketurunan Cina sementara Zaini, wartawan kanan, bukan sahaja berketurunan Melayu, berwajah Melayu, berdarah Melayu, malah bertugas dengan akhbar Utusan Malaysia yang dilabel setengah pihak sebagai akhbar yang meniup api perkauman. "Apa jua jenama negatif yang dilabelkan terhadap Utusan Malaysia, akhbar tersebut tidak melakukan diskriminasi untuk tidak menyiarkan rencana yang bernada membela situasi seorang anak gadis keturunan Cina," titah baginda. |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan