Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Sultan: Kerjasama dengan Khalid Posted: 27 Jun 2013 04:17 PM PDT Menurut Baginda, berjaya atau tidak pentadbiran Selangor itu bergantung kepada wakil rakyat dan pemimpinnya mentadbir dan memajukan negeri berteraskan undang-undang sedia ada. "Beta menaruh harapan agar ahli-ahli Yang Berhormat dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negeri yang kita kasihi ini," titahnya dalam ucapan Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini. Pada masa yang sama, baginda menasihatkan Abdul Khalid supaya bertugas dengan lebih tekun, gigih dan terus berusaha mempertahankan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia dan sentiasa dihadapan sepanjang masa. Baginda bertitah, wakil rakyat perlu menghormati kedaulatan undang-undang dan memastikan segala tindakan dan keputusan yang diambil tidak bercanggah dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. "Janganlah hendaknya ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut kearah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja. "Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Undang-Undang Negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing," titahnya.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan