Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar
- TPP: Apa kerajaan sorok?
- Penganalisis: Tindakan Anwar tidak wajar
Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar Posted: 17 Jun 2013 03:24 PM PDT Menurutnya, kerajaan tempatan ketika itu membenarkan bangunan itu dibangunkan seperti yang dimohon kontraktor di atas klasifikasi sebagai kerja khas iaitu pada 23 Disember 1995, sedangkan pelan bangunan yang pertama diserahkan selepas dua tahun iaitu pada 31 Julai 1997 manakala pelan yang diubahsuai pula dihantar pada 24 Julai 1998. "Arkitek yang dilantik juga adalah dari sebuah syarikat antarabangsa terkenal dan pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa berikutan hasil kerja mereka setaraf dengan anugerah yang diberikan. Apa yang Wei Aik cuba sampaikan dengan mengajukan soalan sebegini?" katanya. Menurutnya, Wei Aik tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak berikutan apa yang lebih penting ialah memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang. "Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya," katanya.
|
Posted: 17 Jun 2013 01:27 PM PDT MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS). Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean. Apa disembunyikan? Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), iaitu antara NGO paling giat memperjuangkan isu ini menganggap kerahsiaan melampau dalam perbincangan perjanjian itu menimbulkan pelbagai tanda tanya. Persoalan Mohd Nizam itu dikongsi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kerajaan mendedahkan teks perjanjian untuk diteliti orang ramai jika benar perjanjian FTA seperti itu memberi manfaat kepada rakyat. "Mengapa kerajaan bersembunyi di sebalik perjanjian kerahsiaan (antara semua negara perunding)? Jaminan daripada kerajaan sahaja tidak cukup," menurut CAP dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Selain Malaysia dan AS, sembilan lagi negara yang menyertai rundingan TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam manakala Jepun dijangka menjadi negara ke-12 menyertai TPP semasa rundingan seterusnya pada 15 hingga 25 Julai di Malaysia. Ubat naik harga, petani terjejas Melalui dokumen bocor yang diperolehi, TPP dipercayai akan memberi kesan buruk kepada Malaysia terutama dalam bekalan ubat-ubatan. "AS mahu semua negara TPP bersetuju dengan hak Harta Intelek (IP) yang hanya akan memberi pulangan tinggi kepada syarikat farmasi negara itu," menurut laporan MTEM mengenai kesan TPP kepada rakyat. "Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPP dimeterai," menurut Mohd Azmi. Bulan lalu, Kesatuan Kerjasama Pertanian Pusat Jepun turut menentang keputusan kerajaan negara itu menyertai rundingan TPP kerana petani Jepun dikhuatiri terpaksa bersaing dengan AS melalui penghapusan cukai produk pertanian. AS sembunyi agenda, Miti tutup mulut? Minat AS kepada rantau ini bukanlah satu rahsia. Obama dalam ucapannya di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November 2011 berkata, tiada rantau lain yang boleh membantu membentuk masa depan ekonomi AS selain Apec. Mohd Nizam mendakwa, AS kini memberi tekanan kepada negara peserta supaya mempercepatkan tarikh menandatangani perjanjian itu yang dianggap penjajahan ekonomi ke atas Malaysia dan bakal menggadaikan "Miti gagal menjawab pertanyaan ini semasa pertemuan kami dan jika ianya benar, mengapa AS boleh memberi akses kepada wakil industri, tetapi tidak di Malaysia?," soalnya lagi. |
Penganalisis: Tindakan Anwar tidak wajar Posted: 16 Jun 2013 01:00 AM PDT Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, tindakan Anwar tersebut hanya memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berpolitik.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan