Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Posted: 14 Jun 2013 04:32 PM PDT Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13. Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun. Difahamkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala. "Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia pada Sabtu," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Sementara itu, bulan lalu Bernama melaporkan kenyataan bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, Hamid Awaludin yang menjadi saksi pertemuan kedua-dua pemimpin itu. Beliau mendakwa Anwar telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Najib menyerahkan kuasa sekiranya PR memenangi PRU13. Hamid berkata, "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai". Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran PR".
|
Posted: 14 Jun 2013 04:24 PM PDT Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata, kenyataan dikeluarkan adalah keterlaluan kerana kaum India bukan golongan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi berhubung perkara tersebut. "Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa. "Saya nasihatkan semua permainan politik yang tidak wajar ini dihentikan, kalau polis bertindak nanti mereka juga kata polis yang ambil tindakan, tetapi dia sendiri tidak jaga apa yang dia cakap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam perhimpunan haram di Padang Majlis Daerah Ketereh, mendakwa lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutamanya kepada kaum India. Wan Junaidi menegaskan, pihaknya kesal dengan tindakan mempermain-mainkan sentimen perkauman untuk memburukkan kerajaan dan profesionalisme polis. "Dalam hal ini, tindakan telah diambil supaya kematian-kematian dalam tahanan polis itu disiasat dan saya juga telah bertemu dengan Ketua Polis Negara berhubung perkara ini. "Selain itu, saya sendiri telah memberitahu Perdana Menteri yang kita kena kukuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan," katanya. Berdasarkan perangkaan, jumlah kematian tahanan polis yang dicatatkan adalah 64 orang Melayu, 30 orang Cina dan 28 orang India. |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan