Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Ramai `heavyweight’ PAS kecundang Posted: 05 May 2013 02:57 AM PDT Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai. Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008. PAS juga kalah di Baling, Kubang Pasu, Jerai, Jerlun, Padang Terap dan Sik. Parti itu juga kehilangan negeri Kedah yang dimenangi pada tahun 2008 kepada Barisan Nasional. Bagaimanapun, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang di Marang; Datuk Nik Aziz Nik Mat (DUN Chempaka) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) serta Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja). Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam selepas mengalahkan Datuk Zukifli Noordin dari Barisan Nasional. Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menang di Pokok Sena dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Sungai Tiang. Rampas 3 kerusi PAS juga merampas dua kerusi parlimen – Dungun dan Kuala Nerus- kedua-duanya di Terengganu dan Temerloh di Pahang melalui Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pusat. PAS kehilangankerusi parlimen Titiwangsa, Kuala Selangor, Pendang, Baling, Sik, Padang Terap dan Jerai. Senarai calon parlimen PAS yang menang pada pilihan raya umum ke 13. 1) Shah Alam – Datuk Khalid Samad
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan