Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Tsunami tauke Cina berlaku di Petronas? Posted: 24 May 2013 11:03 PM PDT Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat "tier 1" sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu. Pengerusi Eksekutif Dialog Group adalah Ngau Boon Keat (gambar) yang juga Pengerusi Yayasan MyKasih. Beliau juga terlibat dalam Kertih Terminals Sdn Bhd, Centralised Terminals Sdn Bhd, Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd and BC Petroleum Sdn Bhd. "Nampaknya tsunami tauke Foochow Sarawak sudah melanda Petronas selepas Perdana Menteri mendakwa tsunami Cina dalam pilihan raya lalu"Kalau benar tsunami Cina menolak BN dalam pilihan raya lalu, itu untuk mendapatkan keadilan. "Tapi tsunami tauke Foochow Sarawak nampaknya untuk sapu habuan," kata seorang lagi dari kumpulan kaki tangan Petronas yang menemui wakil Harakahdaily itu. Mereka terus mempersoalkan, apakah yang menyebabkan Dialog layak dinaiktaraf kepada kategori "tier 1". "Sapura Kencana Petroleum yang dikuasai anak Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Datuk Mokhzani Mahathir pun masih lagi syarikat kategori 'tier 2'. "Adakah Dialog lebih kukuh dan berpengalaman dari Sapura Kencana?" soal mereka. Ditanya bagaimanakah perkara itu boleh terjadi, salah seorang dari mereka terus menyoal kembali: "Apa keputusan besar yang boleh dibuat di Petronas tanpa kelulusan (Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri) Shamsul (Azhar Abbas)?" Lebih dari itu, kata seorang lagi, Petronas berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Kalau di bawah JPM, bolehkah sesuatu perkara besar dibuat jika tidak diluluskan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya Datin Seri) Rosmah (Mansor)?" katanya. Secara sinis, kumpulan itu yakin Umno dan badan-badan seperti Perkasa tentu bersetuju dengan apa yang mereka sebut sebagai "tsunami tauke Cina di Petronas itu".
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan