Rabu, 15 Mei 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Desak ambil tindakan Azmin kritik presiden

Posted: 14 May 2013 04:13 PM PDT

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau, Pulau Pinang, Mohd Faizal Ab Rahman, berkata kenyataan Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor itu memburukkan nama baik parti selain menimbulkan polemik negatif dari sudut hubungan dalaman parti.

Amal nepotisme

"Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, minggu lalu mengkritik Wan Azizah yang juga Presiden PKR kononnya mengamalkan nepotisme dalam parti. Azmin seharusnya lebih peka dalam perihal menjaga nama baik parti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Minggu lalu, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak, mempertikaikan tindakan Wan Azizah yang didakwanya langsung tidak mendapatkan pandangan pemimpin PKR negeri sebelum menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kepada Istana Selangor.

Mohd Faizal berkata, beliau sudah menulis surat rasmi kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, memohon supaya tindakan disiplin diambil ke atas Azmin.

Sementara itu, Kee Kwong ketika dihubungi BH di sini semalam, berkata beliau belum menerima sebarang surat atau aduan daripada ahli parti berhubung perkara berkenaan.

Hal dalaman parti

Manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula bertegas, tiada keperluan untuk pimpinan tertinggi pakatan pembangkang membincangkan isu berkenaan.

"Apa yang dibangkitkan Azmin adalah hal dalaman parti dan tidak membabitkan sebarang keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden pakatan pembangkang.

"Kita menganggap hal ini sudah selesai apabila Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.

 

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR

Posted: 14 May 2013 03:43 PM PDT

Maklumat tersebut berkaitan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa dikurung untuk memangkah kertas undi di Parlimen Besut.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut dipetik portal rasmi parti itu, KeadilanDaily.

Portal itu memetik Saifuddin sebagai berkata, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas SPR di Besut.

Bukti tersebut berupa satu laporan polis yang mendakwa pada hari mengundi 5 mei lalu, beliau dan 23 lagi petugas SPR telah dikurung untuk memangkah kertas undi.

Salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli, lapor portal itu lagi.

"Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.

Idris memperoleh 35,232 undi manakala Riduan mendapat 26,890 undi.

 

Pengacau Utusan Malaysia akan 'dilanggar' - Pekida

Posted: 14 May 2013 03:39 PM PDT

Pengerusinya, Datuk Roslan Dahaman (gambar) berkata, beliau melihat usaha sesetengah pihak termasuk DAP yang mahu mengadakan demonstrasi pada minggu hadapan di depan pejabat itu akan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Rancangan sesetengah pihak termasuk kalangan Melayu dalam DAP dianggap sebagai 'pengkhianat' dan Pekida Wilayah Persekutuan 'mempelawa' mereka untuk meneruskan niat itu.

"Kita akan hadir bersama pada hari berkenaan dan mahu bersemuka dengan pihak berkenaan bagi mengetahui apa hasrat sebenar mereka untuk mengadakan demonstrasi itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas rancangan sesetengah pihak termasuk orang Melayu yang diperalatkan DAP mahu mengadakan perhimpunan bagi membantah laporan Utusan Malaysia sempena kempen dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mereka mahu menuntut permit Utusan Malaysia digantung kerana dikatakan terlampau rasis.

Tambah Roslan, Utusan hanya menyuarakan persoalan dan pandangan terhadap perkembangan semasa yang berlaku baru-baru ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan ada orang Melayu dipergunakan DAP untuk mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Utusan Malaysia.

"Kita melihat akhbar Utusan Malaysia adalah sebuah institusi orang Melayu yang merupakan wadah bagi menyuarakan pandangan mereka demi menjaga Perlembagaan negara yang memberi manfaat kepada semua kaum," katanya.

Roslan berkata, ada lagi saluran lain boleh menyuarakan bantahan mereka jika tidak berpuas hati seperti di mahkamah, bukannya melalui demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan kekacauan lagi.

Beliau turut hairan kenapa hanya Utusan Malaysia menjadi sasaran sedangkan ada media lain yang sebenarnya bersikap amat rasis dalam laporan mereka dan berbahaya kepada keharmonian kaum di negara ini.

Mengulas tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan mengadakan perhimpunan haram bagi membantah keputusan PRU-13, beliau berkata, Pekida juga meminta beliau menghentikannya.

"Terima hakikat bahawa rakyat menolaknya dan sekiranya tidak berpuas hati bawa petisyen ke mahkamah. Jangan cuba menimbulkan masalah dan memperalatkan rakyat demi kepentingan sendiri untuk menjadi Perdana Menteri," tegasnya.


Azizan lega PAS kalah di Kedah?

Posted: 14 May 2013 01:55 PM PDT

"Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,"
kata Azizan kepada Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi, kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar itu.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan di kalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

Dalam artikel yang ditulis oleh Sanusi yang disiarkan sebuah akhbar tempatan dan blog, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

"Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah. Pergilah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa," tulis Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Sebaik berakhir PRU13, Azizan terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada PRU13.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi kerusi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).

PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved