Selasa, 14 Mei 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Sultan Selangor beri 3 sebab lantik Khalid sebagai MB

Posted: 13 May 2013 03:37 PM PDT

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.

Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.

"Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan," katanya.

 

Ahmad Maslan cabar pembangkang jemput SPR beri penjelasan

Posted: 13 May 2013 03:24 PM PDT

Katanya langkah itu lebih baik daripada pembangkang terus menyebarkan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap institusi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama penyokong mereka.

"Kalau SPR boleh pergi ke majlis anjuran Umno, sudah tentu SPR akan pergi ke majlis yang dianjur oleh parti-parti lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat kepada ketua-ketua penerangan cawangan, bahagian dan sayap Umno, serta badan bukan kerajaan (NGO) bersama SPR, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Pontian itu juga yakin SPR akan menjawab sebaik mungkin isu yang dibangkitkan seperti pengundi hantu dan dakwaan lampu padam pada sesi dialog tersebut, sekali gus menghentikan penyebaran fitnah yang berleluasa terhadap institusi berkenaan.

Pada masa yang sama Ahmad menyarankan SPR membawa pihak yang memfitnah mereka ke muka pengadilan.

"Tiada salahnya mereka saman mana-mana NGO atau pihak yang buat fitnah kerana segala-galanya ada bukti seperti di suratkhabar milik pembangkang atau rakaman ucapan pihak pembangkang.

"Jangan biarkan fitnah bermaharajalela sampai rakyat fikir kerajaan hari ini tidah sah. Tuduhan itu berikan nama buruk kepada SPR dan mencemarkan nama Malaysia di dalam dan luar negara," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata jentera penerangan Umno akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai dakwaan pembangkang berkenaan.

 

Mufti Perak dakwa bukan Melayu taksub perkauman, gunakan Anwar untuk jajah Melayu

Posted: 13 May 2013 02:51 PM PDT

Mengikut naratif dimulakan golongan kanan Umno, beliau memberitahu Utusan Malaysia bukan Melayu marah kerana rancangan mereka untuk menjajah "kita" tidak berjaya.Utusan

Harussani (gambar) tidak menamakan kaum mana yang beliau maksudkan akan tetapi mengulangi menggunakan perkataan "mereka" sebagai rujukan kepada dakwaannya untuk menjajah Melayu.

"Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

"Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, kata tak betul," katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia.

Kumpulan berhaluan kanan dalam Umno, termasuk Utusan Malaysia telah berusaha untuk mewujudkan  pertarungan antara masyarakat Cina dan Melayu susulan keputusan pada Pilihan Raya 2013 baru-baru ini.

Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel "Apa lagi Cina Mahu?" serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN.

Utusan Malaysia juga mengeluarkan beberapa artikel lain seperti "Golongan Muda Cina Monopoli Persahabatan haram" dan "DAP Terus Cetus provokasi", serta mengeluarkan gambar pemuda Cina membantah di perhimpunan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Petaling Jaya bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Naib presiden Perkasa kontroversi Datuk Zulkifli Noordin, juga merupakan calon langsung Barisan Nasional (BN) yang tewas di Shah Alam dalam Pilihan Raya 2013, membuat tuduhan Lim Kit Siang bertanggungjawab dalam insiden berdarah tersebut dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut semalam.

READ MORE HERE

 

Kamarul Baharin punca kekalahan

Posted: 13 May 2013 02:17 PM PDT

Walaubagaimanapun setelah PRU yang paling sengit dalam sejarah tanahair berakhir, Pakatan bukan sahaja gagal mengambil alih Negeri Sembilan malah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi juga merosot berbanding pencapaian tahun 2008.

Kalau pada PRU-12, tahun 2008, Pakatan menang 15 kerusi DUN, kini tinggal 14 kerusi DUN sahaja di Negeri Sembilan.

DAP mencatat keputusan paling cemerlang apabila menambah dari 10 DUN (2008) kepada 11 DUN (2013). DAP menang di semua 11 DUN yang ditandingi iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Lukut dan Repah.

PKR pula yang menang empat DUN pada tahun 2008, hanya mampu mempertahankan tiga DUN sahaja iaitu Sikamat, Chuah dan Port Dickson. DUN Ampangan yang dimenangi pada PRU-12 kini terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN). PKR bertanding di 13 DUN pada PRU-13.

PAS pula kalah di semua 12 DUN yang ditandingi termasuk DUN Paroi yang merupakan satu-satunya DUN dimenangi oleh parti itu pada tahun 2008.

FMT menerima satu email daripada seorang yang mahu dikenali sebagai 'Demi Rakyat Negeri Sembilan' (DRNS). Beliau berhujah lengkap dengan gambar rajah analisa; memberikan argumentasi dan punca kekalahan Pakatan di Negeri Sembilan.

DRNS mendakwa pada 21 Februari 2013, pemimpin PKR Negeri Sembilan ada menghantar email kepada semua pimpinan pusat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Saleh, Saifuddin Nasution dan Dr. Abdul Rahim Ghouse.

DRNS menyatakan pandangan akar umbi bahawa meletakkan Datuk Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang) di kerusi DUN dan mempromosi beliau sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan menyebabkan kemerosotan undi.

Kemerosotan undi akan bukan sahaja di kerusi-kerusi yang ditandingi PKR tetapi juga yang akan ditandingi oleh rakan Pakatan yang lain khususnya PAS.

Ketika itu, analisa menunjukkan kejatuhan sekitar tujuh peratus jika meletakkan Kamarul Baharin sebagai calon DUN/calon Menteri Besar Pakatan. Tetapi hakikatnya, penolakan sebenar yang ditunjukkan dalam analisa PRU-13 lebih parah iaitu sehingga mencapai 35 peratus.

Bongkak, angkuh dan sombong

"Penolakan masyarakat terhadap Kamarul Baharin kerana prestasinya yang amat buruk di Parlimen Telok Kemang dan sikap beliau yang bongkak, angkuh dan sombong.

"Menganalisa semula keputusan PRU-13, kemerosotan undi akibat pencalonan beliau di DUN Ampangan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, kesan kemerosotan undi jatuh lebih teruk sehingga 35%. Ini berdasarkan:

  • Undi majoriti Parlimen Telok Kemang dimenangi Kamarul Baharin: 1,579 undi
  • Undi majoriti DUN Port Dickson dalam Parlimen Telok Kemang dimenangi M Ravi: 2,422 undi
  • Kemerosotan undi 843/2,422 = 35 peratus.

"Berdasarkan kiraan ini, jika diambil penolakan lima peratus kerana DUN lain yang terbabit di luar Parlimen Telok Kemang sebagai ada kesan jumlah undi semakin berkurangan apabila berada di luar Telok Kemang.

Ini mengakibatkan 30 peratus faktor Kamarul Baharin memberikan kesan kepada pengurangan undi kepada Pakatan di Negeri Sembilan.

"Analisa ini menunjukkan kekalahan di lima kerusi DUN di Negeri Sembilan adalah kerana penolakan terhadap Kamarul Baharin yang hendak dipromosi oleh Anwar sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Jumlah keseluruhan kerusi yang sepatutnya diperolehi Pakatan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 19 kerusi DUN untuk membolehkan kerajaan Pakatan Negeri Sembilan dibentuk. Ini berdasarkan kemenangan 14 kerusi sedia ada ditambah dengan lima kerusi DUN di atas," kata DRNS.

Azmin juga bertanggungjawab

DRNS juga berkata Kamarul Baharin selaku Pengerusi PKR Negeri Sembilan dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Pusat (JPRP) harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan PKR menambah kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Beliau mendakwa Azmin tidak berhak bercakap soal nepotisme atau kronisme apabila beliau sendiri yang mengamalkan budaya kronisme dalam PKR.

"PKR seharusnya menang di DUN Ampangan dan DUN Pilah jika meletakkan calon dari cabang yang telah bekerja dan menyusun jentera di situ sejak empat tahun lepas.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved