Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Pakatan sahkan Khalid MB Selangor Posted: 09 May 2013 10:00 PM PDT Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu. Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin: Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.
Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT
|
Azmin persoal surat Presiden PKR Posted: 09 May 2013 05:16 PM PDT Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah semalam itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua ADUN parti itu. "Oleh itu, atas inisiatif rakan-rakan kami telah mengadakan mesyuarat melibatkan Majlis Pimpinan (PKR) Negeri Selangor petang semalam dan memutuskan beberapa nama calon yang layak untuk jawatan menteri besar dan diserahkan kepada Wan Azizah semalam. "Saya tidak persoalkan keputusan PAS-DAP berhubung calon menteri besar, tapi saya bimbang tentang keputusan surat yang dihantar ke istana tanpa terlebih dahulu berbincang dengan Adun PKR lain, yang juga satu daripada tiga komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini. Azmin berkata, setakat ini semua ADUN PKR yang dipilih oleh rakyat belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri besar, termasuk dirinya. Beliau juga mengakui konsensus bagi membuat sebarang keputusan dalam Pakatan Rakyat adalah baik tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku di dalam PKR. Dalam pada itu, Azmin turut mendesak kepimpinan negeri yang bakal dipilih melakukan reformasi pentadbiran dengan menggunakan rizab bernilai RM2.6 bilion dengan bersikap responsif terhadap permasalahan rakyat seperti isu jalan berlubang, sampah yang tidak dipungut, masalah bekalan air dan banjir. Berhubung dakwaan beliau kemaruk jawatan menteri besar, Anggota Parlimen Gombak itu berkata sekiranya beliau bersikap sedemikian, jawatan itu telah pun disandangnya sejurus pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008. Katanya jawatan itu telah ditawarkan kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah parti sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan amalan demokrasi yang melampau dalam pentadbiran negeri, namun menolaknya demi menjaga kestabilan parti. "Saya tegaskan bahawa ini bukan isu Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar, isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan mestilah melalui perundingan yang telus seperti dituntut Al-Quran tetapi jelas dalam proses memilih calon menteri besar, anjuran Al-Quran ini tidak dipatuhi.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan