Sabtu, 13 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


‘Esok lepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry,’ kata calon PKR

Posted: 12 Apr 2013 03:06 PM PDT

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Muhammad Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: "Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang."  

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim.

Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang petang semalam, Muhammad Bakhtiar dilihat hadir dengan menaiki kereta mewah Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi beliau.

Berucap hanya kira-kira 10 minit beliau memberi alasan isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau sebelum giliran beliau.

Dua hari lepas 100 penyokong dan anggota PKR membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Anwar mengumumkan keputusan itu pada satu ceramah di Sungai Ara 5 April lalu. 

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

 

Tun Mahathir calon Putrajaya ganti Ku Nan?

Posted: 12 Apr 2013 12:17 PM PDT


'Arkitek' pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun beliau berkempen dengan kuat bagi Umno dan BN sejak empat tahun lalu khususnya selepas Najib menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

"Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

"Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu," katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.

Mohamad yang juga ada mendengar berita mengenai hasrat Dr Mahathir bertanding di Putrajaya itu memberitahu, pemimpin berstatus negarawan itu akan berhadapan dengan dua implikasi jika bertanding kali ini.

"Pertamanya, jika Mahathir kembali bertanding dalam pilihan raya, ia akan melambangkan BN kini ketandusan calon boleh menang," katanya.

Keduanya, kata Mohamad, Dr Mahathir akan dilihat telah mengambil pendirian bertentangan dengan semangatnya sebelum ini yang sering menasihati pemimpin veteran berundur bagi memberi laluan muka baru.

"Sebelum ini Mahathir lantang menegur pemimpin veteran seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berundur.
"Jika Mahathir bertanding pada PRU13 ini akan lebih memperlihatkan BN terdesak dan ketandusan calon," katanya.

Mohamad juga tidak menolak kemungkinan faktor kenegerian memainkan turut memainkan peranan mempengaruhi undi.

"Penduduk di Putrajaya majoritinya adalah Melayu, generasi kelas menengah yang kini hidup selesa di mana mereka tidak kisah parti mana yang memerintah sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

"Malah ia satu yang tidak mengejutkan jika ada yang mengatakan majoriti penjawat awam di situ berasal dari negeri Kelantan," katanya.

Sekarang terpulang kepada Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sama ada mahu beralah melepaskan kerusi itu.

Laporan media sebelum ini menyebut Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut.

 

Pemimpin PAS tolak pendedahan video seks, fokus kepada PRU13

Posted: 11 Apr 2013 03:19 PM PDT

Semalam, penulis blog Papagomo dalam satu artikelnya menyenaraikan beberapa blog pro-Umno mengandungi gambar dan video menyerupai pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dalam satu skandal seks.

Naib Presiden PAS Husam Musa mendakwa video tersebut mungkin palsu, sambil mempersoalkan masa video seks itu dikeluarkan hampir dengan hari penamaan calon pada 20 April dan hari mengundi pada 5 Mei.

"Masa ia dikeluarkan sangat dekat, berkemungkinan juga ia bermotifkan politik," kata Husam semasa ditemui di Putrajaya hari ini.

Walaubagaimanapun, Husam berkata fokus Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menang Pilihan Raya 2013 dan tidak akan menghiraukan isu terpinggir itu.

"Saya yakin PR akan fokus kepada pilihan raya. Cerita sampingan itu sengaja diada-adakan, kami abaikannya," katanya lagi.

Dalam laporan The Star hari ini, pihak polis Terengganu telah merampas 16 VCD mengandungi video yang disebarkan oleh beberapa individu tidak dikenali namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Bagi ahli parlimen (MP) Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar penyebaran video seks terbaru tersebut membuktikan lawan mereka terdesak sehingga terpaksa bermain politik kebencian dan fitnah bagi memburukkan PAS.

"Ini bukti Umno terdesak dengan bermain dengan politik kebencian dan fitnah ini," kata naib presiden parti Islam yang yakin rakyat boleh buat penilaian sendiri sama ada benar atau palsu video tersebut.

Video 3 saat berwarna tersebut yang menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita dalam keadaan intim melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik, serta direkodkan pada satu sudut mengadap pasangan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula mengganggap video seks terbaru itu bukan satu mengejutkan malahan akan banyak lagi bahan lucah diedarkan menjelang pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.

"Saya tidak terkejut dengan video terbaru ini, memang dijangkakan... ini taktik kotor, saya tidak percaya video seks itu asli," kata Dr Rani.

Dr Rani juga berkata situasi sama dihadapinya di Meru, kawasan dewan undangan negeri yang disandangnya apabila mendapat maklumat gambar beliau berpelukkan dengan seorang wanita juga telah diedarkan secara meluas.

"Gambar saya berpelukkan dengan makwe (teman wanita) pun dah tersebar di sekitar Meru ini," ujarnya lagi.

Pengarah pusat penyelidikan dan pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mengkritik keras taktik kotor dan jijik yang masih berterusan ini serta menggesa lawan mereka mengamalkan politik sihat.

"Politik yang dibawa oleh Umno ini berlawanan dengan konsep politik yang Islam anjurkan... sepatutnya kita berpolitik secara sihat tentang polisi dan dasar, bukannya menyerang peribadi," tegas Dzulkefly, yang juga merupakan MP Kuala Selangor.

READ MORE HERE

 

2 Anggota AMK ditahan polis, penyebaran video aksi Mustafa Ali

Posted: 11 Apr 2013 01:41 PM PDT

Kedua-dua orang anggota AMK tersebut kini ditahan polis untuk soal siasat.

Dalam laporan awal, seorang lelaki telah ditahan oleh anggota polis di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut Terengganu. Pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat, Kampung Alor Lintang itu menemui 16 sampul surat yang mengandungi sekeping VCD setiap satu pada lelaki terbabit.

VCD aksi melibatkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bersama-sama seorang wanita bukan warganegara, bukannya cerita baru. Dah lama sangat dah tetapi kurang popular berbanding klip video seks sejenis membabitkan Anwar Ibrahim. Malah amat kurang popular berbanding klip video gambar ke…….. wanita dan ke……. lelaki membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan PAS Kelantan.

Sumber memberitahu, PARASIT PAS telah mula mengedarkan VCD lucah yang dikatakan membabitkan Mustafa Ali dikesan di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut, Terengganu. Bagaimanapun, pengedar telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan apabila pemeriksaan dilakukan, pada lelaki berkenaan terdapat 16 sampul surat yang mengandungi sekeping VCD dotdot setiap satu.

Video berdurasi 11 minit 25 saat itu, memang jelas telah dilakukan secara cermat untuk memusnahkan Mustafa Ali.

Kaum PARASIT PAS sebenarnya terlibat secara langsung apabila dari awal lagi mereka telah menyatakan kebencian terhadap Mustafa Ali dan enggan membaiahnya sebagai pemimpin. Mustafa Ali seringkali disifatkan sebagai 'TERKENANG-KENANGKAN ZAMAN PERPADUAN UMNO-PAS' di mana dia telah dilantik sebagai salah seorang anggota kabinet.

 

Perbincangan sedang berlangsung untuk selesaikan tiga penjuru di Sg Acheh

Posted: 10 Apr 2013 03:52 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, isu ini akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 20 April.

"Pemimpin kita akan berbincang dan menyelesaikan perkara ini nanti," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Pulau Pinang pagi ini.

Malam tadi, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man mengumumkan parti Islam itu akan meletakkan ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah di kerusi itu.

Sehari sebelum itu, pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengumumkan parti itu akan meletakkan penulis blog yang dikenali sebagai Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin di Sungai Acheh.

PAS dan PKR, kedua-duanya dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), telah berada dalam perbincangan mengenai kerusi ini kerana PAS mahu bertanding di kerusi tersebut.

PAS secara tradisinya bertanding di DUN Sungai Acheh sebelum 2008 dan pada Pilihan Raya 2008, mereka meminjamkan kerusi tersebut kepada PKR.

Dalam Pilihan Raya 2008, Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti kecil 250 undi.

"Kami telah menyelesaikan lebih 100 kerusi dalam perbincangan untuk pilihan raya dan ini hanya satu kerusi, kita boleh selesaikan ini," kata Mat Sabu.

Sebelum itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga mengatakan perbincangan akan berlaku diantara pemimpin tertinggi PKR dan PAS.

"Adalah lebih baik kepimpinan tertinggi menyelesaikan ini," katanya.

Pengerusi PR Pulau Pinang itu mengatakan perbincangan mengenai kerusi Sungai Acheh adalah diantara dua parti itu dan yang terbaik adalah dengan membiarkan mereka menyelesaikannya.

 

Polis beri amaran kepada individu mahupun NGO agar tidak melampaui undang-undang

Posted: 10 Apr 2013 03:49 PM PDT

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan golongan itu bukan sahaja boleh menjejaskan proses demokrasi malah turut menjadi kesalahan jenayah yang boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Polis menerima maklumat ada terdapat unsur-unsur ugutan yang bertujuan menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi, seperti mereka ini akan melakukan sekatan jalan raya, memeriksa kad pengenlan dan mengugut pengundi agar tidak keluar mengundi.

"Polis memberi amaran, ia merupakan satu kesalahan jenayah kerana kuasa untuk memeriksa kad pengenalan mahupun sekatan jalan raya hanya boleh dilakukan polis dalam tempoh masa pilihan raya ini," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan golongan yang cuba menimbulkan kekacauan semasa musim pilihan raya ini sentiasa dipantau polis dari masa ke masa bagi memastikan tiada yang bertindak melebihi undang-undang.

Ramli berkata orang ramai yang mengetahui wujudnya aktiviti menakut-nakutkan pengundi di kawasan mereka perlu melaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut dapat diberkas.

"Kita (polis) tidak mahu pengundi terjejas dengan ancaman ini, jadi sekiranya mereka mengetahui ada pihak yang cuba melakukan ugutan, segera laporkan kepada polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kekuatan anggota polis setakat ini mencukupi bagi memastikan proses demokrasi di negara ini berjalan aman dari sebarang ancaman pihak tertentu.

Sementara itu, beliau turut memberitahu sebanyak 333 aktiviti sempena pilihan raya umum ke-13 dijalankan semalam membabitkan 99 ceramah, 81 perhimpunan, 21 kempen, dan 132 lain-lain aktiviti.

Beliau berkata polis turut menerima 69 laporan polis membabitkan beberapa kesalahan pilihan raya di seluruh negara semalam.

 

PAS tetap bertanding DUN Sg Acheh

Posted: 10 Apr 2013 03:32 PM PDT

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man berkata tindakan Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu dilihat seolah-olah membelakangi keputusan Pakatan di peringkat pusat yang diputuskan dua hari lepas.

"Saya bawa balik mandat yang telah diputuskan oleh PAS Pusat selepas perbincangan antara tiga parti komponen Pakatan, iaitu kerusi Sungai Acheh adalah milik PAS.

"Jadi keputusan PAS adalah muktamad bahawa kami akan bertanding di Sungai Acheh dan setakat ini tiada sebarang perbincangan dengan PKR negeri kerana keputusan telah dibuat (perbincangan peringkat pusat)," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan nama-nama calon PAS Pulau Pinang di Pejabat PAS, Pongsu Seribu, di sini malam tadi.

PAS meletakkan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Yusni Md Piah untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh yang sebelum ini diwakili calon PKR Azhar Ahamad yang kalah menentang calon Barisan Nasional Datuk Mahmud Zakaria pada pilihan raya umum ke-12.

Mohd Salleh mengumumkan PAS akan bertanding di enam kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen, dengan satu pertambahan kerusi DUN di Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pada Selasa, Mansor dalam kenyataan mengumumkan calon PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard akan bertanding di DUN itu pada PRU13.

Sungai Acheh adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR dalam PRU 2008.

Mohd Salleh berkata beliau juga hairan bagaimana Mansor boleh mengumumkan nama calon PKR bagi DUN berkenaan sedangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengumumkan calon parti itu di peringkat Parlimen sahaja.

Beliau turut bertegas hanya PAS yang akan bertanding di DUN Sungai Acheh dan berharap PKR dan DAP dapat memberi sokongan kepada calon PAS yang akan bertanding.

Kepada soalan sama ada pertindihan kerusi yang timbul itu disebabkan kepincangan dalam kalangan Pakatan di Pulau Pinang, Mohd Salleh menafikannya dan menganggap itu perkara biasa dan bukan sesuatu yang mustahil.

"Tidak jadi satu benda yang pelik dan mustahil (pertindihan kerusi). Kita tunggu pada hari penamaan calon, siapa yang sebenarnya menjadi calon di situ (DUN Sungai Acheh), tetapi yang penting PAS akan tetap bertanding di Sungai Acheh bagi pihak Pakatan," katanya.

 

Pakar Feng Shui ramal BN menang

Posted: 10 Apr 2013 03:18 PM PDT

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa  pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan  beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan  pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh  60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau  kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas.

"Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat,"  katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini  lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved