Khamis, 4 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Sampai bilakah bantuan jenama 1Malaysia akan diberi?

Posted: 03 Apr 2013 01:45 PM PDT

Rakyat Malaysia pasti berbangga apabila membaca laporan bahawa pendapatan isi rumah bulanan purata di Malaysia bertambah dari RM4,025 ke RM5,000 iaitu peningkatan sebanyak 7.2 peratus dari 2009 sehingga 2012.

Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 juga menunjukkan bahawa kadar kemiskinan telah berkurangan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada 2012 manakala isi rumah miskin berkurangan 52.7 peratus daripada 228,400 kepada 108,000.

Apakah kemungkinan pendapatan isi rumah terus meningkat pada masa hadapan? Soalan ini kerap bermain di kepala orang ramai yang asyik merungut tentang kesulitan hidup mereka sehari-hari.

Kita boleh imbas kembali rekod pencapaian negara setakat ini. Kerajaan telahpun memperkenalkan pelbagai insiatif yang bertujuan memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional.

Apa yang dikatakan dalam akhbar The Star bahawa Malaysia berada di landasan yang betul menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi harus direnung bersama. Segala statistik kejayaan memang mudah dibentangkan kepada khalayak ramai tetapi pada masa yang sama perlu juga dilihat perubahan daripada sudut pandang yang lebih meluas.

Masalah-masalah utama negara

Pendekatan seimbang yang menggabungkan pendapatan tinggi dengan mengekalkan pertumbuhan tersebut dan yang merangkumi semua lapisan masyarakat itulah yang akan memberi kita pandangan yang lebih bererti tentang pembangunan. Matlamat utama yang mesti ditekankan ialah peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Tidak dinafikan masih banyak rancangan yang belum mencapai matlamatnya. Di antara rancangan pokok yang masih perlu diambil perhatian berat ialah di dalam bidang pendidikan, membasmi gejala rasuah dan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Kerajaan dan rakyat tidak boleh leka dengan kejayaan yang dicapai kerana usaha yang berterusan diperlukan untuk terus maju ke hadapan.

Negara-negara lain juga berkejar-kejaran mencapai status negara maju dan Malaysia jika tidak berhati-hati akan ketinggalan. Perbandingan dengan negara-negara yang telah mencapai kejayaan dari segi ekonomi seperti Korea Selatan mungkin tidak dipersetujui oleh sesetengah pemerhati tetapi pasti tetap boleh dijadikan teladan.

Read more at: http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2513:sampai-bilakah-bantuan-jenama-1malaysia-akan-diberi&catid=234:azmi-anuar&Itemid=193 

 

Mengapa mereka tinggalkan Anwar?

Posted: 03 Apr 2013 12:01 PM PDT


Setakat ini sudah ramai tidak lagi mahu di sisi menyokong perjuangannya. Ini bukan soal demokrasi. Lagipun, sama ada kawan-kawan bekas Presiden Abim itu enggan bersamanya dalam wadah baru, PKR, adalah hak mereka. Mereka bukan lagi golongan baru belajar berfikir dan menganalisis, tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara.

Apa pun, berita Prof Datuk Dr Sidek Baba tidak lagi sealiran dengan bekas bosnya, Anwar, perlu diberi perhatian. Setakat ini hanya sebuah akhbar yang mendominasi berita ini, lain-lain ambil sikap berkecuali.   

Bercakap pasal Dr Sidek, kita bercakap mengenai perjuangan Islam di peringkat jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan ulama berijazah asas yang seolah-olah baru kenal dengan alif ba ta.

Dr Sidek merupakan antara hard core Anwar yang boleh diibaratkan panglima perang.

 

Di UIA, Dr Sidek menjadi pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar.

Sanusi Junid selaku Presiden UIA sebelum dipecat tentu dapat melihat bagaimana kampus di Gombak itu semakin hari membuahkan pelajar dan kakitangan pro Anwar.

Bercakap pasal keputusan Dr Sidek, kita tentu tidak terlepas  membincangkan mengenai Abim dan kawan-kawan Anwar dalam Abim.

Abim yang lama juga berpecah dua – team A dan team B. Manakala satu masih memihak pada perjuangan Anwar, satu lagi memilih sebaliknya.

Bagi mereka yang menyokong Anwar, ia tidak mengejutkan kerana mereka memilih meneruskan aktiviti dalam perjuangan siasah pula.

Kebanyakan menyertai PKR, ada yang sudah bergelar ahli Pas seperti Kamaruddin Jaafar. Dan mereka dalam kumpulan ini mempunyai cita-cita bergelar YB melalui jalan mudah iaitu dengan menyokong Anwar.  

Timbul juga pertanyaan mengapa rakan-rakan lama Anwar memilih kekal dalam Umno dan enggan menyertainya. Dalam kata lain mengapa mereka tinggalkan bekas Presiden Abim itu sedangkan merekalah antara insan yang kenal beliau luar dalam.

Hari ini kawan-kawan yang dulu sanggup sehidup semati sudah pun menjadi "musuh"nya.

Biar kita sebut beberapa nama. Dr Zahid Hamidi pernah ditahan di bawah ISA kerana menjadi orang Anwar. Bukankah dia yang bercakap dan perkenal perkataan kronisme dan neopotisme dalam Umno waktu Dr Mahathir masih Presiden Umno?

Menteri Besar Perak kini, Dr Zambry Abd Kadir juga adalah antara mereka yang dikatakan "orang Anwar" dan pernah meringkuk di bawah ISA, juga kerana demonstrasi haram pada tahun 1998. Lain-lain yang sanggup habiskan masa muda bersama gerakan pembebasan Anwar ialah Zulkifli Nordin, Zaharin dan ramai lagi.

Mesti ada sebab mereka yang dulu hard core Anwar sanggup salin kulit dan tinggalkan perjuangan itu begitu saja.

Namun itu cerita dulu dan mengenai pemimpin Abim zaman itu, tetapi pemimpin Abim zaman milenium ini juga ada cerita tersendiri. Biar kita petik komen Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden Abim.

Beliau anggap keputusan Dr Sidek tepat dan wajar dikaji oleh rakyat sebab beliau berbuat demikian.

"Saya mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam Abim.

Beliau cukup dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran mengenai moral Anwar."

Hari ini kawan-kawan yang meninggalkan perjuangan Anwar lebih ramai dari dijangkakan. Ustaz Nakhaie Ahmad, menyertai Pas masa Anwar dalam Abim tapi kini menyertai Umno pula. Dr Chandra Muzaffar selaku pengasas PKR juga cabut dari organisasi itu.

Selain mereka, Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dilihat berkerat rotan dengan Anwar walau pada peringkat awal adalah bersama dalam gerakan Anwar. Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan sebagai sebab meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar.

Sebelum tinggalkan isu Dr Sidek, lihat apa komennya sebagai penyebab dia juga berkerat rotan dengan Anwar. Ingat dia bersahabat dengan Anwar 30 tahun lebih dan pernah ditahan ISA. Salah satu dari tiga punca utama ia putus harapan terhadap rakannya itu ialah masalah keruntuhan moral.

Sebelum membuat keputusan, Dr Sidek menyiasat dan menemu bual  beberapa individu yang sangat rapat dengan Anwar, ini diikuti solat sunat istikharah memohon petunjuk.

Sebagai ahli akademik dan tokoh pemikir, beliau tidak buat rumusan melulu dan bias melainkan mencari bukti terlebih dahulu. Beliau melakukan solat istikharah sebelum buat keputusan.

 

Anwar Kekal Pendirian Bukan Islam Diboleh Guna Kalimah Allah

Posted: 03 Apr 2013 04:34 AM PDT

Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.

"Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua "insya-Allah". Ini bukanlah satu yang menghina," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rabu.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.

Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama.

Isu itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.

Ekoran keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata, haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.

Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved