Sabtu, 27 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Husam Musa: Pakatan boleh menang hingga 122 kerusi Parlimen

Posted: 26 Apr 2013 09:44 PM PDT

Beliau berkata demikian apabila mendapat 'berita' berdasarkan pada perkembangan semasa menjelang hari pengundian 5 Mei.

"Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka.

"...tetapi kita baru dapat maklumat dari 'sebelah sana', kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini," kata beliau kepada 5,000 hadirin yang mendengar ceramahnya, di sini, malam tadi.
Ceramah itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon Putrajaya dan Dun Salur berkata rakyat tidak perlu takut kepada pemimpin Umno dalam usaha mereka melahirkan sokongan kepada PR pada PRU kali ini.

Katanya, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin sama ada mengekalkan atau menjatuhkannya.

"...Tengku Adnan lagi takut pada kita (rakyat), fasal kita ramai.

"Kuasa ada pada kita, kita akan jatuhkannya pada 5 Mei nanti, kenapa nak takut?," kata Husam yang mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Husam turut menekankan mengenai manifesto PR termasuk isu tol, minyak dan sebagainya.

Husam juga mengulangi janjinya kepada warga Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada di kawasan tersebut jika diberi mandat pada PRU13.

 

PKR beri Zahid 24 jam dedahkan pemimpin Pakatan yang dikatakan dalang insiden Lahad Datu

Posted: 26 Apr 2013 02:29 PM PDT

Naib Presidennya, N. Surendran menegaskan sekiranya Ahmad Zahid (gambar) gagal mengemukakan nama-nama berkenaan, ia jelas menunjukkan itu adalah "fitnah" yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Amat mengejutkan Zahid Hamidi gagal memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan liar dan berbahaya itu.

"Kenyataan itu jelas untuk menyebabkan kemusnahan politik kepada Pakatan Rakyat ketika menjelang pilihan raya umum ke 13 ini," kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, agensi berita nasional Bernama melaporkan Kementerian Pertahanan telah mengenalpasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah," katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut, sebaliknya berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden Umno itu juga menegaskan segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya

"Ia adalah cubaan untuk mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan BN menangani insiden Lahad Datu yang berlarutan sehingga beberapa bulan," tegas Surendran yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved