Malaysia Today - Your Source of Independent News |
PKR Kapar `tolak’ G Manivannan, Dr Daroyah Alwi Posted: 16 Apr 2013 03:04 PM PDT Mereka juga tidak mahu seorang lagi calon luar – Dr Daroyah Alwi – yang diumumkan bertanding kerusi negeri Sementa. PKR Kapar akan membuat bantahan secepat mungkin terhadap pemilihan Manivannan serta Dr Daroyah. Dua calon PKR popular di kalangan penduduk Kapar ialah Nedunchelian Vengu (gambar), Timbalan Ketua Pilihan Raya PKR Cabang Kapar dan Azizi Ayob, Ketua Cabang PKR Kapar. Manivannan merupakan seorang peguam berusia 34 tahun, manakala Dr Daroyah, Ketua Wanita PKR Shah Alam. Nedunchelian memberitahu ada tangan ghaib yang menghantar dua calon itu ke Kapar, walaupun tidak berterus terang ia menjurus kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta Sivarasa. Katanya, Kapar merupakan cabang yang menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. `Orang baru' "Manivannan adalah calon baru, orang Kapar tidak kenal siapa Manivannan- Dia datang dari Subang tetapi orang Kapar tidak tahu di mana rumah mereka. "Ini kroni S Sivarasa (Naib Presiden PKR), kerana dia bekerja di pejabat Sivarasa," kata Nedunchelian. Kerusi Kapar dimenangi calon PKR, S Manikavasagam selepas mengalahkan calon MIC K Komala pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun, pada pilihan raya kali ini, Manikavasagam diumumkan bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Bukit Melawati, parlimen Kuala Selangor. Ketika ditemui di Kapar semalam, Nedunchelian berkata," Kita kurang puas hati, saya ditolak, Azizi (Ayob) ditolak. `Mahu calon tempatan' "Kita mahu calon tempatan. Saya sepatutnya bertanding di parlimen manakala Azizi DUN Sementa.
|
Video Seks Nik Aziz Pula Tersebar Posted: 15 Apr 2013 11:42 AM PDT Rasanya video ini tersebar sejak beberapa bulan lepas dan kini dibangkit semula oleh blogger Pron BN UMNO. Sehingga ke Mekkah pun mereka reka cerita skandal keji. Politik melayu memang kelakar…gila Sejak dari tahun 1998 lagi umNO sudah tiada isu lain, Nak cakap parti ini bela rakyat, merompak duit rakyat lagi ada lah. Tak cukup lagi dengan merompak, parti ini juga telah banyak kali menyalahgunakan kuasa yang mereka ada! Mereka telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka demi kepentingan peribadi dan politik mereka dan kroni. Apakah cara mereka untuk menutup dan mengalihkan kesalahan-kesalahan mereka dari pengetahuan umum? Inilah antaranya dengan mereka-reka video & gambar parti lawan mereka! Ini terbukti dengan keluarnya video-video lucah & fitnah yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang dibayar oleh unit-unit media umNO! Mereka juga cukup hebat dalam merekacipta sesuatu fitnah yang kononnya berpunca dari pihak lawan mereka seperti peristiwa di Lahad Dato yang dikatakan berpunca dari Anwar Ibrahim sedangkan yang terbukti memberi ic@kad pengenalan biru kepada pengganas-pengganas ini adalah puak umNO termasuklah bekas Mantan Presiden umNO sendiri. Selain dijanjikan kerakyatan, pengganas ini dijanjikan tanah dan kerja yang tetap oleh pemimpin-pemimpin umNO ini! Tetapi yang menjadi masalah apabila janji untuk diberi tanah telah dimungkiri dan akibatnya pengganas ini memberontak! Inilah kisah sebenar disebalik insiden di Lahad Dato ini yang telah mengorbankan sebilangan anggota polis dan tentera! Akhirnya insiden ini telah dijadikan satu helah dan alasan untuk umNO dan Be ENd menanggung-nangguhkan Pilihanraya Umum ke 13! Selain untuk mengaburi mata rakyat dari isu-isu penyelewengan pemimpin-pemimpin umNO ia juga telah dijadikan senjata untuk merosakkan imej pemimpin-pemimpin pembangkang! Bila tembelang-tembelang mereka ini mula pecah, mereka kini terpaksa merekacipta isu-isu lain dan memulakan fitnah baru! Antara fitnah-fitnah mereka yang dikesan adalah salah laku pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti +Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Azmin Ali, dan yang terkini adalah ulama tersohor dunia, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ingatlah, undi kita ada pahala dan dosa, Inilah yang akan terjadi jika kita mengundi parti Umno-BN yang membuat fitnah lucah sebegini, seolah-olah kita turut menyokong perbuatan mereka. Mahukah anda berkongsi dosa yang anda tidak lakukan? Inikah parti yang memperjuangkan agama bangsa dan negara? Tak cukup dengan memaki, mengutuk, mencaci & menghina! Ulama pun mereka sanggup fitnah! Nauzubillah Hingga Video Seks Nik Aziz pun ada dan direka. Sumber Warta Jingga dan Ek Eleh Blog Video Seks Nik Aziz 2013 direka sebelum video seks Mustafa Ali serta Video Seks Nurul Izzah.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan