Selasa, 12 Mac 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


‘Saya masih lagi setiausaha Zuraida, pegawai Anwar’

Posted: 11 Mar 2013 05:15 PM PDT

"Sehingga hari ini, saya masih lagi ahli PKR, Setiausaha Politik YB Zuraida dan Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Saya tidak pernah meletak jawatan dan juga tidak pernah disuruh untuk berhenti bertugas oleh kedua-duanya.

"Saya memahami situasi, keadaan dan alasan sehingga memaksa Zuraida untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Sehingga hari ini juga, saya tetap komited bersama perjuangan Keadilan (PKR) dan sebagai ahli parti – adalah hak saya untuk bersuara, sejajar dengan perlembagaan parti yang ditetapkan," kata Fareez yang menggesa Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berundur.

Gesaan itu mula tersebar apabila surat terbuka oleh Fareez Kamal diterbitkan di dalam laman Malaysia Today pada minggu lepas.

Surat itu ditujukan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi  agar membantu menyelamatkan PKR daripada Wan Azizah dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Menurut Fareez, Wan Azizah dan Nurul mencemburui keakrabannya dengan Anwar  ekoran tugasnya sebagai pegawai diplomasi sulit hal ehwal antarabangsa.

Wan Azizah tidak layak

Sementara itu,  Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang mendakwa Fareez ialah bekas kakitangannya di parlimen.

Manakala sumber parti mendakwa bahawa Fareez bekerja hingga tahun 2008.

Fareez menambah bahawa Wan Azizah tidak layak memimpin PKR kerana tidak bertanding untuk sebarang kerusi parlimen.

Beliau sanggup menghadapi tindakan disiplin ekoran dari surat yang ditulisnya.

"Saya berharap Datin Seri Wan Azizah tidak memecat saya kerana adalah tanggungjawab buat saya untuk bercakap benar – bahawa Wan Azizah tidak layak untuk memimpin PKR menjelang pilihan raya akan datang kerana beliau sendiri tidak boleh bertanding kerusi parlimen.

"Di manakah maruah parti jika presiden sendiri tidak boleh bertanding? Namun, saya tetap bersedia dengan sebarang tindakan parti termasuk tindakan disiplin atau pemecatan," katanya.

Beliau menambah bahawa akan membongkarkan perkara ini dengan lebih terperinci sekiranya diambil tindakan sebagai langkah mempertahankan diri.

Selain itu Fareez turut menegaskan bahawa kecemerlangan Pakatan Rakyat dan kelangsungan PKR perlu diutamakan berbanding dengan kepentingan Dr Wan Azizah.

 

Pesawah Kampung Jelapang Rugi; Hasil Padi Merosot Teruk

Posted: 11 Mar 2013 12:50 PM PDT


Seorang pesawah, Abdul Rahman Awang berkata, hasil tuaian padi pada akhir tahun lalu telah merosot sehingga lima puluh peratus menyebabkan para pesawah mengalami kerugian.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan keugian tersebut adalah diskriminasi pembahagian input baja dan racun selain sistem saliran yang tidak sempurna dan giliran mesin menuai yang mendahulukan mereka yang rapat dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) 

"pilih kasih dalam pemberian bantuan baja dan racun...........hasil padi tidak menjadi kerana serangan penyaki, menyebabkan sebahagian besar pesawah rugi teruk, giliran jentera penuai juga diutamakan kepada 'suku-sakat',

"sistem saliran yang tidak betul, sawah tak kering molek.........jadi mesin (menuai) padi 'lekat',"katanya.

[Gambar - daun padi kekuningan kerana tidak cukup baja........ dan ada yang diserang oleh penyakit 'karah padi' kerana masalah 'diskriminasi' agihan input benih, baja dan racun yang mendahulukan suku sakat Umno]

Menurutnya, petani bersusah payah bekerja siang dan malam, tetapi projek penanaman padi Kampung jelapang yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mendatangkan hasil yang lumayan.

Katanya, hampir RM50 juta dibelanjakan kerajaan untuk sistem saliran, punca air tidak ada dan pegairan tidak sempurna menyebabkan pertumbuhan padi menghadapi masalah.

 

Read more at: http://www.buletinonline.net/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=6147:pesawah-kampung-jelapang-rugi-hasil-padi-merosot-teruk&catid=35:dalam-negeri&Itemid=210 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved