Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Bapa Saiful desak petisyen rayuan disegerakan
- Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu
- MNLF kutuk penceroboh Sulu, jelaskan status Nur Misuari
Bapa Saiful desak petisyen rayuan disegerakan Posted: 07 Mar 2013 06:02 PM PST Beliau yang menyambut baik penghakiman penuh tersebut walaupun terpaksa menunggu sehingga enam bulan berkata, petisyen rayuan perlu difail dengan segera bagi memboleh kes anaknya selaku mangsa liwat didengar di Mahkamah Rayuan, demi mencari keadilan untuk Mohd. Saiful. "Saya percaya hak anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan untuk melalui proses rayuan. Saya juga percaya hak Mohd. Saiful untuk membuat aduan serta diadili sehingga ke peringkat tertinggi tidak akan diabaikan dan dinafikan oleh Peguam Negara. Saya yakin dengan kepakaran Peguam Negara dan berharap, beliau tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak yang tidak mahu petisyen rayuan difailkan," katanya dalam satu kenyataan melalui blog http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com, hari ini. |
Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu Posted: 07 Mar 2013 05:06 PM PST Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."
|
MNLF kutuk penceroboh Sulu, jelaskan status Nur Misuari Posted: 07 Mar 2013 10:40 AM PST Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema (gambar) Khamis. Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF. MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka. "Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita. "Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila. Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini. Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas. Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu. "Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya. Read more at:http://agendadaily.com/Luar-Negara/mnlf-kutuk-penceroboh-sulu-jelaskan-status-nur-misuari.html
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan