Ahad, 31 Mac 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Anwar Ibrahim...dulu, kini dan selamanya

Posted: 27 Mar 2013 03:47 PM PDT

Ini kerana orang yang bercakap itu adalah 'saksi hidup' yang tahu banyak tentang Ketua Umum PKR itu.Mereka lama duduk dibawah bumbung sama semasa dipuncak kuasa dalam UMNO dulu.

Dari situ kita dapat mengukur sejauh mana hebat ketangkasannya mentabir hingga Daim tidak berselindung kata beliau cukup bimbang jika negara ini duduk dibawah Anwar.

"Masalah Anwar ialah imejnya lebih bersih daripada bersih," kata yang cukup dalam maknanya.

Ditanya pula  bahawa Anwar percaya bahawa beliau ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Ini kata Daim," Hakikatnya, nasib manusia ditentukan Tuhan. Anda mungkin hanya tinggal satu denyutan jantung lagi daripada jawatan itu tetapi orang berkata, Tuhan menentukan. Saya fikir Tuhan masih menyayangi Malaysia.'

Anwar bukan setahun dua dalam kerajaan.Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.

Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya.

Jawabnya tentu tidak ada.

Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai ' budak mata biru' Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.

Siapa saja yang bergiat cergas dalam politik semasa eranya tahu sangat suasananya waktu itu bagaimana semua lintang pukang datang berlari bila sebut nama "Pak Sheikh".

Jangan kata Daim, malah  ramai Ketua-ketua UMNO Bahagian dan bekas pemegang jawatan itu semasa zaman beliau di puncak kuasa boleh cerita macam-macam khusunya semasa hendak 'langgar' Allahyarham Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Pink form, yakni borang saham yang boleh bawa untung segera, zaman itu terbang sana sini.

Kalau nak  bercakap mengenai bab kroni dan connection nama beberapa adik beradik Anwar cukup harum waktu itu dimana baik orang politik maupun koprat berusaha sungguh-sungguh hendak 'buat baik' dengan mereka.

Banyak yang tahu bagaimana mereka cukup gerun pada Azmin Ali yang dulu dan kini orang kepercayaan nombor satu Anwar sekalipun level rasminya waktu itu cuma Setiausaha Sulit.

Bukankah Shamsidar Taharin pernah jadi  pegawai hal ehawal korprat yang jarang pergi kerja dengan gaji ribuan dan kereta besar di sebuah bank yang taukenya diketahui umum rapat dengan Anwar.

Juga ada orang-orang kanan Anwar yang jadi pengerusi berjela-jela syarikat hingga ramai yang bengang cakap apa pengalaman dan keistimewaannya.

Pada zaman kemuncak reformasi pula ada orang-orang kanannya dikatakan lari keluar negara dengan 'wang besar'.

Sebab itu ramai yang tahu segala macam kisahnya hanya tertawa bila mendengar Anwar berceramah hentam segala macam tidak betul, rasuah dan kronisme terhadap kerajaan.

Cuba check tengok berapa ramai kalangan wartawan yang aktif semasa eranya di puncak kuasa yang masih terus menerus steady menunjang perjuangannya. Jawabnya juga tiada.

Ramai yang melihat sendiri bagaimana beliau 'mengatur' media arus perdana waktu itu.

Jadi kita tidak perlu hairan kalau dengar ada kalangan wartawan era itu yang gelak sakan kalau dengar Anwar bercakap kondem pasal media dikuasai kerajaan segala macam.

Pokok pangkalnya hanya mereka yang terdedah dan lihat sendiri semua ini tahu menilai.

Ini termasuk bagaimana eksyen sebilangan orang kanan Anwar waktu itu dengan lagak masing-masing.

Kalau ingat nak pergi lebih jauh...siapa yang tidak pelik tengok satu demi satu orang yang asalnya cukup rapat dengannya tinggalkannya ataupun parti.

Ini berlaku bukan saja zaman kejatuhanya tetapi berterusan hingga selepas era tsunami politik pilihanraya Mac 2008.

Mereka yang bermati-matian berjuang hendak menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat boleh bagi ceramah panjang bagaimana mereka melihat banyak yang tidak betul hingga membuat mereka angkat kaki.

Antaranya Dr. Chandra Muzaffar, peguam Zainur Zakaria, Datin Saidatul, Senator Ezam Mohd Noor,Anuar Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB Dominique.

Allahyarham Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, Fairus Khairuddin, Marina Yusuf, Lokman Noor Adam, YB Mohd Radzi Salleh, YB Badrul Hisham Abdullah, YB Tan Tee Beng, YB Jamaluddin Mohd Radzi, YB Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, YB Tan Wei Shu, Zahid Md Arip dan lain-lain.

Salah satu orang kanan Anwar, Dr Sidek Baba satu ketika dulu mendedahkan kenapa beliau juga ucap selamat tinggal.

Pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini berkata soal integriti amat penting untuk menampilkan imej pemimpin yang berhasrat menerajui negara.
 
"Saya dididik, sebagai pemimpin, kamu perlu bersih dan kelihatan bersih," katanya.

Soalnya kenapa orang-orang yang ada kredibiliti seperti Dr Sidek membuat penilaian sebegitu terhadap Anwar kalau tidak bersebab.

Apapun peliknya kita tidak pernah dengar Anwar meratapi pemergian semua orang ini.

Ikut cerita sumber-sumber parti itu, beliau cukup selesa dengan situasi semasa kerana orang-orang yang kenal selok beloknya dan boleh bikin masalah sudah tiada.

Kini macai-macai utama dalam PKR kebanyakannya adalah orang-orang baru yang bergayut pada pada pada parti dan Anwar atas sebab masing-masing.

Golongan ini dan yuppies lain yang terkinja-kinja mendokong parti itu dikatakan tidak tahu banyak malah tidak peduli apa pun latar belakang Anwar.

Keutamaan Anwar kini dikatakan lebih nak jaga PAS dan DAP yang dilihatnya sebagai terowong yang boleh menjayakan impiannya ke Putrajaya.

Masing-masing saling garu mengaru atas cita-cita dan matlamat sama.

Siapa yang tidak syok melihat dua parti yang kononnya dakwa berprinsip sangat mengambil sikap 'no question ask' semata-mata kerana tidak mahu program mereka untuk mengejar Putrajaya rosak.

Sebab itu Anwar boleh terus dan terus berdondang sayang sekalipun ada dakwaan 100 video yang dikaitkan dengannya keluar di pasaran.

Kalau PAS sendiri yang kononya nak jadi tiang seri perjuangan Islam boleh tutup mata...apa sangat orang di kampong dan bandar yang terus jadi pak pacak di ceramah-ceramahnya.

Seperti kata seorang pemerhati politik Anwar kini dalam mode nothing to loose...untung sabut timbul.

 

Tentera Kesultanan Sulu: Ini hasil siasatan dalam MNLF...

Posted: 27 Mar 2013 03:42 PM PDT

Pengerusinya Muslimin Sema (gambar) berkata kesimpulan itu juga berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber  pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.

"Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi  (ketenteraan) ke atas Sabah (Lahad Datu dan Semporna).

"Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada 'pihak' tertentu,"  katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina hari ini.

Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka  tidak mendedahkan sebarang 'nama atau wajah'.

Sebulan lepas, kumpulan yang menggelarkan diri mereka kesultanan Sulu, menghantar kumpulan bersenjata diketuai Azzimudie Kiram ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, untuk menuntut Sabah sebagai warisan nenek moyang mereka.

Tindakan mereka mencetuskan pertempuran bersenjata dengan pasukan keselamatan Malaysia yang mengepung kumpulan itu sebelum melancarkan operasi serangan ofensif dari udara dan darat untuk memaksa mereka berundur selepas berlalunya beberapa tarikh akhir untuk mereka meletak senjata.

'Operasi Daulat' yang masih diteruskan itu sehingga kini menyaksikan 63 pengganas bersenjata dan 10 anggota keselamatan terkorban.

Media Filipina dan pegawai risikan republik itu mendakwa pengganas itu 'dijemput' ke Sabah oleh pemimpin yang bekerjasama rapat dengan parti pembangkang tertentu Malaysia.

Ditanya sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Sulu (RSF) yang didakwa mengetuai pencerobohan ke atas Sabah wujud  sebelum ini, Muslimin berkata beliau tidak pernah mendengar tentang RSF sebelum berlakunya insiden di Sabah.

"Inilah kali pertama saya mendengar tentang tentera (RSF) ini," katanya.

Muslimin berkata siasatan dalaman dijalankan oleh setiausaha agung MNLF, yang pergi ke Tawi-Tawi dan Sulu minggu lepas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai dakwaan pembabitan anggota pasukan tetap dan bukan tetapnya dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Siasatan itu mendapati anggota pasukan tetap dan bukan tetap MNLF yang terbabit dalam pencerobohan itu, kata Muslimin, yang juga naib datuk  bandar Cotabato City.

"Sebahagian besar pejuang kami di Tawi-Tawi telah bersara dan menyertai pertubuhan politik, manakala pejuang kami di Sulu pula di bawah kuasa pemerintahan Ustaz Khabier Malik," katanya.

Muslimin, yang turut diminta mengulas kenyataan Nur Misuari bahawa beliau masih pemimpin MNLF, berkata jawatankuasa pusat MNLF memutuskan pada 2008 untuk memilih beliau sebagai pengerusi barisan berkenaan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved