Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Umno, MCA yakin pengundi Cina pertahan BN di Johor
- MP Serdang dicabar saman Tan Tee Beng
- Arkib buktikan Ketua Penceroboh Sulu sebenarnya rakyat Malaysia
Umno, MCA yakin pengundi Cina pertahan BN di Johor Posted: 19 Mar 2013 06:56 PM PDT Berfikir sejenak, anggota Parlimen Pulai itu berkata DAP silap besar jika gagal memahami sikap unik masyarakat Cina di Johor yang berdiri teguh memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.
|
MP Serdang dicabar saman Tan Tee Beng Posted: 19 Mar 2013 06:46 PM PDT Bekas juruaudit DAP cawangan Serdang Baru Yap Kon Min berkata pihaknya mahu Anggota Parlimen Serdang daripada DAP itu mengambil tindakan guaman terhadap Tan, juga daripada DAP, dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini, dan jika tidak Teo mesti meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Serdang dengan segera. Katanya ini berikutan sehingga kini, Teo tidak mengambil apa-apa tindakan guaman terhadap Tan sejak Anggota Parlimen Nibong Tebal itu membuat pendedahan perkara itu lapan bulan yang lepas.
|
Arkib buktikan Ketua Penceroboh Sulu sebenarnya rakyat Malaysia Posted: 19 Mar 2013 01:27 PM PDT Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.
Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad. "Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara," katanya. Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN. (Berita Lanjut Menyusul) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47872
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan