Sabtu, 9 Februari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ronnie Liu: 'Jawatan Jefrei sudah lama dilucutkan'

Posted: 08 Feb 2013 03:33 PM PST

Katanya, Ronnie, Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas beliau kerana tidak hadir di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Dia (Jefrei) sudah lama dilucutkan jawatan bukannya letak jawatan, lagipun dia bukan ahli DAP," katanya, semalam.

Dalam pada itu, katanya, tindakan Jefrei mengumumkan peletakan jawatannya di kediaman Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng adalah sekadar meraih publisiti murahan.

"Sebenarnya Jefrei telah disahkan muflis. Sudahlah dua tiga tahun tidak masuk pejabat, tiba-tiba sahaja umumkan letak jawatan dengan alasan kononnya kecewa dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa membabitkan pimpinan kerajaan negeri, ini satu penipuan dan mungkin dia telah 'dibeli'.

"Selain itu, sebelum ini Jefrei sering mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang memfitnah saya dan adu domba dengan pimpinan lain dalam pakatan seperti Pas, sedangkan hubungan saya dengan mereka baik-baik sahaja," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, kata beliau, sekiranya ingin bukti kukuhbahawa Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas, boleh merujuk kepada penyata gaji dan elaun, jelas telah beberapa tahun Jefrei tidak dibayar oleh pihaknya.

 

PKR bimbang dengan cara MB Selangor menyelesaikan krisis air

Posted: 07 Feb 2013 05:32 PM PST

The Malaysian Insider difahamkan, perbincangan dan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat kebanyakannya menjurus kepada isu air memandangkan kehadiran Abdul Khalid (gambar) dan juga lanjutan pengumuman bantuan tambahan kewangan RM120 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) baru-baru ini.

"Semalam (Rabu) MB Abdul Khalid hadir sama, jadi banyak perkara yang dibincangkan semalam adalah melibatkan isu krisis air di Selangor.

"Isu air ini akan menjadi modal utama Umno dan Barisan Nasional dalam berkempen di Selangor. Malahan langkah Najib baru-baru ini mengumumkan bantuan kewangan jelas menunjukkan isu air ini akan dimainkan mereka hingga pilihan raya," kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, Abdul Khalid dianggap kurang proaktif dan lembab bertindak dalam menangani krisis air yang berlaku di Selangor menyebabkan ia memberi laluan mudah kepada media arus perdana mudah menghentam pentadbiran PR.

"Beberapa inisiatif dibincangkan supaya MB mengambil langkah yang lebih proaktif dan cepat bagi mengelak masalah ini berulang lagi.

"Antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya kerajaan negeri mengambil inisiatif sendiri menyediakan lori tangki air untuk menyalurkan bantuan selain pam-pam tambahan bagi menangani bekalan terputus air," kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, sumber juga memberitahu ahli biro politik membayangkan syarikat air SYABAS bersama kerajaan pusat berkemungkinan bersekongkol untuk sengaja mencipta sabotaj besar-besaran pada pilihan raya nanti dan menggesa Abdul Khalid untuk berwaspada dengan ramalan tersebut.

"Kami jangkakan dan mendapat maklumat akan berlaku sabotaj besar-besaran pada pilihan raya nanti.

"SYABAS dan kerajaan pusat mungkin akan sengaja merancang bekalan air putus," tambah sumber lagi.

Selain isu air yang dibangkitkan, mesyuarat itu juga menyentuh tentang perbincangan persediaan jentera menjelang pilihan raya yang dijangka akan diumum dalam tempoh terdekat ini.

Kerajaan negeri Selangor masih lagi bergelut dengan kerajaan pusat dalam isu pengambilalihan air di negeri tersebut, malahan permohonan kepada Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga masih belum menerima jawapan muktamad sehingga kini.

Minggu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved