Khamis, 28 Februari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Wan Azizah tidak bertanding PRU13

Posted: 26 Feb 2013 01:49 PM PST

Perkara ini disahkan oleh Timbalannya, Azmin Ali walaupun mengakui wujud permintaan dan sokongan penuh akar umbi dan pimpinan tertinggi parti yang mahu Wan Azizah bertanding semula.

"Beliau dah buat keputusan. Terpulang kepada tuan empunya badan. Kita tak boleh nak paksa," katanya.

Berikutan itu, menurut Azmin nama Wan Azizah tidak disenarai sebagai calon PRU 13 dan menghormati hasrat bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu yang mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai Presiden parti.

"Jawatankuasa PKR Pusat akur dengan keputusan itu," katanya.

Wan Azizah yang juga bekas ketua pembangkang pertama kali terjun bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999 dan berjaya mempertahankannya selama tiga penggal berturut-turut.

Beliau kemudiannya melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang di Parlimen dan juga dalam arena politik negara untuk menentang Barisan Nasional (BN).

Tindakan itu menyebabkan beliau dilarang daripada bertanding semula di kerusi parlimen, namun tidak menyekatnya daripada bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

READ MORE HERE

 

Anwar Anggap Siapa Calon PM Bukan Isu Besar

Posted: 26 Feb 2013 11:18 AM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siapa juga calon Perdana Menteri Malaysia bukan satu isu besar bagi Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) nanti.

Beliau berkata, pada PRU 2008 PR tidak pernah mengumumkan siapakah yang bakal menjadi menteri besar Selangor dan ketua menteri Pulau Pinang dalam manifesto mereka.

"Ia (isu siapa perdana menteri) bukan satu isu. Kami mahu memfokuskan tumpuan kepada agenda untuk membangunkan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pun mereka tidak ada umum siapa akan jadi perdana menteri sekiranya menang, kenapa PR perlu buat demikian," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Konvensyen PR yang berjanji Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin kanan PR yang ditemui mengambil sikap mengunci mulut ketika diminta mengulas isu tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau juga tidak ada masalah sekiranya tidak angkat sebagai Perdana Menteri kerana tujuan Konvensyen PR diadakan pada Isnin adalah untuk menerangkan mengenai polisi bersama dan manifesto PRU mereka.

"Perpaduan bersama lebih utama, kita bergerak sebagai satu pasukan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata manifesto PR yang diumumkan diyakini mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita yakin dapat memberikan apa yang kita janji dalam manifesto kita. Dengan pendapatan yang diumumkan oleh kerajaan Pusat, kita telah buat pengiraan.

"Apabila kita ambil alih ketirisan dan rasuah dalam ekonomi negara dapat dikurangkan dan sebanyak RM20 bilion dapat dijimatkan dengan penjimatan itu kita dapat berikan apa yang telah kita janjikan kepada rakyat," katanya ketika mengulas mengenai komen beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan manifesto PR sebagai populis, tidak terpeinci serta mustahil untuk dilaksanakan.

Mereka turut mencabar pembangkang agar mendedahkan kaedah perlaksanaan manifesto mereka, serta mengingatkan pengundi bahawa banyak janji pembangkang pada pilihan raya 2008 gagal dilaksanakan.

Antara manifesto pembangkang ialah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah minimum sebanyak RM4,000 dalam tahun pertama selepas berkuasa, mengeluarkan sejuta pekerja asing dalam tempoh lima tahun, menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 dan menghentikan loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

 

Anwar nafi PAS halang Pakatan umum calon PM

Posted: 24 Feb 2013 06:24 PM PST

Anwar berkata, isu mengenai calon Perdana Menteri itu tidak dibangkitkan dalam konvensyen dan dakwaan itu hanya khabar angin.

"Konvensyen ini hanya untuk manifesto. Kita (Pakatan) tiada masalah dan ia hanya khabar angin (isu calon PM)," katanya kepada pemberita setelah selesai memberi ucaptamanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata perbincangan mengenai calon Perdana Menteri ini akan terus dibincangkan sehingga PRU.

Ketika diasak pertanyaan jika PAS kekal untuk menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon PM, Mat Sabu seakan mengelak.

Beliau sebaliknya berseloroh jika dirinya turut menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

"Kita tidak bincang siapa yang nak diumumkan sebagai calon PM. Bagi saya siapa sahaja dapat sokongan umum boleh jadi PM termasuk saya.

"Kenapa tidak tanya jika saya berminat jadi PM. Saya berminat, cuma nak jadi Agong tidak boleh.

"Perbincangan dari semasa ke semasa akan dibuat sehingga pilihan raya dan ia tidak jadi perkara utama tapi yang penting kita ambil alih Putrajaya," katanya.

PAS calon Hadi

Isu siapa calon Perdana Menteri Pakatan bermula apabila ahli PAS ketika muktamar lalu yang mencadangkan Abdul Hadi.

READ MORE HERE

 

Mat Sabu: Pakatan sudah ada nama calon PM

Posted: 24 Feb 2013 03:55 PM PST

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, calon perdana menteri bukan satu masalah besar bagi PR tetapi nama individu terbabit akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak.

"Kita sudah 'set', hanya tunggu masa mahu umumkannya... tapi yang pasti saya tidak tersenarai sebagai (calon) perdana menteri," katanya pada pemberita di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini di sini.

 

BN, PAS dan PKR berebut ‘Mufti Perlis’ untuk PRU13

Posted: 24 Feb 2013 02:58 PM PST

The Malaysian Insider difahamkan, mufti yang lantang tersebut telah berjumpa dengan beberapa personaliti di negeri kelahirannya Sarawak baru-baru ini, termasuk pemimpin politik dan agama, mendapatkan nasihat untuk membuat pilihan.

"Beliau baru sahaja pulang dari Sarawak. Ia bagi membincangkan dengan sahabat rapat dan pandangan orang-orang senior dengan beliau," kata sumber kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam.

Di laman sosial Twitter Sabtu lalu, Juanda memuat naik gambar pertemuannya dengan Tun Abdul Rahman Ya'kub, pakcik kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau juga mendedahkan pertemuannya dengan Taib dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu untuk mendengar pandangan kedua-dua pemimpin itu mengenai "arah tuju negara".

Akan tetapi sumber memberitahu Juanda masih memikirkan mengenai perkara ini dan tidak akan membuat keputusan terburu-buru.

"Tapi buat masa ini, beliau masih dalam analisis dan pemerhatian yang berterusan. Kena nilai tempat terbaik untuk buat sumbangan secara berkesan," tambah sumber tersebut.

Sumber tersebut turut mengesahkan PAS dan PKR bersaing hebat untuk mendapatkan keahlian Juanda, satu petanda agama memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya 2013.

"PAS dan PKR memang push beliau (Juanda) sekarang ini untuk bagi persetujuan," kata sumber sebelum  menambah Juanda kini berada dalam "peringkat akhir" sebelum mendedahkan pilihannya.

Jika Juanda menyertai politik, tambah sumber tersebut, beliau akan mencipta sejarah sebagai Mufti pertama yang bertanding pilihan raya.

"Tetapi lanskap politik negara telah berubah. Parti yang menawarkan senarai calon terbaik akan mempengaruhi mood pengundian," kata sumber lagi.

Cakap-cakap tentang kemungkinan penyertaan Juanda dalam politik termasuk juga dengan rakannya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikatakan akan menyertai pilihan raya akan datang.

Sebagai tokoh agama yang popular dan mempunyai pengaruh besar, kedua-duanya dilihat sebagai aset kepada BN dan PR, dalam perlumbaan untuk mendapatkan undi Melayu, kelompok terbesar dalam Malaysia yang berbilang kaum.

Menurut The Straits Times (ST) Singapura semalam, Juanda mengesahkan minatnya untuk menyertai politik, mengatakan perubahan lanskap memerlukan pemimpin seperti dirinya untuk membuat polisi.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved