Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Mat Sabu: 'Arab Spring' mungkin berlaku jika PRU13 diseleweng
- Karpal tetap mahu Anwar menjadi perdana menteri
- Ronnie Liu: 'Jawatan Jefrei sudah lama dilucutkan'
- PKR bimbang dengan cara MB Selangor menyelesaikan krisis air
Mat Sabu: 'Arab Spring' mungkin berlaku jika PRU13 diseleweng Posted: 11 Feb 2013 04:42 PM PST Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.
|
Karpal tetap mahu Anwar menjadi perdana menteri Posted: 11 Feb 2013 03:59 PM PST Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi. "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang. Menurut laporan itu, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam PAS memberitahu penolakan Majlis Syura Ulama PAS terhadap Anwar semakin kuat.
|
Ronnie Liu: 'Jawatan Jefrei sudah lama dilucutkan' Posted: 08 Feb 2013 03:33 PM PST Katanya, Ronnie, Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas beliau kerana tidak hadir di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
|
PKR bimbang dengan cara MB Selangor menyelesaikan krisis air Posted: 07 Feb 2013 05:32 PM PST The Malaysian Insider difahamkan, perbincangan dan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat kebanyakannya menjurus kepada isu air memandangkan kehadiran Abdul Khalid (gambar) dan juga lanjutan pengumuman bantuan tambahan kewangan RM120 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) baru-baru ini. "Semalam (Rabu) MB Abdul Khalid hadir sama, jadi banyak perkara yang dibincangkan semalam adalah melibatkan isu krisis air di Selangor. "Isu air ini akan menjadi modal utama Umno dan Barisan Nasional dalam berkempen di Selangor. Malahan langkah Najib baru-baru ini mengumumkan bantuan kewangan jelas menunjukkan isu air ini akan dimainkan mereka hingga pilihan raya," kata sumber. Menurut sumber itu lagi, Abdul Khalid dianggap kurang proaktif dan lembab bertindak dalam menangani krisis air yang berlaku di Selangor menyebabkan ia memberi laluan mudah kepada media arus perdana mudah menghentam pentadbiran PR. "Beberapa inisiatif dibincangkan supaya MB mengambil langkah yang lebih proaktif dan cepat bagi mengelak masalah ini berulang lagi. "Antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya kerajaan negeri mengambil inisiatif sendiri menyediakan lori tangki air untuk menyalurkan bantuan selain pam-pam tambahan bagi menangani bekalan terputus air," kata sumber itu lagi. Dalam pada itu, sumber juga memberitahu ahli biro politik membayangkan syarikat air SYABAS bersama kerajaan pusat berkemungkinan bersekongkol untuk sengaja mencipta sabotaj besar-besaran pada pilihan raya nanti dan menggesa Abdul Khalid untuk berwaspada dengan ramalan tersebut. "Kami jangkakan dan mendapat maklumat akan berlaku sabotaj besar-besaran pada pilihan raya nanti. "SYABAS dan kerajaan pusat mungkin akan sengaja merancang bekalan air putus," tambah sumber lagi. Selain isu air yang dibangkitkan, mesyuarat itu juga menyentuh tentang perbincangan persediaan jentera menjelang pilihan raya yang dijangka akan diumum dalam tempoh terdekat ini. Kerajaan negeri Selangor masih lagi bergelut dengan kerajaan pusat dalam isu pengambilalihan air di negeri tersebut, malahan permohonan kepada Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga masih belum menerima jawapan muktamad sehingga kini. Minggu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan