Selasa, 22 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


PAS dan DAP jangan menyusahkan sesama sendiri

Posted: 21 Jan 2013 05:25 PM PST

Apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, PAS dikecam habis-habisan kononnya menjadi kuda tunggangan DAP.

Walaupun pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS mengambil keputusan kalimah Allah tetapi tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa  dan tidak boleh disalahgunakan, serangan umno terhadap PAS nampaknya masih belum reda.

Nik Abdul Aziz juga telah menegaskan perkara yang sama.

Sebenarnya  sejak awal lagi Abdul Hadi atau PAS tidak pernah berkata bahawa kalimah Allah boleh digunakan di dalam Bible Melayu.

Ketika PAS dan sekutunya berada di landasan serta  mood  serangan yang betul ke atas Umno dan BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai isu yang berbangkit termasuk 'bantuan' secara tidak langsung oleh ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan tiba-tiba sejak 25 Disember lalu Umno mendapat 'peluru' dan serangan politik ke atas PAS.

Kini PAS dan Pakatan Rakyat dari menyerang terpaksa menjadi bertahan berpunca daripada isu kalimah Allah ini.

Sudah tentu PAS sebagai parti berteraskan Islam menjadi parti yang menjadi sasaran tepat 'tembakan' Umno berbanding DAP atau PKR.

Guan Eng buka isu lama

Beberapa  pemimpin PAS yang dihubungi, berkata mereka hanya mahu bercakap dengan syarat identiti tidak didedahkan.

Seorang pemimpin PAS senior  memberi pandangan bahawa isu kalimah Allah telah senyap atau sejuk sejak 2010.

"Kita masih ingat bagaimana ketika itu isu kalimah Allah menjadi sebuah isu yang amat sensitif di kalangan orang Islam di dalam negara ini sehingga ada individu yang bertindak cuba membakar gereja pada tahun 2010.

"Bagaimanapun isu itu reda selepas itu sementara menunggu proses perundangan di mahkamah selesai.

"Tiba-tiba Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) meminta agar kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible Melayu sempena perutusan Hari Krismas beliau.

"Saya harus akui isu kalimah Allah memberi kesan yang besar kepada PAS dalam konteks sokongan orang Melayu kepada PAS dan juga PKR," kata beliau.

Tidak bantu Pakatan Rakyat

Pemimpin PAS itu berkata kenyataan Guan Eng tidak membantu PAS dan Pakatan Rakyat apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir.

Pemimpin PAS tersebut walaubagaimanapun lega apabila Majlis Syura telah membuat keputusan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Beliau berharap pemimpin DAP itu pada masa akan mengambil kira apakah implikasi kepada rakan dalam Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan kenyataan sensitif berkaitan isu agama.

"Kalau ia pun nak beri perutusan Hari Krismas, banyak lagi perkara yang beliau boleh sarankan antaranya jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, kita tidak akan halang kebebasan beragama dan kita akan beri bantuan kewangan kepada semua agama termasuk kepada gereja tanpa pilih kasih.

"Saya cukup menghormati Guan Eng di atas kecekapan beliau mentadbir Pulau Pinang tanpa rasuah. Cuma saya berharap pada masa akan datang, beliau tidak mengulas isu-isu yang sensitif agama sebelum bincang terlebih dahulu dengan kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

"Beliau harus sedar kenyataan beliau seperti dalam isu kalimah Allah akan melemahkan PAS dan PKR di kalangan orang Melayu dan misi menawan Putrajaya akan gagal tanpa sokongan orang Melayu dan kemenangan calon PAS serta PKR," katanya lagi.

Pemimpin PAS ini juga mengingatkan bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung isu ini pada masa akan datang.
"PAS bersama DAP dan PKR akan menumpukan kepada kerja-kerja persiapan PRU-13 nanti," ujarnya.

Lebih baik fokus PRU-13

Seorang pemimpin PAS berbangsa Cina dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), berpendapat kenyataan Guan Eng tidak kena pada masanya merujuk tarik PRU-13 semakin hampir.

"Ini bukan masanya untuk mengeluarkan kenyataan sensitif.  Disebabkan isu ini PAS kena 'ketuk' di sana sini. Sokongan orang Melayu pada PAS terjejas.

"Sekarang banyak masa dihabiskan untuk menjelaskan pendirian PAS terhadap isu ini di kalangan orang Melayu.

"Lebih baik kita sama-sama fokus pada persediaan PRU-13 nanti daripada mencetuskan isu kontroversi yang akhirnya makan diri sendiri (Pakatan Rakyat)," jelas beliau.

PAS juga pernah melemahkan DAP

Tetapi PAS juga pernah melemahkan DAP dalam isu kedai gunting rambut di Kota Bahru pada November 2012.

PAS sering berkata bahawa hukum hudud dan undang-undang Islam yang mereka perjuangkan hanya akan dilaksanakan (sekiranya dipersetujui Pakatan Rakyat) kepada mereka yang beragama Islam. Tiada paksaan ke atas orang bukan Islam.

READ MORE HERE

 

Ahli PAS akar umbi bantah kenyataan Karpal

Posted: 21 Jan 2013 05:22 PM PST

Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.

Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya "Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu", "Orang Melayu Jangan Undi Karpal", "PAS Wajib Keluar PR", "Kami Pertahankan Majlis
Syura Ulama" dan "Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS".

Mereka turut memijak bendera DAP.

Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji  ulama PAS selaras tuntutan syariat.

Bersekongkol

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan," katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang  kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," katanya.

Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Januari lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

 

Mubarak: 70 kerusi 'kritikal' penentu majoriti 2/3 BN

Posted: 20 Jan 2013 04:47 PM PST

Tujuh puluh kerusi itu adalah kawasan di mana BN menang tipis atau kalah tipis lima tahun yang lalu.

Kerusi-kerusi itu juga menjadi tumpuan pembangkang dalam usahanya melebarkan sayap ke Putrajaya.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac ini. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU13 peringkat persekutuan perlu diadakan menjelang akhir Jun ini.

Sehubungan itu, Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, BN perlu cukup teliti dalam meletakkan barisan calon di kerusi-kerusi kritikal dan mengatur strategi secara berkesan supaya kekecewaan 2008 dapat ditebus kembali dengan kemenangan pada PRU13, yang dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya'.

"Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.

"Sebab itu calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti, membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.

"Mereka mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,"  kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menyifatkan pertarungan PRU13 amat sengit saingannya, Abdul Aziz berkata, program transformasi dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menyentuh hati rakyat secara keseluruhannya.

Meskipun begitu katanya, cabaran besar tetap menanti BN dalam mengatur langkah di 70 kawasan kritikal yang menjadi penentu kemenangan besar parti itu di mana usaha berlipat kali ganda perlu dilakukan supaya ia tidak terlepas ke tangan pembangkang.

"Sasaran yang menjadi rebutan, 70 kawasan Parlimen itu. Jadi gerak geri strategi Barisan Nasional mesti tertumpu kepada penembusan 70 kawasan itu untuk menentukan mereka menang di situ. Kerana memang benar, jika tidak ada gerak kerja, yang benar-benar mantap,
70 kerusi ini akan menjadi medan yang kabur yang boleh menyebelahi sana atau Barisan Nasional.

"Jadi cara yang benar-benar tepat ialah orang yang hendak menjadi calon di situ, mesti tepat dan pada masa yang sama, program pembangunan di  70 kawasan ini mesti lebih mantap untuk ditentukan oleh pihak kerajaan sedia ada sekarang ini," ujar beliau.  

Akhir November lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menjangkakan BN akan memperoleh 120 kerusi jika diadakan November lalu, sementara 24 kerusi  dalam keadaan "kelabu".

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Sementara Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff sebelum ini pernah meramalkan BN hanya selamat di 96 kerusi manakala PR pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kedua-dua perikatan itu.

Jangkaan itu juga bermaksud, BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Namun Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 buat kali pertama menyatakan keyakinan BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU13 jika tiada unsur sabotaj.

 

PAS anggap permintaan Karpal isu kecil

Posted: 20 Jan 2013 02:21 PM PST

"Tidak ada isu sebenarnya, ini kes kecil sahaja," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mengulas permintaan tokoh DAP itu yang mahu Abdul Hadi mengubah keputusan Majlis Syura PAS yang tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menasihatkan Karpal supaya tidak bimbang dengan PAS kerana parti Islam itu tidak mencampuri urusan agama lain

Beliau juga menegaskan, PAS tetap dengan keputusan Majlis Syura tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

`Hadi tidak boleh ubah'

"Keputusan itu tetap, malah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi tidak boleh mengubahnya.

"Dan kami tidak akan tunduk kepada desakan tokoh DAP itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Nama Allah tidak boleh diterjemah, sama juga dengan nama Karpal Singh tidak boleh diterjemah dengan nama-nama ian.

"Tetapi kami (PAS) tIdak boleh sekat mereka nak guna nama Allah," tambah Tuan Ibrahim.

READ MORE HERE

 

'Fenomena Listen': Sharifah Zohra Mohon Maaf

Posted: 20 Jan 2013 12:10 PM PST

Or watch at: http://www.youtube.com/watch?v=rb5_avuagPk 

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada Ahad tampil memohon maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kontroversi 'fenomena listen' yang menjadi perhatian banyak pihak baru-baru ini.

Menurut Sharifah Zohra, beliau kesal apabila pusat pengajian tinggi itu dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

"Saya sangat kecewa apabila UUM diheret sama secara langsung dalam isu ini. Dalam kes ini, UUM merupakan pihak yang paling layak untuk saya memohon maaf secara ikhlas.

"Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Ahad.

Selain itu Syarifah Zohra turut melahirkan kekesalahan di atas tindakan pihak tertentu yang mensensasikan isu berkenaan hingga menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya.

"Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan 'tsunami fenomena listen' menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Syarifah Zohra menjadi topik hangat apabila klip video sepanjang 24 minit yang memaparkan insiden pertikaman lidah antara beliau dan pelajar undang-undang UUM, KS Bawani ketika Forum Suara Mahasiswa pada Disember lalu mendapat kritikan banyak pihak.

Menerusi kenyataan tiga muka surat itu, Sharifah Zohra bagaimanapun turut memaafkan Bawani dan pihak yang didakwa mengecamnya tanpa usul periksa.

"Saya maafkan gadis muda (Bawani) dalam video itu di atas apa jua tindakannya sebelum, semasa dan selepas forum tersebut.

"Saya juga memaafkan pihak-pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadap saya tanpa usul periksa dan mendapatkan fakta yang tepat," katanya.

Mengulas lanjut Sharifah Zohra berkata beliau turut menerima ugutan daripada banyak pihak pihak termasuk parti politik.

"Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak saya.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima uguran SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) tidak bertanggungjawab daripada individu, kumpulan serta parti politik," katanya.

 

Dr M: Melayu serah banyak hak atas nama perpaduan

Posted: 19 Jan 2013 06:53 PM PST

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain.

"Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian.

"Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain.

"Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya," katanya ketika menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran MelayuPulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di
sini, semalam.

Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi.

"Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi.

"Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini.

"Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya.

Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah," katanya.

Sehubungan itu katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mewujudkan keamanan di Malaysia.

Mahathir turut membidas sikap sesetengah kaum di negara ini yang masih belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai politik tanah air, yang selama ini didominasi orang dan parti politik Melayu.

"Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,"
katanya.

Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan datang.

 

NGO lapor polis dakwa pelajar Islam diberi Bible di hadapan sekolah

Posted: 17 Jan 2013 02:27 PM PST

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.

"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved