Khamis, 31 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Anggota dan pemimpin PKR ‘buat kecoh’ dI JPN P.Pinang

Posted: 30 Jan 2013 03:45 PM PST

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, kumpulan itu sebelum itu berarak  sejauh kira-kira 400 meter dari Jalan larut ke kompleks itu di Jalan Anson sebelum merempuh halangan polis atas alasan untuk berurusan secara beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kompleks itu.

Turut serta dalam himpunan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban S. Raveentharan, Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, Adun Kebun Bunga Jason Ong dan Adun Komtar Ng Wei Aik.

Surendran berkata tujuan perhimpunan itu adalah sebagai membantah pemberian kad pengenalan merah yang didakwa terlalu lama kepada warga emas yang dilahirkan di negara ini sejak sebelum merdeka dan berharap mereka segera diberikan MyKad.

Katanya, selain itu mereka juga membawa 15 orang kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Kumpulan itu kemudiannya dibenarkan masuk ke pejabat JPN dan dilayan di kaunter khas.

Penolong Pengarah JPN negeri Noorhazlina Ishak yang menguruskan permohonan kumpulan terbabit bagaimanapun enggan mengulas kepada wartawan.

 

Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari

Posted: 29 Jan 2013 10:44 PM PST

Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

"Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

Hasil dari siasatan awal yang dilakukan ujar Khalid, kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

"Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.

"Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan memantau aduan kekerapan paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.

Shahrizat: Harapan wanita Malaysia hanya pada BN

Posted: 29 Jan 2013 04:36 PM PST

   
Sehubungan itu, beliau berkata BN yang menjadi peneraju negara dan mengambil berat soal kebajikan rakyat tetap menjadi pilihan wanita di segenap peringkat.
   
Berucap pada Program Sekampung Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Perlis di sini hari ini, beliau berkata kerajaan sentiasa memahami dan menghayati denyut nadi wanita dan tidak pernah mengabaikan mereka.
   
Selain itu, menurutnya, kerajaan juga sentiasa mendengar suara dan hasrat wanita bukan sahaja melalui saluran politik tetapi juga melalui MPWK.
   
Shahrizat yang juga Pengerusi Kebangsaan MPWK berkata majlis itu tidak pernah berdiam diri dalam memperjuangkan kepentingan kaum wanita di negara ini.

"Itu sebabnya, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjaga kebajikan kaum wanita dan berusaha mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan termasuk melalui bantuan 1Azam," katanya.
   
Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata banyak kaum wanita yang perlu dibantu terutama mereka yang menjadi ketua isi rumah, kebanyakannya disebabkan kematian suami atau ditinggalkan suami.
   
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan program itu berharap kaum wanita akan menjadi pencetus semangat kepada masyarakat untuk terus menyokong pelbagai usaha murni kerajaan.
   
Katanya kaum wanita di negara ini menikmati kehidupan yang selesa dan mereka yang berada dalam kepompong kemiskinan tidak pernah dipinggirkan daripada usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka.

 

Nasharuddin bakal kembali ke parlimen Yan

Posted: 29 Jan 2013 03:28 PM PST

Bagaimanapun,  tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen Bachok itu bertanding atas tiket calon bebas atau parti lain.

Seorang penyokongnya yang juga bekas ahli PAS Yan memberitahu, masyarakat Melayu mahu Nasharuddin kembali ke parlimen itu.

"Jika beliau (Nasharuddin) mahu memanjangkan hayat politiknya, kerusi yang paling sesuai ialah parlimen Yan.

"Saya katakan Yan kerana masih ramai pengikutnya di kawasan itu. Lagipun beliau pernah menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999.

"Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atas Naharuddin," kata seorang bekas ahli PAS diYan yang mahu dikenali sebagai Wahab.

Menurutnya, sejak dahulu lagi masyarakat di Yan memberikan sokongan kepada Nasharuddin  meskipun beliau telah berhijrah ke negeri lain.

Karier politik Nasharuddin bermula di Yan apabila beliau memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum tahun 1999 sejurus melepaskan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.

'Tidak berpura'

Bagaimanapun, pada pilihanraya umum 2004 beliau bertanding di parlimen Besut, Terengganu tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Abdullah Mohd Zain.

Pada 2008, Nasharuddin bertanding di Bachok, Kelantan dan memenangi kerusi parlimen itu setelah mengalahkan Datuk Awang Adek Husin yang kini ketua Umno bahagian serta timbalan menteri kewangan 2.

READ MORE HERE

 

Jakim, NGO lancar kempen ‘Jerat Valentine’s Day’

Posted: 29 Jan 2013 11:30 AM PST

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, program itu bertujuan mendedahkan sukarelawan kepada aktiviti bersemuka dengan masyarakat dalam membina kesedaran bagi membanteras gejala sosial.

Menurutnya, cara ini dapat membina keyakinan, keberanian, daya bertindak serta kesepaduan gerak kerja kalangan sukarelawan, membanteras gejala sosial di samping membina kemahiran berkomunikasi dan interaksi mereka dengan kumpulan sasar.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2005 memutuskan bahawa roh perayaan Valentine's Day dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, menjelang hari yang disebut Velentine's Day pastinya gejala maksiat dan zina menjadi-jadi terutama di kalangan remaja dan belia sekitar pusat bandar raya.



 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved