Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Nizar dedah dokumen RM207 bilion
- Kalimah Allah: Penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS
- Memang saya yang kirim SMS penafian ‘Black Rose’: Deepak
- Sultan Selangor kesal Guan Eng ungkit isu kalimah Allah
- Permuda PAS: Perhimpunan Sabtu ini fasa terakhir rampas Putrajaya
Nizar dedah dokumen RM207 bilion Posted: 09 Jan 2013 02:38 PM PST (Surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan) Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu. Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011. Pendedahan ini dibuat Nizar dalam sidang media khasnya hari ini. Beliau meminta agar pihak kerajaan membuat penjelasan terhadap semua dokumen itu dan menjelaskan di mana wang itu sekarang jika ianya benar-benar wujud. (Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan) Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu. Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia." Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya. Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. Beliau akan merujuk balik kepada Tokyo mengenainya. Wakil Kedutaan kemudiannya menafikan wang RM207 bilion itu yang dirujuk.
|
Kalimah Allah: Penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS Posted: 09 Jan 2013 02:34 PM PST Demikian penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berhubung laporan Mstar, semalam. Berikut ialah penjelasan penuh beliau. Saya ingin menjelaskan bahawa laporan berita bertajuk 'Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah' yang dikeluarkan oleh MStar pada 9 Januari 2013 adalah telah memetik secara salah apa yang saya sebutkan. Kenyataan awal saya yang berkenaan adalah ketika saya diminta memberi komen terhadap permintaan pihak-pihak tertentu supaya dibenar penggunaan terjemahan Allah dalam Bible berbahasa Melayu beberapa minggu yang lalu. Tajuk itu sepatutnya berbunyi seperti ini 'Ulamak PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi menggantikan perkataan God'.
|
Memang saya yang kirim SMS penafian ‘Black Rose’: Deepak Posted: 07 Jan 2013 05:38 PM PST Kontroversi yang melibatkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan semakin hangat diperkatakan terutama dikalangan media-media siber puak pembangkan atau lebih khusus PKR. Walaupun Deepak bukanlah individu yang menyokong BN atau UMNO khususnya, namun kenyataan beliau juga telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin PKR. Sehinggakan, wujud satu cerita yang mengatakan peniaga itu menerbitkan sebuah buku berjudul 'Black Rose' yang menceritakan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan kes pembunuhan Altantuya. Situasi itu sememangnya menimbulkan syak wasangka kerana Deepak, sejak dari awal lagi bukanlah golongan pro-BN namun beliau kini seolah-olah telah disabotaj oleh pemimpin PKR. Susulan kewujudan buku yang dikatakan diterbitkan oleh Deepak, satu kenyataan balas telah dibuat peniaga terbabit bagi merungkai kekeliruan yang timbul. "Saya rasa ada pihak yang nak ambil kesempatan tentang perkara ini… saya nak tegaskan buku saya adalah sebuah novel dan nama-nama di dalam buku ini tidak menunjukkan mana-mana individu. "Peguam dan kawan-kawan saya ada salinan buku itu dan buku saya bukan sampah seperti buku yang mereka katakan itu. "Saya tahu ada pihak yang tidak berminat untuk mengetahui perkara sebenar malah individu terbabit cuba menghalang saya dari menyatakan kebenaran. "Saya sendiri tidak faham kenapa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli boleh mengemukakan bukti kononya ada dokumen… fakta mana yang dia dapat ni," katanya dalam sidang media petang tadi. Justeru, kini Deepak mencabar Rafizi supaya mengemukakan bukti bahawa terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan Rosmah. Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain. "Bila perkara ini berlaku mulalah ada pihak yang kata ada orang UMNO di belakang saya atau saya telah dibayar oleh individu lain untuk menjatuhkan Rosmah. "Apa ni… Im Not For Sale, saya sumpah tidak ada orang UMNO di belakang saya. Terdahulu, laporan MalaysiaKini menyatakan perlancaran buku 'Black Rose', satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Difahamkan Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'. Lantas, Deepak telah menafikan pelancaran buku tersebut dikeluarkan olehnya melalui SMS kepada semua media dan meminta namanya dikeluarkan.
|
Sultan Selangor kesal Guan Eng ungkit isu kalimah Allah Posted: 07 Jan 2013 12:31 PM PST Berikutan dengan kenyataan dan gesaan tersebut, Sultan Selangor itu telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa orang Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mufti Selangor serta pegawai tertìnggi MAIS dan JAIS pacla 6 Januari 2013. "DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010," kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan hari ini. Perdebatan di mahkamah mengenai isu perkataan "Allah" masih belum diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguannya The Herald, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya pada 31 Disember, 2009, kerana Kementerian Dalam Negeri pada 2010 membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu, dan sejak itu mahkamah tidak membuat sebarang keputusan untuk menetapkan tarikh untuk perbicaraan. Menurut Mohd Misri lagi, Sultan pernah mengeluarkan titah sama berkaitan penggunaan kalimah Allah tiga tahun yang Ialu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan akan tetapi tidak diendahkan. "Namun DYMM Tuanku amat kesal kerana titah Baginda tersebut telah dipandang ringan oleh sesetengah sehingga isu yang sama dibangkitkan semula," katanya. "Berikutan dengan itu DYMM Tuanku juga telah menitahkan MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan Fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang¬ undang yang sedia ada di Negeri Selangor." Polemik penggunaan kalimah Allah timbul kembali apabila Lim dalam perutusan Krismasnya pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan digunapakai di Timur Tengah hampir seribu tahun lalu. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kemudian memberi respon bercanggah dengan pendirian presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010 apabila berkata kalimah "Allah" dalam Alkitab, terjemahan Injil bahasa Melayu tidak akan mencerminkan maksud asal ayat tersebut.
|
Permuda PAS: Perhimpunan Sabtu ini fasa terakhir rampas Putrajaya Posted: 07 Jan 2013 12:11 PM PST Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. "Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. "Ayuh kita jadikan himpunan kebangkitan rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan. "Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia," katanya dalam blog Pemuda PAS yang diterbitkan hari ini.Nasrudin berkata, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 Pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka. "Suara sejuta umat akan bergema merayakan perubahan, InsyaAllah!," katanya lagi. Himpunan di luar negara Nasrudin juga berkata, sehingga setakat ini pihaknya diberitahu rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan