Rabu, 23 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Rakaman video bukti Umno halang Nik Nazmi ceramah di Sri Stulang, Johor Baharu

Posted: 22 Jan 2013 11:31 AM PST

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu. Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.

Rakaman video

Video a http://www.youtube.com/watch?v=xMDJWzB5uKg (Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)

Video b http://www.youtube.com/watch?v=1pUZ4d-l5tk (Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)

Video c http://www.youtube.com/watch?v=lOIKzG7eNV8 (Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)

 

Bilik Gerakan BN Jelutong diroboh

Posted: 22 Jan 2013 11:30 AM PST

Timbalan Pengerusinya Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000.

"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selama seminggu untuk tampil beri penjelasan…jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini hari ini.

Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita Umno Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu.

Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya.

"Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi…sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya.

Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berunding dengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka.

"…tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved