Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA (OVERSEAS VOTER)
- Malaysian First Indians, Against BN, PKR, DAP & PAS (new Facebook page)
- Bersihkah Daftar Pemilih Sebelum PRU!
PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA (OVERSEAS VOTER) Posted: 20 Jan 2013 04:35 PM PST
Election Commission of Malaysia
a) Warganegara Malaysia b) Pemilih berdaftar c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa. Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut; a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau c) melalui pos ke alamat;
Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi. Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1B Sila lihat Panduan Untuk Mengisi Borang 1B Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara
| |
Malaysian First Indians, Against BN, PKR, DAP & PAS (new Facebook page) Posted: 20 Jan 2013 01:01 PM PST
I am sure many Malaysian Indians and even those from other ethnicities, see both sides for who they really are, and how bad both BN and PR are, or have become. How, in their desperation for power, they will resort to telling you all sorts of lies, give false promises and have also failed to deliver and fix themselves. www.facebook.com/MalaysianFirstIndiansUnite Enough with all their BS! Teach them all a lesson and look elsewhere! Any person of integrity who is still a member of these parties, should resign in protest. Note: We (the admins) are non-religious secular humanists, socialists and rationalists Malaysians. We would like Malaysians and especially Malaysian First Indians (MFI) to comment and join the discussion on this new page. Original articles and regular commentator's writings, might/will be added in time, if there is enough response and contributions. We don't expect you to agree with our stand of course, only to contribute to the discussion, and of course democracy and empowerment of the rakyat - ultimately, a better Malaysia. I am sure many Malaysian Indians and even those from other ethnicities, see both sides for who they really are, and how bad both BN and PR are, or have become. How, in their desperation for power, they will resort to telling you all sorts of lies, give false promises and have also failed to deliver and fix themselves. We are angry that we have no parties currently that can truly represent us MFI - who and what we stand for. We will not sell out and support either BN or PR any longer! Many will & have already adopted this stand, and as the GE approaches, more will. We also feel that both sides, and sadly many Malaysians we feel, are not truly willing to "sacrifice" for a better Malaysia, as RPK highlights here: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/51680-talk-is-cheap http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/52362-do-you-know-what-sacrifice-means I'm more concerned with what happens after the GE and not before or during the campaign. When they walk the talk. All will be revealed in time. But even then, we must be careful where we get our info from & who we trust... "We won't get fooled again" Rp6-wG5LLqE http://youtu.be/Rp6-wG5LLqE
| |
Bersihkah Daftar Pemilih Sebelum PRU! Posted: 20 Jan 2013 12:26 PM PST IUsC3SMubDk Dijumpai dalam YouTube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara kepada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia(LINK YOUTUBE klik http://www.youtube.com/watch?v=IUsC3SMubDk) Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk , wajah – wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk. Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara. Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata. Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau. Memetik semula kata – kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan. Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini. Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya. Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor. Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkuasa mula menjual kedaulatan seluruh negara. Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa. Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disuruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya lahir dan mati di sini. Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia. Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas. Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan mencetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa. SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai. Bangkit, Bangkit, Bangkit ! Selamatkan negara.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan