Selasa, 15 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Exco Kedah: Garis panduan Tahun Baru Cina ditarik balik

Posted: 14 Jan 2013 03:09 PM PST

Beliau yang merupakan Exco Belia dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan berkata, kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut dengan tatacara yang sesuai berdasarkan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya kaum tersebut.

"Garis panduan yang baru dikeluarkan untuk pihak badan City Plaza dan Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Negeri Kedah untuk menjalankan program tersebut dengan jayanya tanpa syarat-syarat garis panduan yang terdahulu.

"Ini cuma garis panduan, boleh diubahsuai mengikut keadaan, yang penting kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang berlaku," kata Khalib melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalib, mengenai isu berkenaan garis panduan bagi penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013', Khalib berkata, berlaku terlepas pandang mengenai garis panduan yang melibatkan acara perayaan.

Beliau berkata, garis panduan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertujuan untuk mengawal masalah sosial yang berlaku di negeri tersebut, terutamanya melibatkan remaja Melayu-Islam.

"Pun demikian, untuk program-program melibatkan kaum Cina, India dan Siam, berkaitan dengan sambutan perayaan keagamaan dan budaya, garis panduan diberikan kelonggaran," kata Khalib lagi.

Berkenaan dengan isu hanya pelajar sekolah yang dibenarkan dalam persembahan itu, Khalib enggan mengulas, sebaliknya berkata ia bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan.

Dalam kenyataan media dari pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata penganjur hendaklah memastikan setiap peserta yang terlibat dalam persembahan pentas pada program tersebut, sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak atau dewasa) mestilah berpakaian sopan atau tidak menjolok mata.

Penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' oleh kerajaan negeri Kedah yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

READ MORE HERE

 

Mat Sabu setuju keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Posted: 14 Jan 2013 02:37 PM PST

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu.

 

‘Tsunami Johor’: 85 peratus Cina sokong Pakatan

Posted: 14 Jan 2013 02:34 PM PST

Manakala sokongan pengundi Melayu ialah pada tahap 35 peratus berbanding 22 peratus pada 2008, dakwa PAS hari ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, perangkaan terbaru ini hasil bancian yang dibuat parti mengenai kecenderungan pengundi Johor.

"Kami mendapati sokongan pengundi Cina kepada calon Melayu dari Pakatan Rakyat adalah antara 65 hingga 70 peratus, manakala sokongan kepada calon kaum Cina adalah 85 peratus.

"Pengundi india jumlahnya kecil tetapi saya percaya 60 peratus daripada mereka akan mengundi Pakatan Rakyat.

"Tsunami politik akan melanda Johor," kata tokoh veteran PAS ini. Beliau sendiri akan bertanding kerusi negeri tetapi enggan memberitahu kawasan berkenaan.

PAS Johor akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding sebaik sahaja parlimen dibubarkan.

"Kita sudah ada senarai calon, cuma tunggu masa sahaja," katanya lagi.

Menang 18 kerusi

Johor mempunyai 56 kerusi negeri dan 26 kerusi parlimen. Kerajaan sedia ada mesti membubarkan parlimen sebelum 7 April ini.

READ MORE HERE

 

Hasan cabar Anwar buat kenyataan rasmi terima keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Posted: 14 Jan 2013 02:54 AM PST

Dalam kenyataannya Isnin, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.

"Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas (setiausaha agung DAP) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS.

"Sekali lagi dalam isu kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura Pas malam semalam memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved