Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- PKR dakwa keluarga Pak Lah terlibat dalam pembekalan meter elektonik TNB
- Pegawai kanan SPR ada jawatan dalam Umno?
- Rahman Maidin sertai PAS untuk bantu jatuhkan BN
- Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak
- Dubes Malaysia: Video Hina Indonesia Itu Adu Domba
- Abim bantah konsert Elton John/Jennifer Lopez
PKR dakwa keluarga Pak Lah terlibat dalam pembekalan meter elektonik TNB Posted: 03 Dec 2012 12:21 PM PST Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB. Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun. "Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250. "Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion. "Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion. "Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun. "Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu," kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik mereka. "Justeru, PKR menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?" tanya Nik Nazmi.
|
Pegawai kanan SPR ada jawatan dalam Umno? Posted: 03 Dec 2012 12:10 PM PST Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno. Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR. Demikian kata Lahirul Latigu, Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini. Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini. "Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul. Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri ini berjalan secara adil dan bersih.
|
Rahman Maidin sertai PAS untuk bantu jatuhkan BN Posted: 02 Dec 2012 12:44 PM PST Ujarnya, biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh dan membina kembali dengan benteng yang kuat dan padu. Beliau berkata, sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.
|
Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak Posted: 01 Dec 2012 05:29 AM PST "Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.
|
Dubes Malaysia: Video Hina Indonesia Itu Adu Domba Posted: 29 Nov 2012 01:49 PM PST Dubes Malaysia untuk RI Dato Syed Munshe Afdzaruddin menegaskan hal tersebut dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Pemerintah Malaysia tidak tahu asal usul video tersebut. "Itu tidak dibenarkan. Video tersebut datang dari kelompok tertentu yang sengaja mengadu domba hubungan kita. Entah dari negara luar, Malaysia, ataupun Indonesia," kata Dato Syed kepadaLiputan6.com di Jakarta, Jumat (30/11/2012). Menurut Dato Syed, pertandingan sepakbola Piala AFF seharusnya menjadi ajang persatuan antar bangsa. "Sepakbola harusnya bisa menjadi olahraga atau game yang enjoy. Kerajaan Malaysia amat mendukung persatuan antar kedua bangsa," ucap Dato. Hubungan Indonesia dengan Malaysia memang seperti love and hate relationship. Layaknya orang memadu kasih. Kadang benci, kadang cinta. Kadang bermusuhan, kadang berteman baik. Tetapi tetap saling membutuhkan. Namun, Dato Syed menegaskan apapun yang terjadi hubungan Malaysia dan Indonesia harus tetap rukun dan tidak mudah terprovokasi. "Apakah sengaja untuk melakukan propaganda? Bisa juga. Yang jelas kedua negara jangan terpancing," imbau Dato Syed. (RZK)
|
Abim bantah konsert Elton John/Jennifer Lopez Posted: 29 Nov 2012 12:59 PM PST Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan