Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Jangan ganggu urusan PRU, SPR ingatkan Bersih Posted: 18 Dec 2012 03:05 PM PST Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, kempen Jom Pantau PRU13 yang bakal dilancarkan oleh Bersih 2.0 tidak akan membantu kelancaran pilihan raya, sebaliknya akan menimbulkan pelbagai masalah. Beliau berkata, kempen itu akan memastikan rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih, keluar mengundi pada hari pemilihan nanti. "Kita akan jemput pengundi untuk keluar mengundi pada hari tersebut kerana jumlah pengundi yang ramai akan membawa perubahan kepada penipuan. "Ia juga akan meminimumkan dan mengurangkan penipuan daripada berleluasa," katanya. Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata secara umumnya Bersih 2.0 ini ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti, jadi mungkin mereka mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan parti tersebut. Soal beliau, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga seorang yang mengetahui undang-undang, "namun mampukah beliau menjaga ahli yang terlibat dalam Jom Pantau PRU13?" "Bukan semua yang tahu undang-undang, dengan keadaan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin pelancaran kempen ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul," katanya.
|
Izat: Ekonomi Melayu gugat jika DAP diberi kepercayaan Posted: 17 Dec 2012 02:02 AM PST Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, sokongan orang Melayu terhadap DAP akan hanya menyebabkan ekonomi dan masa depan orang Melayu terumbang-ambing. Katanya, perkara ini jelas terbukti seperti apa yang berlaku dalam pemilihan jawatan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin Melayu parti itu kecundang dan tidak mendapat tempat dalam kepimpinan parti.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan