Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Karpal: Anwar tetap calon PM, PAS rakan paling utuh dalam PR
- Hak DAP untuk pilih calon PM mereka, kata Mustafa Ali
- PAS tunduk pada DAP, sanggup kaji semula undang-undang yang dilaksana
- Sultan Selangor benci dituduh orang Umno
- Karpal minta Hadi buat kenyataan pendirian PAS mengenai pengasingan gender
Karpal: Anwar tetap calon PM, PAS rakan paling utuh dalam PR Posted: 14 Dec 2012 03:11 PM PST Menurut Karpal, pendirian tersebut sudahpun dinyatakan sebelum ini tetapi isu tentang siapa bakal menjadi PM dipolitikkan terutamanya oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). "DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika Pakatan berjaya ke Putrajaya," kata Karpal dalam ucapan pembukaan di Kongres Kebangsaan DAP ke-16. Kemelut calon PM juga menjadi perkara utama yang dibincangkan pada Muktamar PAS baru-baru ini apabila delegasi parti Islam tersebut mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan penting itu. Namun Karpal dalam ucapannya tidak mengulas lanjut terhadap permintaan oleh rakan mereka, PAS tersebut tetapi berkata parti tersebut sebagai rakan paling utuh yang banyak memainkan peranan penting dalam PR. "PAS adalah rakan penting dalam PR, mereka juga adalah parti yang paling utuh secara prinsipnya dalam PR. "Ia juga sama dengan PKR," terang beliau. Karpal juga sempat mengecam BN dan mencabar delegasi dan rakan dalam PR untuk "menyembelih" musuh utama mereka tersebut dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi. "Saya percaya dengan gabungan ini, PR adalah sebuah gabungan yang kuat untuk mencapai objektif. "Dan kita akan sembelih BN dalam pilihan raya nanti," gurau beliau.
|
Hak DAP untuk pilih calon PM mereka, kata Mustafa Ali Posted: 14 Dec 2012 03:06 PM PST Pengerusi DAP, Karpal Singh pagi tadi dalam ucapannya menyatakan sokongan dan memilih ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM. "Itu adalah hak DAP untuk nyatakan secara terbuka calon pilihan perdana menteri mereka," kata Mustafa (gambar). Beliau yang ditemui media selepas sidang media juga memberitahu PAS masih belum memutuskan tentang siapa pilihan mereka untuk mengisi jawatan penting tersebut. "Berbeza dengan DAP, kami (PAS) tidak memutuskan siapa lagi calon dan tidak menyatakan secara terbuka mengenai perkara itu. "Lagipun pilihan raya belum mula lagi, malahan kita belum tahu lagi calon itu (Anwar) akan menang atau tidak," jelas beliau. Mustafa berkata keputusan muktamad hanya boleh diputuskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.
|
PAS tunduk pada DAP, sanggup kaji semula undang-undang yang dilaksana Posted: 13 Dec 2012 02:23 PM PST Setelah lebih 20 tahun melaksana dan mempertahan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, kerajaan PAS Kelantan akhirnya mengalah terhadap desakan rakan pakatan pembangkang atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya umum yang semakin hampir. Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata keputusan dibuat untuk menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik orang bukan Islam. Ia diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri dan penangguhan itu sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan. Ini belum lagi pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS, dan secara terang-terangan ditentang DAP, pelaksanaan undang-undang kecil begini pun PAS tidak dapat bertahan. Dengan penangguhan itu bermakna semua kedai gunting rambut milik orang bukan Islam dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan. Isu kedai gunting rambut ini menarik perhatian umum terutama masyarakat Cina apabila akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pengurus kedai gunting rambut di sini, Ong Lee Ting, mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010. Akibatnya, dia didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama. Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh (gambar fail) yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah. Walaupun Karpal Singh menyambut baik keputusan penangguhan selepas itu, beliau sebenarnya mahu PAS meminda undang-undang kecil itu untuk menyediakan peruntukan yang tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Penangguhan itu sebenarnya langkah sementara, dan tidak menghairankan nanti bahawa PAS berkemungkinan pula akan akur dengan cadangan pengerusi kebangsaan DAP itu untuk meminda undang-undang kecil berkenaan. Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, berkata akibat daripada "berkawan" dengan DAP, PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya demi menjaga hati rakan pakatan. PAS sebenarnya sama-sama ghairah dengan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya dan pemimpin parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang dicanang selama ini khususnya hudud, kata Wan Ismail. Beliau menganggap "ulama politik" dalam PAS hanya melihat kepentingan politik lebih daripada kepentingan Islam. Bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata keputusan terbaharu kerajaan PAS Kelantan itu menunjukkan mereka tidak berani untuk bertegas dalam melaksanakan sesuatu undang-undang. "Keputusan menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula undang-undang sekecil ini, menjadi bukti kepada rakyat di dalam dan luar Kelantan bahawa apa yang dicanang oleh PAS untuk melaksanakan hukum Islam, hanya semangat politik sahaja. "Usahkan hukum hudud yang besar tidak dilaksanakan...undang-undang kecil boleh dimain-mainkan pemimpin PAS," katanya sambil menegaskan, rakyat boleh menilai keikhlasan perjuangan PAS pada masa kini. Mohd Noor berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan dakyah PAS yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam sedangkan ia boleh menukar pendirian jika apa yang diperjuang tidak menguntungkan parti.
|
Sultan Selangor benci dituduh orang Umno Posted: 11 Dec 2012 05:58 PM PST Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sewaktu berbicara dengan penulis berkata, beliau menjunjung kasih terhadap baginda dan mahu hasrat Sultan dipatuhi semua pihak.
|
Karpal minta Hadi buat kenyataan pendirian PAS mengenai pengasingan gender Posted: 11 Dec 2012 01:38 AM PST Karpal, yang merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Baharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan