Jumaat, 9 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Nurul serah transkrip ucapan kpd JAIS

Posted: 08 Nov 2012 02:38 PM PST

Beliau yang ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin turut membuat aduan berhubung kenyataan beliau yang "diputarbelit oleh beberapa media arus perdana."

Nurul Izzah, yang hadir bersama peguam, Fadlina Sidek pada jam 11 pagi, turut memberi penjelasan kepada Marzuki dan beberapa pegawai bahagian Penguatkuasaan Jais selama kira-kira 30 minit.

"Jais bagi kerjasama dengan baik. Saya pun bersedia memberi kerjasama kepada Jais," katanya ringkas.

Fadlina pula berkata, pihaknya sedia untuk dipanggil oleh Jais.

Pihaknya juga akan meneruskan saman ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media blog berhubung isu tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' Sabtu lalu dilaporkan berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Berikutan itu, Utusan Malaysia, pada Isnin, memetik dan menyiarkan semula laporan tersebut, namun menggambarkan kenyataan Nurul Izzah seakan-akan menyokong gejala murtad.

Laporan Utusan itu kemudiannya mendapat reaksi negatif dan kecaman daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, Marzuki dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kehadiran.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved