Sabtu, 17 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pehimpunan 1 juta orang Pakatan Rakyat 24 Januari

Posted: 16 Nov 2012 07:36 PM PST

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini.

Perhimpunan itu kerana menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih.

"Perhimpunan di peringkat negeri juga diadakan. Pada 1 Disember di Johor; Melaka (8 Disember); Pahang (9 Disember); Terengganu (14 Disember); Perak (16 Disember) dan Sabah (24 Disember).

"Manakala negeri-negeri lain belum ditetapkan lagi," kata beliau.

Bagaimanapun,  tempat perhimpunan belum ditetap tetapi membayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Nasional atau di tengah-tengahnya.

Mohamad menjelaskan pada mulanya, Pakatan Rakyat mahu mengadakan konvensyen tetapi NGO mahu membetulkan kerajaan yang ada dengan mengadakan perhimpunan.

"Saya yakin jika perhimpunan itu disertai sejuta orang, kita akan menawan Putrajaya," katanya lagi.

Beliau menambah, keputusan mengadakan perhimpunan mega dibuat dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Katanya, beliau sekali lagi dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut.

 

Dewan Ulamak: Hadi paling layak jadi Perdana Menteri

Posted: 16 Nov 2012 02:19 PM PST

Berikutan itu, tegas wakilya Mohd Asri Daud adalah tidak sepatutnya  ahli dan pemimpin berkempen supaya orang lain menjadi Perdana Menteri.

"Datuk Seri Presiden yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana kita mahu pemimpin yang baik.

"Apa guna kita menang pilihanraya tetapi kita tidak boleh tegakkan Islam," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di muktamar ke 58 di Kota Baru hari ini.

Sebelum ini komponen Pakatan Rakyat yang disertai PAS, PKR dan DAP setuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pilihanraya umum ke 13.

Manakala dalam ucapannya, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, untuk menang PRU, PAS  memerlukan perancangan yang jitu.

Beliau mencadangkan PAS menubuhan pasukan khas untuk mengumpul data serta melancarkan perang saraf menjelang pilihanraya.

"Jika PKR ada bas, DAP ada lori, PAS boleh beli kapal terbang tetapi yang ada enjin supaya boleh terbang," katanya.

Beliau juga mencadangkan mesyuarat PAS menjemput DHPP bagi sama-sama menguatkan parti.

Beliau juga memberitahu, sokongan orang Cina kepada PAS bertambah apabila Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang PAS.

 

PAS nak jaga hati Anwar walaupun kenyataan Nurul Izzah langgar prinsip akidah

Posted: 16 Nov 2012 12:53 AM PST

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Harun Taib, menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan.

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

"Tetapi adakah (Datuk Seri) Nik Abdul Aziz akan ada dalam jemaah menteri pembangkang?" tanya beliau.

Harun juga ketika mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya anggota parlimen Lembah Pantai itu bertaubat dan menarik balik kenyataannya berkata, Nurul Izzah tidak perlu berbuat demikian.

Ismail yang juga antara pengasas PAS berkata apa yang dituturkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai itu ternyata melanggar prinsip-prinsip berkaitan akidah dalam Islam.

"Ikut kaedah dalam Islam, akidah boleh rosak dengan tiga cara iaitu melalui perkataan, perbuatan dan iktikad (niat dalam hati)... majlis (forum) yang dibuat itu juga tak betul sebab dibuat di gereja," katanya. "Nampak macam PKR nak tarik undi bukan Isla."

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 November lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini  (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved