Rabu, 14 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Muktamar lebih panas dari yang dijangka

Posted: 13 Nov 2012 02:57 PM PST

Meskipun tidak ada pemilihan jawatan, muktamar kali ini dijangka hangat dengan perbahasan terbuka terhadap isu-isu semasa seperti hubungan PAS-DAP.

Pada muktamar kali ini rakyat terutama penyokong PAS mahu melihat pendirian terbaru pimpinan parti dalam isu negara Islam yang masih menjadi buah mulut.

Isu ini menjadi buah mulut berikutan pendirian tidak jelas dan sentiasa berubah-ubah di kalangan pemimpin PAS.

Meskipun, pimpinan mengatakan ia telah selesai tetapi sesetengah rakyat melihat PAS telah tunduk kepada DAP dan PKR regunya dalam Pakatan Rakyat.

Kedudukan dan masa depan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dijangka dibahaskan secara panjang lebar terutama dari perwakilan yang melihat ahli Parlimen sudah menjadi `musuh' PAS dan Pakatan Rakyat.

Apatah lagi sejak-sejak akhir ini Nasharuddin tidak henti-henti menyerang PAS terutama dalam pendirian negara Islam dan hudud.

Seorang perwakilan dari Terengganu – Wahab Mohamad – menduga perwakilan dari kumpulan penyokong Timbalan Presiden sekarang Mohamad Sabu akan membuat gesaan supaya Nasharuddin dipecat dari PAS.

"Saya dapat merasakan begini…seolah-olah Nasharuddin menjadi musuh besar kepada PAS. Sebahagian orang PAS di sini (Terengganu) sudah bercakap mengenai hal ini.

"Masa depan Nasharuddin akan ditentukan di sini. Perwakilan akan menekan pimpinan supaya memecat Nasharudin," kata perwakilan veteran itu.

Rakannya Abas Ali, pula mencelah sejak kebelakangan ini PAS semakin ghairah untuk menghukum orang yang tidak sebulu dengan pimpinan tertentu.

Katanya, sebelum ini PAS memecat Naib Presiden, Datuk Hasan Ali kerana mengecam pendirian parti dalam isu negara Islam.

`Kita mesti bersatu'

"Jika PAS memecat Nasharudin bermakna dua orang profesional hilang dari perjuangan kita. Saya bimbang selepas ini golongan profesional akan takut untuk menyertai PAS," tambah beliau.

Hasan sebelum menyertai PAS pada 1999 merupakan pakar motivasi dan memegang jawatan kanan dalam pelbagai jabatan kerajaan.

READ MORE HERE

 

PAS semakin hilang taring?

Posted: 13 Nov 2012 02:46 PM PST

Dalam perjuangan PAS, Hadi merujuk kepada kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR dalam agenda menawan Putrajaya.

Bagaimanapun hukum kerjasama politik dalam Islam ini diharuskan dengan beberapa syarat, antaranya pihak bukan Islam itu boleh dipercayai, tidak menggadaikan prinsip Islam atau dasarnya, serta tiada unsur hipokrasi tentang motif sebenar kerjasama itu dijalankan.

Tahaluf itu turut melarang wujudnya penindasan ke atas Islam atau menyebabkan Islam redha dengan penindasan itu sehingga membenarkan berlakunya syirik.

Sebab itulah wujudnya sesetengah pendapat ulamak yang mengatakan pihak Islam perlu mendominasi sekiranya sesuatu tahaluf siyasi dibina.

Namun persoalan utama di sini, apakah PAS menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat? Adakah tahaluf itu dijamin 'halal' sepanjang PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP?

Pejuang hal ehwal Islam

PAS pada awal penubuhannya sejak tahun 1951 adalah parti yang memperjuangkan hal ehwal Islam.

Dipimpin golongan ulamak, PAS menjadi parti pilihan bagi orang Melayu yang mengagumi gaya pemimpinnya memperjuangkan dakwah Islam dari sudut politik.

PAS pernah menerima cadangan Umno supaya bersatu membentuk Parti Perikatan (Barisan Nasional) selepas berlakunya tragedi hitam 13 Mei 1969.

Bagi mengekalkan kuota kerusi Melayu di Parlimen, buat pertama kalinya kerjasama politik dijalinkan PAS dengan menjadi salah satu parti komponen BN.

Bagaimanapun 'tahaluf' itu tidak kekal lama apabila PAS tersingkir daripada BN selepas berlakunya krisis dalaman sehingga Kelantan diisytihar darurat pada tahun 1978.

Pengalaman pahit itu menjadi pengajaran buat PAS yang sehingga kini kekal dengan pendirian idea gabungan PAS dan Umno selama-lamanya wajar ditolak sama sekali.

Berjuang bersendirian

Selepas sekian lama berjuang bersendirian, PAS kemudiannya mula menerima gabungan Pakatan Rakyat selepas berjaya mempertahankan kubu kuatnya di Kelantan serta peningkatan beberapa kerusi di negeri lain semasa PRU12.

Kejayaan itu juga dijadikan motivasi buat PAS untuk terus mengekalkan tahaluf bersama Pakatan sehingga impian menawan Putrajaya tercapai.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved