Sabtu, 10 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


UMNO sudah kehilangan hidayah

Posted: 09 Nov 2012 02:48 PM PST

Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja.  Ia tentunya wujud di atas isu yang 'real' dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak 'real' bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi 'stigma' yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.

Dalam politik, persepsi rakyat itulah yang menjadi penentu samada parti itu kekal kukuh atau dilontarkan jauh-jauh oleh rakyat. Sebenarnya UMNO sememangnya sudah patut diketepikan  lama dahulu kerana isu besar yang telah menyakitkan rakyat begitu banyak di hadapan mata kita. Tetapi semasa itu rakyat belum lagi menyedari yang perubahan itu adalah elemen penting untuk berlaku di dalam sesebuah negara yang telah matang dan lama bebas memerintah sendiri.

UMNO kini sedang dikaitkan oleh rakyat dengan senarai-senarai negatif yang terlalu banyak sehinggakan parti itu telah dipersepsikan sebagai sebuah parti yang bermasalah besar. UMNO telah membiarkan segala perkara buruk untuk berlaku di dalamnya kerana pimpinan parti itu sejak 30 tahun dahulu tidak menghiraukan isu mempertahankan imej yang baik dengan serius. Pucuk pimpinan negara dalam tiga dekad yang lalu lebih mementingkan kehendak peribadi mereka sahaja dan tidak mengangkat jari untuk membetulkannya.

Tetapi apabila masalah sudah menjadi besar barulah pimpinan UMNO bergegas untuk memperbaikinya dan usaha ini sudah terlalu lambat kerana yang hendak menyelesaikan masalah-masalah ini adalah dikalangan mereka yang terbabit dengan isu-isu yang besar dalam negara sekarang ini.

Persepsi buruk bukan datang dengan saja-saja. Misalnya bagaimana hendak menolak persepsi buruk terhadap kerajaan dalam isu NFC misalnya. Tidak payah kita melarutkan isu ini oleh kerana semua orang sudah memahami tentang isu ini. Bukankah isu pembinaan stesen LRT Ampang itu merupakan isu penyelewengan yang 'real'? bagaimana rakyat tidak terbentuk persepsi buruk terhadap pimpinan kita kerana jelas-jelasnya harganya yang ditambah terhadap kontrak pembinaan stesyen itu mencecah hampir RM1billion?

Isu PKFZ yang melibatkan RM12 billion, kerugian perdagangan wang antarabangsa yang di lakukan oleh Nor Mohamad Yakcop atas arahan Dr Mahathir yang melibatkan kerugian RM30 billion dan banyak lagi isu yang sangat besar berlaku di hadapan mata kepala kita. Isu pembotakkan hutan yang dilakukan oleh penyangak hutan di Negeri Sembilan yang melibatkan keluasan 8616 ekar tanah hutan simpan yang ada di Negeri Sembilan.

Isu perlakuan pemimpin-pemimpin BN yang bersikap seperti gangster seperti Nazri Aziz. Kalau dahulu Nazri di isukan dengan permit teksi yang beribu-ribu permit yang beliau ambil, sekarang timbul isu menggunakan kuasa melindungi Micheal Chiah dan Musa Aman tentang wang misteri sebanyak RM40 million itu. Nazri mempunyai seorang anak yang hidup seperti 'anak maharaja arab' dengan kereta besar yang begitu sombong dan anaknya ini telah dikaitkan dengan banyak isu-isu jenayah yang diketahui umum.

Cakap-cakap takbur Nazri kita dengar selalu. Beliau seolah-olah seorang yang begitu besar dan kuat seperti dunia ini pun dia bolih alihkan. Sikap kesombongannya seolah-olah beliau mampu untuk menahan dunia ini dari menghadapi kiamat.

Apabila umum mengetahui isu-isu ini dan mereka lihat dilakukan oleh pemimpin dan keluarga yang berkuasa pula,  maka dengan sendirinya persepsi buruk terhadap UMNO itu terbentuk kerana tidak ada contoh-contoh peribadi yang baik dalam pimpinan BN pada hari ini.

Sikap mengaut kekayaan dengan menggunakan pengaruh keluarga dan pimpinan UMNO sudah menjadi budaya pada hari ini. Anak-anak Dr Mahathir kaya raya dengan pengaruh Mahathir yang telah menjadi PM selama 22 tahun. Anak-anak Dr Mahathir berniaga dengan jalan mudah tanpa menggunakan kepakaran mereka kerana jika mengalami kerugian pun Mahathir telah menggunaka dana rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anak beliau (Mahathir).
 
Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved