Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Perimekar, Terasasi tak terlibat dengan Scorpene
- Ronnie diminta letak jawatan jika gagal tangani isu kondominium
- Hudud hak PAS, tidak paksa bukan Muslim terima Hudud
- Husam Musa: PAS perlu menang 60 kerusi Parlimen
- Muslimat, Ulama Pas hanya mahu Hadi jadi PM
- PRU13: Ada tokoh tertentu akan jadi calon PAS
- Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini
- Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran
Perimekar, Terasasi tak terlibat dengan Scorpene Posted: 21 Nov 2012 02:26 PM PST Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menegaskan, kelengkapan ketenteraan dilakukan secara pembelian terus antara pembekal kerajaan dengan negara lain. "Kami tidak pernah melantik pihak ketiga dalam pembelian mana-mana kelengkapan sama ada kapal selam, (Landrover) 8×8, ataupun Sukhoi. "Semuanya melalui proses G2G (kerajaan kepada kerajaan). Dalam sejarah Malaysia tidak pernah lantik mana-mana ejen untuk beli kelengkapan kita," katanya dalam Dewan Rakyat malam tadi. Beliau turut menepis dakwaan penglibatan syarikat Perimekar Sdn Bhd milik isteri kepada bekas pembantu kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda sebagai orang tengah dalam pembelian Scorpene. Sekaligus menafikan wujudnya konflik kepentingan pembelian itu dengan Terasasi (HK) Ltd milik Abdul Razak dan bapanya, Abdul Malim Baginda yang didakwa menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian Scorpene. Sebaliknya, Abdul Latiff mendakwa perkara itu sengaja diputar belit pembangkang untuk mencalarkan imej Najib. "Jelas perkara ini diputar-belitkan untuk menggambarkan kaitan antara Scorpene, Abdul Razak Baginda, Altantuya, dan (ahli Parlimen) Pekan. "Ini semua nak calarkan nama Pekan (Najib)…fitnah semata-mata," katanya.
|
Ronnie diminta letak jawatan jika gagal tangani isu kondominium Posted: 19 Nov 2012 01:58 PM PST Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan berkata projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dilihat menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya. "Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini. Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek. Katanya kajian awal pihaknya mendapati pemaju projek kondominium itu tidak mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalam kelulusan pembangunan dan kerajaan negeri mempunyai hak memberhenti ataupun membatalkan projek itu tetapi perlu dibuat secara profesional. Ronnie Liu berkata projek kondominium itu mendapat permit penjualan pengiklanan dan sebanyak 60 peratus daripada sejumlah 400 unit rumah telah dijual. Projek pembinaan kondominium itu mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves melakukan bantahan terhadap projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil berkenaan. Justeru kerajaan Selangor mengarahkan pemaju untuk menghentikan pembinaan kondominium itu untuk memberi laluan kepada siasatan dijalankan.
|
Hudud hak PAS, tidak paksa bukan Muslim terima Hudud Posted: 17 Nov 2012 05:52 PM PST Abdul Hadi ketika sidang media sejurus tamat Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini bagaimanapun menegaskan PAS akan melaksanakan hudud melalui proses demokrasi. "Hudud hak kita ... dan kita tidak paksa orang bukan Islam, dan kita akan melaksanakan melalui proses demokrasi. "Hak bukan Islam diizinkan untuk agama mereka ... contohnya arak, itu diizinkan agama dia ... walaupun Islam mengharamkan, tetapi itu hak dia," katanya kepada pemberita. Mengambil contoh penjualan arak kepada bukan Islam di Kelantan, Abdul Hadi menjelaskan itu adalah salah satu perkara di dalam hudud. "Di Kelantan kita benarkan jual arak kepada bukan Islam ... itu adalah hudud, tetapi bukan untuk Islam," katanya lagi. Memetik laporan Bernama sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu PAS memperjelaskan tafsiran mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. "Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. "Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya. "Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri. "Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu semalam. Mengulas berkenaan perkara itu, Ahli Parlimen Marang itu dalam nada sinis berkata perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu tidak memahami maksud hudud. "Dia (Dr Mahathir) bukan tahu ... dia cakap pasal perubatan sahaja lah," katanya lagi. Pemimpin PAS yang dicadangkan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-13 dalam muktamar hari ini turut berkata, pihaknya telah menjalankan kaji selidik berhubung pelaksanaan hudud dan peratusan kumpulan bukan Muslim menerima hudud adalah tinggi. "Kita telah buat kaji selidik ... peratus besar bukan Islam sokong kerana undang-undang sedia ada gagal tangani jenayah," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS atuk Mustafa Ali turut mempertahankan rakan parti komponen dari DAP, Karpal Singh yang menolak pelaksanaan hudud dengan menegaskan, pengerusi DAP itu tidak menolak Islam, sebaliknya itu adalah pendapat beliau. "DAP bukan tolak Islam, itu dia beri pandangan, kalau tidak dah lama mereka masuk Islam. "DAP dan PKR sudah menerima negara Islam dan Hudud sudah selesai, kita bersetuju untuk tidak bersetuju," katanya. Abdul Hadi turut menerangkan, kerjasama Umno dan MCA adalah menggadai prinsip, sehingga menimbulkan kefahaman judi apabila mempunyai lesen sebagai halal, dan tiada lesen haram. "Kita benarkan orang bukan Islam buka kedai arak, apa yang dibenarkan untuk dia, hanya untuk dia sahaja," katanya lagi.
|
Husam Musa: PAS perlu menang 60 kerusi Parlimen Posted: 17 Nov 2012 03:57 PM PST Sehubungan itu menurut beliau, kemenangan yang paling mustahak dalam menentukan hala tuju perjuangan parti berusia lebih enam dekad ini. "Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak.
|
Muslimat, Ulama Pas hanya mahu Hadi jadi PM Posted: 17 Nov 2012 03:34 PM PST Dewan Muslimat Pas Pusat menerusi Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi mengetengahkan pendirian itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 hari ini.Namun kata Athirah, bunyinya memang lunak untuk menjadikan presiden mereka sebagai tonggak, tetapi ia harus dibuktikan dahulu menerusi kerja kuat yang diterjemahkan dengan kemenangan sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang.
|
PRU13: Ada tokoh tertentu akan jadi calon PAS Posted: 17 Nov 2012 02:57 PM PST Sebaliknya, calon-calon ini adalah pilihan pimpinan tertinggi parti yang merasakan perlu untuk mereka bertanding atas faktor tertentu.
|
Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini Posted: 17 Nov 2012 02:33 PM PST "Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya. Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily. Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan. "MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan," kata sumber itu lagi. Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam. "Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS. "Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku," tambah beliau. Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. "Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal," kata beliau.
|
Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran Posted: 17 Nov 2012 02:29 PM PST "Kalau dia pemimpin Melayu, dia kena terang siapakah dua manusia yang mengelilingi kehidupan beliau," kata Dr Hairudin Abdul Malik, perwakilan Tambun. Deepak (gambar) dalam satu sidang medianya memberitahu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor umpama kakak kepada beliau. Datuk Kenneth Eswaran (gambar) pula adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak dalam urusan pribadinya termasuk menghubungkannya dengan bomoh dari India. |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan