Isnin, 5 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Soi Lek sombong untuk terima hakikat hudud

Posted: 04 Nov 2012 07:18 PM PST

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam tetapi apa yang ditentang adalah Hudud PAS.

Jelasnya, beliau tidak boleh menerima penerangan yang diberikan bahawa Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang Syariah yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad para Ulamak muktabar. Menghina Hudud adalah menghina Islam kerana Hudud adalah sebahagian daripada Islam. Menghina Hudud juga adalah bermakna menghina Rasululullah yang membawa risalah Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua telah silap apabila memahami Islam hanyalah pembinaan masjid, institusi Tabung Haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain sebagaimana dakwaannya.

Islam tidak sempit sebagaimana dakwaannya tetapi Islam adalah cara hidup yang mengatur kehidupan manusia sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahu pun politik. Termasuk ajaran Islam ialah hukuman Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua sebenarnya telah terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyempitkan Islam dan melabelkan enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu adalah Hudud PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya bertanggungjawab di atas kekeliruan yang ditimbulkan ini sehingga menyebabkan Datuk Seri Dr. Chua berani untuk menghina hukuman Hudud. Mereka lebih sanggup untuk menjual agama demi untuk kepentingan politik mereka.

Apa yang lebih dikesali lagi, Ulamak UMNO tidak berjaya menerangkan kepada Datuk Seri Dr. Chua tentang kebaikan hukuman Hudud. Walaupun beliau mengakui bahawa telah berjumpa dan menerima penerangan daripada Ulamak UMNO, nampaknya beliau lebih berani untuk menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud selepas pertemuan tersebut.

Datuk Seri Dr. Chua juga dilihat cuba untuk mengheret sama DAP agar menghina Hudud. Umum mengetahui bahawa DAP tidak dapat menerima perlaksanaan Hudud di Malaysia tetapi tidak bermakna mereka harus menghina Hudud. Mereka menghormati perjuangan prinsip PAS. Hasil kerja dan usaha PAS menerangkan tentang hukuman ini, DAP akhirnya dapat menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dihina walaupun mereka tidak bersetuju untuk dilaksanakan. PAS akan sentiasa memberikan penerangan agar bukan Islam menerima kewajipan umat Islam untuk beramal dan melaksanakan Hudud dalam kehidupan mereka.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar Datuk Seri Dr. Chua tidak sombong untuk meminta maaf terhadap umat Islam terhadap keceluparan beliau menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud.

Beliau perlu menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad para Ulamak muktabar, bukannya Hudud yang direka oleh PAS.

 

Ibrahim Ali: Nurul Izzah ‘budak mentah’

Posted: 04 Nov 2012 07:10 PM PST

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata, Nurul Izzah sepatutnya memahami Islam secara mendalam sebelum membuat sebarang kenyataan kerana bimbang boleh menggugat akidah.

"Saya anggap Izzah budak mentah. Mungkin dia terpengaruh dengan ajaran bapa (Anwar Ibrahim) yang mendukung amalan pluralisme. Saya minta PAS tarbiyahkan budak ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kenyataan tersebut cenderung untuk meraih keuntungan politik dan menggesa Majlis Fatwa mengambil tindakan tegas terhadap isu ini.

Nurul Izzah dalam forum "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" Sabtu lalu dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.

Kenyataannya diputarbelitkan

Namun pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankannya dan menganggap kenyataan Nurul Izzah itu telah diputarbelitkan.

Ahli Parlimen PAS-Shah Alam Khalid Samad berkata apa yang cuba disampaikan Izzah adalah kebebasan memeluk Islam atas pilihan sendiri.

"Mesej Izzah adalah jangan anggap kita Islam kerana kita (baka) Melayu. Islam adalah pilihan bukan kerana keturunan," tegasnya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula berkata masyarakat beragama Islam di negara ini masih lagi terikat dengan undang-undang syariah dan itu tidak boleh dipertikaikan.

"Nurul Izzah tak nyatakan sedemikan. Dia dah buat penjelasan…itu bagi bukan Islam kerana kita tak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pagi tadi mengeluarkan kenyataan menafikan gambaran beliau cuba menggalakkan murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad. Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada iaitu setelah memeluk Islam seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," katanya.

 

Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan

Posted: 04 Nov 2012 09:04 AM PST

Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam. 

"Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

"Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam," ujarnya. 

Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan 'mana hukum hudud Umno' dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS. 

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS.

 

PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor

Posted: 04 Nov 2012 08:42 AM PST

Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.

"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan  PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.

"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.

Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.

Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.

"Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.

"Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.

"Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan ini.

"Inilah yang dinamakan men'johor'kan PAS," kata Dr Mahfodz ketika menggulung perbahasan konvensyen itu.

Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.

Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.

Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.

PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.

"Kuda kepang, ghazal dan tarian zapin...saya telah meminta Dewan Ulamak untuk mengkajinya. Mengikut kata Ketua Dewan Ulamak Johor, tidak salah asalkan tidak bercampur dengan pujaan iblis dan syaitan kepada sesetengah upacaranya," kata Dr Mahfodz.

Semasa memberikan ucaptamanya, Dr Mahfodz berkata, PAS perlu memaplikasikan sepenuhnya strategi 'menjohorkan' PAS dalam membina jambatan untuk masyarakat.

"Menjohorkan PAS adalah dalam ertikata kita mengekalkan sosiobudaya Melayu di samping kita berjuang bersama PAS," katanya.

Beliau menggariskan tujuh ciri-ciri 'menjohorkan' PAS yang perlu dipertimbangkan.

Ia termasuklah meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor).

Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bahasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi.

 

Mat Sabu: Pakatan yakin tawan Negeri Sembilan

Posted: 04 Nov 2012 12:09 AM PDT

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR mempunyai keyakinan akan menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat dengan menghadiri majlis semalam walaupun dalam keadaan hujan.

Menurutnya,  pada tahun 2008 PR tidak memiliki kekuatan seperti sekarang.

PR dianggotai Pas, PKR dan DAP. Kini ia mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagaimanapun apabila semua parti bekerjasama dalam setiap program yang dianjurkan PR, katanya, ia menunjukkan pembangkang semakin kuat.

"Kita yakin PR akan menang untuk tawan Negeri Sembilan pada kali ini.

"Kita kata sebegitu kerana rakyat turun menunjukkan sokongan kepada semua program yang kita buat termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat, semalam.

"Walaupun cuaca tidak menentu dan hujan tapi sambutan masih menggalakkan, dan semua ahli parti di kawasan itu juga bekerjasama untuk menjayakannya, kami semakin kuat daripada tahun 2008," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, PR telah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan dan menampilkan barisan pemimpin PR, artis-artis dan aktivis-aktivis.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, PR akan terus mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat - yang paling besar Januari depan.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, PR menganjurkan perhimpunan semalam untuk menyegarkan semula tuntutan ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

 

Hudud versi PAS, versi Umno?

Posted: 03 Nov 2012 02:39 PM PDT

Dalam akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia hari ini, Soi Lek dalam kenyataannya menjelaskan pendirian parti perkaumannya mengenai hukum hudud di bawah tajuk 'Kami hanya tentang hudud versi PAS'.

Di antara lain, beliau berkata, "ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politik (PAS) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam).

"Isu ini sebenarnya telah  dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (PAS) itu adalah agama Islam," kata Soi Lek dalam kenyataannya itu.

Sekali lagi Soi Lek mendedahkan kecetekan ilmunya tentang Islam dan lagi banyak beliau mengeluarkan kenyataan tentang Islam dan hukum hudud ternyata terserlah lebih banyak kesalahan dan kesilapannya.

Kenyataan terkini tentang hudud ialah dakwaan beliau bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini adalah hudud versi PAS. Barangkali kenyataan beliau ini dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada para pemimpin Umno bagi meredakan kemarahan umat Islam yang semakin memuncak.

Istilah hudud 'versi PAS' ini mula dipelopori oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sekitar tahun 1994 apabila beliau menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan memberi amaran keras.

Dr Mahathir cuba untuk mengelirukan umat Islam agar menerima dakyah beliau bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan itu adalah hudud versi PAS dan bukan hudud dalam Islam yang sebenar.

Ramai yang terpedaya dan ada yang keliru dengan propaganda Dr Mahathir ini hingga ada yang menganggap hukum hudud ini sengaja dipolitikkan oleh PAS dan bukan tuntutan yang tercatat dalam Al Quran.

Kini Soi Lek mula memutar belitkan kenyataannya apabila mendapati semakin ramai anggota masyarakat Cina yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang hudud dan boleh menerima pelaksanaannya.

Semakin ramai Cina terima hudud

Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati penerimaan pelaksanaan hukum hudud di kalangan masyarakat Cina meningkat sebanyak 12 peratus.

Kajian persepsi pertama ini dijalankan tahun lepas melibatkan 683 responden Melayu dan 245 responden Cina dan kajian kedua melibatkan 1,041 responden Melayu dan 385 responden Cina.

Kebimbangan Soi Lek ini didedahkan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow yang berkata, tindakan Soi Lek itu telah menambah rasa ingin tahu anggota masyarakat Cina tentang hudud.

"MCA cuba fitnah isu hudud hingga menyebabkan rasa ingin tahu masyarakat Cina terhadap hudud semakin bertambah dan inilah masanya untuk pimpinan PAS menerangkan mengenai hudud yang sebenar," katanya.

Sebenarnya Soi Lek takut dengan pelaksanaan hukum hudud kerana beliau bimbang sokongan masyarakat Cina terhadap partinya yang lapuk itu, lama kelamaan akan terhakis dan lenyap dari muka bumi ini.

Kalau tidak masakan beliau melenting apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat encadangkan bahawa negeri Johor seharusnya melaksanakan hukum hudud untuk semua kaum berbanding dengan Kelantan yang mahu melaksanakan untuk umat Islam sahaja.

Soi Lek menganggap Adun Umno itu sudah hilang akal kerana mencadangkan perkara ini dan ini menyerlah peribadinya yang sebenar,
sikapnya yang anti Islam dan usahanya dalam menyebarkan 'Islamophobia'.

Hudud versi Umno?

Kalau tidak, mahukah Soi Lek menerima hukum hudud versi Umno kerana Adun yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor ini adalah datangnya daripada seorang Adun dari Umno, sekutunya dalam Barisan Nasional?

Read more

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved