Rabu, 28 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Posted: 27 Nov 2012 05:06 PM PST

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.

Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?


Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?


Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...

Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?

Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.

Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?


Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?


Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?


Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.

 

180 NGO tempatan, pemerhati Asean pantau PRU13

Posted: 26 Nov 2012 03:45 PM PST

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihak SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan.

Katanya, NGO yang dikenal pasti itu merupakan pertubuhan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

"SPR telah mengenal pasti enam NGO di Semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah. Pelantikan dan pemilihan NGO akan dimuktamadkan minggu depan Kesemua NGO ini perlu mematuhi syarat yang ditentukan serta dikehendaki menandatangani Aku Janji Kerja.

"Namun, ia terpulang untuk NGO sama ada menerima syarat pelantikan SPR atau menolak lantikan itu," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen BernamaTV di sini, semalam.

Wan Ahmad berkata SPR akan memberi taklimat kepada semua petugas NGO itu mengenai bertanggungjawab mereka dan proses perundangan dan perjalanan pilihan raya demi kepentingan masa depan negara.

Katanya, SPR memberi kelonggaran kepada NGO tempatan berkenaan untuk membuat pemantauan dari tempoh pembubaran Parlimen hingga keputusan pilihan raya serta membuat laporan berasas kepada fakta, dan bukannya sekadar andaian, persepsi  atau dengar cakap.

"Jika kita mendapati mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan syarat-syarat Aku Janji, atau berkempen untuk mana-mana pihak atau menemuramah pengundi,  maka SPR akan menamatkan pelantikan itu," jelas beliau.

Langkah timbal balik

Bagi pemerhati negara Asean pula, Wan Ahmad berkata langkah SPR untuk mengundang negara jiran sebagai pemerhati antarabangsa merupakan satu langkah timbal balik dan menghormati langkah negara jiran yang menjemput Malaysia untuk memerhati serta memantau pilihan raya di negara masing-masing.

Katanya, negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Filipina akan dijemput sebagai pemantau dan akan menjalankan tugas itu secara profesional, memahami proses pilihan raya dan menghormati undang-undang negara ini.

Katanya, SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu.

Ahad lalu, akhbar tempatan memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bersedia membawa beberapa pemerhati Asean untuk pantau pilihan raya umum ke-13 supaya mereka akan lihat ia berjalan ikut Perlembagaan, undang-undang negara dan kesahihan keputusan rakyat tak boleh dipertikaikan.

Wan Ahmad berkata: "Pemerhati dalam negara tetap menjadi pilihan utama kerana rakyat negara kita yang berhak memerhati, memantau, membuat laporan serta mengadakan sidang media untuk memberitahu kepada rakyat, apa yang diperhatikan semasa pilihan raya umum ke-13 kelak".

Beliau berkata langkah menjemput pemerhati dari negara Asean untuk memantau pilihan raya umum di Malaysia bukan bermakna "apabila kita mengundang kerajaan lain untuk pantau proses pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat, ia seolah-olah membenarkan orang luar ceroboh kedaulatan negara kita".

Mengenai pendirian SPR terhadap permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih, beliau berkata:

"Pendirian SPR sebenarnya jelas. Memang tidak wajar sama sekali kita menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara kita. Ini adalah kerana Malaysia bukan pertama kali menjalankan pilihan raya dan bukan sebuah negara yang baru mendapat kemerdekaan."

READ MORE HERE

 

Exco Pas Kedah persoal Karpal

Posted: 26 Nov 2012 04:48 AM PST

@font-face p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal div.Section1

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan.

"Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar.

"Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

 

Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan.

"Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar.

"Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121127/dn_02/Exco-Pas-Kedah-persoal-Karpal#ixzz2DMcmaCHh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan.

"Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar.

"Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121127/dn_02/Exco-Pas-Kedah-persoal-Karpal#ixzz2DMcmaCHh
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

PAS bantah konsert Elton John

Posted: 25 Nov 2012 03:35 PM PST

Nasrudin Hassan Tantawi

Katanya, kerajaan haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan lebih peka dan menghalang segala faktor yang menyebabkan peningkatan berlakunya gejala sosial di negara ini.

"Kerajaan nampaknya tidak sedar terhadap gejala sosial yang melanda negara sedangkan konsert sebeginilah yang menjadi punca kepada kerosakan remaja seperti pergaulan bebas, gejala arak, dan  ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis.

"Konsert sebegini boleh membawa kemudaratan dan saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana masalah sosial remaja di negara ini dapat dikurangkan sekiranya pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.

Nasrudin berkata, pihaknya akan menyerahkan bantahan terhadap penganjuran konsert tersebut kepada kerajaan meskipun pihak penganjur berkeras untuk meneruskannya.

"Kami akan menggunakan pendekatan menyerahkan memorandum bantahan terhadap konsert tersebut kepada pihak kerajaan. Ini adalah salah satu langkah yang kami ambil untuk menghalang peningkatan gejala sosial di negara ini daripada terus meningkat.

"Apa pu, kami akan teruskan dengan kerja-kerja dakwah kami dan sentiasa memberi peringatan kepada semua umat Islam terutama golongan remaja agar tidak melibatkan diri dengan gejala-gejala yang mengheret diri ke lembah maksiat," jelasnya.

Penganjuran konsert itu turut dibantah Ahli Parlimen (PAS) Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang berpendapat bahawa konsert itu tidak sewajarnya dianjurkan kerana ia bakal menyebabkan berlakunya masalah pergaulan bebas.

Khalid Samad

Katanya, PAS sememangnya tidak membantah masyarakat untuk berhibur namun kami semenangnya tidak menyokong aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Konsert sebegini sememangnya tidak wajar diadakan agar golongan muda tidak terpengaruh dengan budaya yang ditonjolkan. Walaubagaimanapun, konsert ini bukan anjuran PAS, dan kami akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya masalah sosial di negara ini terus meningkat," ujarnya.

Tahun lalu, Pemuda PAS turut menghalang konsert rock Elton yang diadakan di tempat yang sama atas alasan penyanyi itu adalah gay namun konsert itu tetap diteruskan dan mendapat sambutan hangat dari semua golongan masyarakat.

Untuk rekod, Elton terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

 

Bukan PAS, yang gelicir orangnya

Posted: 24 Nov 2012 03:00 PM PST

Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit.

Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengtamakan untuk berkuasa dari memajukan politik  dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.

Tetapi menjelang muktamarnya dari 15 hingga 18 November  2012 nampak adanya gelombang orang yang keluar dari PAS. Yang ada ialah gelombang orang menyertai PAS oleh orang-orang yang bersara dari perkhidmatan kerajaan dan orang-orang Umno yang bersara dari partinya. Antara yang bersara dari Umno itu Tamrin Ghafar Baba dan Tan Sri Kadir Shaik Fadzir. Kadir tidak mendaftar jadi PAS, tetapi hati dan jasadnya sudah bersama PAS.

Mungkin yang dikatakan PAS tergelincir dari pimpinan ulama kerana Mohamad Sabu yang bukan ulama telah mengalahkan dua calon ulama dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar sebelum ini.

Ia tidak cukup untuk mengatakan ulama telah dipinggirkan kerana sistem kepimpinan PAS bertunggakkan kepada Majlis Syura Ulama, pimpinan bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Harun Din. Wibawa Mursyidul Am dan Presidennya yang ulama belum tercabar.

Pemilihan Mohamad Sabu belum menjadikan status kepimpinan ulama terlucut. Seperti Iran, Presidennya boleh ulama dan boleh juga bukan ulama. Pernah bukan ulama menjadi Presiden seperti Bani Sadr, Rajai seorng guru matamatik dan Ahmadenejad sekarang. Ia juga pernah ada Presiden ulama seperti Ayatullah Ali  Khaminae, Hojatul Islam Mashimi Rafsanjani dan Khatami. Tetapi tidak pernah Iran terlucut dari pimpinan ulama.

Dua kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang — Kelantan dan Kedah — berMBkan ulama. Benar MB Perak dulu bukan ulama tetapi ia disebab ulama yang berstatus pemimpin kalah dalam pilihanraya.

Adapun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat mengikutkan lunas siasah syariyah yang diluluskan oleh  Majlis Syura Ulama. Kerjasama politik atau tahaluf siasi sudah PAS jalani sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari Umno sejak tahun 1985 menjelang PRU 1986. Uztaz Ibrahim Libya yang terkenal keras itu sebelum terbunuhnya tidak menentang tahaluf itu kerana ia diputuskan mengikut kaerah siasah syariyah.

Politik PAS itu ada turun naiknya, tetapi tidak pernah ia tergelincir dari pejuangan Islamnya. Ketika ia berada dalam kerajaan BN telah merasa sedap dengan nikmat kerajaan, tetapi PAS mengambil langkah sedia  ditendang dari mengikut arahan Hussein Onn dan Dr Mahathir. Ia kembali kepada perjuangan tulinnya.

PAS telah selamat dari tergelincir tetapi dari semasa ke semasa, orang ada yang tergelincir. Hatta dua orang yang pernah menjadi Presidennya tergelincir — Haji Ahmad Fuad dan Dato Asri. Sejak pimpinan Dr. Burhanuddin Alhilmy hinggalah ke zaman Ustaz Haji Abdul Hadi ada yang bertaraf pimpinan tergelincir baik tergelincair dari parti mahupun pemikiran Islam yang dibawa PAS.

Sebagai sebuah parti yang terbuka ia disertai oleh semua lapisan rakyat yang berbagai latarbelakang pendidikan. Maka tidak terlepas ia dari  dibolosi oleh orang yang dikatakan parasid. Tetapi para parasit yang tidak dapat menjadikan dirinya benar-benar PAS, maka satu demi  satu telah gagal menjadi ahli yang baik.

Ada parasid yang melarikan diri dan ada juga yang disuruh lari. Mereka juga tergelincir. Jika jenis itu belum hari, mereka juga akan tergelincir pula.

PAS pernah berkawan dengan Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Datuk Harun Idris. Mereka juga tergelincir. Tetapi PAS tetap seperti ketika ia ditubuhkan dulu.

 

Najib: Pilihan raya umum ke-13 Disember ini?

Posted: 24 Nov 2012 12:22 PM PST

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan. 

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya. 

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini. 

Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan. 

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya. 

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu

 

Najib garis lima sebab Umno/BN perlu diberi mandate besar dalam PRU13

Posted: 24 Nov 2012 12:15 PM PST

Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata sebagai sebuah parti berpengalaman, Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu. 

Selain itu, Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental, katanya. 

"Ketiga, kita mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini. 

"Maknanya, keyakinan rakyat bahawa kemampuan kita untuk melaksanakan agenda negara iaitu transformasi besar yang ingin kita perlihatkan," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini. 

Najib berkata sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. 

Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya. 

Pengerusi BN berkata sebab terakhir yang perlu diberi perhatian ialah rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan. 

"Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk diperjudikan, sebaliknya dengan Barisan Nasional tahap keyakinan lebih tinggi... ini dapat dilihat dari segi prestasi pasaran dengan kemasukan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara," katanya. 

Mengenai mengapa orang Melayu tidak menggunakan agama sebagai asas penyatuan seperti yang dilakukan kaum lain, Najib berkata: 

"Orang Melayu telah dikelirukan dengan hasutan dan fitnah yang bertalu-talu terhadap pemimpin Umno dan Umno itu sendiri, walaupun dakyah-dakyah tersebut merupakan serangan politik dan tidak ada asasnya." 

Najib berpendapat orang Melayu juga terpedaya dengan imej luaran seperti label parti yang dikatakan parti Islam dan rupa pemimpin yang mereka anggap lebih Islamik. 

Beliau berkata sepatutnya sesebuah parti itu dinilai dari segi pengisian dan agenda yang boleh meninggikan perjuangan dan syiar Islam, dan Umno telah membuktikan parti itu dapat memperjuangkan tuntutan Islam berdasarkan Maqasid Syariah. 

"Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam," katanya. 

Ditanya harapan beliau kepada para perwakilan selepas tamat perhimpunan kali ini, Najib berharap seluruh warga Umno yang hadir dapat menghayati mesej yang diterapkan seterusnya menterjemahkan dalam bentuk tindakan serta sikap masing-masing. 

"Umpamanya, banyak penegasan akan dibuat tentang bagaimana mereka harus mendepani cabaran PRU-13 dan bagaimana kita harus meletakkan persediaan kita secara mantap bukan sahaja dari segi persiapan fizikal seperti bilik gerakan, bantuan material dan sebagainya tetapi juga dari segi semangat dan sikap untuk meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai yang perlu diutamakan dan tidak ada apa-apa perhitungan yang lain meskipun sesuatu itu memang sangat dihajati oleh kita," katanya. 

Beliau juga berharap perwakilan yang berbahas mampu mengupas, menjawab dan menangkis sebarang isu nasional serta tohmahan yang dihalakan kepada parti.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved