Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- 180 NGO tempatan, pemerhati Asean pantau PRU13
- Exco Pas Kedah persoal Karpal
- PAS bantah konsert Elton John
- Bukan PAS, yang gelicir orangnya
- Najib: Pilihan raya umum ke-13 Disember ini?
- Najib garis lima sebab Umno/BN perlu diberi mandate besar dalam PRU13
- MCA kesal tindakan Anwar minta bantuan Australia
- PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
- Rakyat M’sia mesti berani pertahan perlembagaan
180 NGO tempatan, pemerhati Asean pantau PRU13 Posted: 26 Nov 2012 03:45 PM PST Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihak SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan. Katanya, NGO yang dikenal pasti itu merupakan pertubuhan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik. "SPR telah mengenal pasti enam NGO di Semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah. Pelantikan dan pemilihan NGO akan dimuktamadkan minggu depan Kesemua NGO ini perlu mematuhi syarat yang ditentukan serta dikehendaki menandatangani Aku Janji Kerja. "Namun, ia terpulang untuk NGO sama ada menerima syarat pelantikan SPR atau menolak lantikan itu," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen BernamaTV di sini, semalam. Wan Ahmad berkata SPR akan memberi taklimat kepada semua petugas NGO itu mengenai bertanggungjawab mereka dan proses perundangan dan perjalanan pilihan raya demi kepentingan masa depan negara. Katanya, SPR memberi kelonggaran kepada NGO tempatan berkenaan untuk membuat pemantauan dari tempoh pembubaran Parlimen hingga keputusan pilihan raya serta membuat laporan berasas kepada fakta, dan bukannya sekadar andaian, persepsi atau dengar cakap. "Jika kita mendapati mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan syarat-syarat Aku Janji, atau berkempen untuk mana-mana pihak atau menemuramah pengundi, maka SPR akan menamatkan pelantikan itu," jelas beliau. Langkah timbal balik Bagi pemerhati negara Asean pula, Wan Ahmad berkata langkah SPR untuk mengundang negara jiran sebagai pemerhati antarabangsa merupakan satu langkah timbal balik dan menghormati langkah negara jiran yang menjemput Malaysia untuk memerhati serta memantau pilihan raya di negara masing-masing. Katanya, negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Filipina akan dijemput sebagai pemantau dan akan menjalankan tugas itu secara profesional, memahami proses pilihan raya dan menghormati undang-undang negara ini. Katanya, SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu. Ahad lalu, akhbar tempatan memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bersedia membawa beberapa pemerhati Asean untuk pantau pilihan raya umum ke-13 supaya mereka akan lihat ia berjalan ikut Perlembagaan, undang-undang negara dan kesahihan keputusan rakyat tak boleh dipertikaikan. Wan Ahmad berkata: "Pemerhati dalam negara tetap menjadi pilihan utama kerana rakyat negara kita yang berhak memerhati, memantau, membuat laporan serta mengadakan sidang media untuk memberitahu kepada rakyat, apa yang diperhatikan semasa pilihan raya umum ke-13 kelak". Beliau berkata langkah menjemput pemerhati dari negara Asean untuk memantau pilihan raya umum di Malaysia bukan bermakna "apabila kita mengundang kerajaan lain untuk pantau proses pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat, ia seolah-olah membenarkan orang luar ceroboh kedaulatan negara kita". Mengenai pendirian SPR terhadap permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih, beliau berkata: "Pendirian SPR sebenarnya jelas. Memang tidak wajar sama sekali kita menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara kita. Ini adalah kerana Malaysia bukan pertama kali menjalankan pilihan raya dan bukan sebuah negara yang baru mendapat kemerdekaan."
|
Posted: 26 Nov 2012 04:48 AM PST @font-face p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal div.Section1 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan. "Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar. "Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121127/dn_02/Exco-Pas-Kedah-persoal-Karpal#ixzz2DMcmaCHh © Utusan Melayu (M) Bhd Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan. "Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar. "Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121127/dn_02/Exco-Pas-Kedah-persoal-Karpal#ixzz2DMcmaCHh © Utusan Melayu (M) Bhd Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan. "Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar. "Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121127/dn_02/Exco-Pas-Kedah-persoal-Karpal#ixzz2DMcmaCHh © Utusan Melayu (M) Bhd
|
Posted: 25 Nov 2012 03:35 PM PST Katanya, kerajaan haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan lebih peka dan menghalang segala faktor yang menyebabkan peningkatan berlakunya gejala sosial di negara ini. "Kerajaan nampaknya tidak sedar terhadap gejala sosial yang melanda negara sedangkan konsert sebeginilah yang menjadi punca kepada kerosakan remaja seperti pergaulan bebas, gejala arak, dan ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. "Konsert sebegini boleh membawa kemudaratan dan saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana masalah sosial remaja di negara ini dapat dikurangkan sekiranya pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini. Nasrudin berkata, pihaknya akan menyerahkan bantahan terhadap penganjuran konsert tersebut kepada kerajaan meskipun pihak penganjur berkeras untuk meneruskannya. "Kami akan menggunakan pendekatan menyerahkan memorandum bantahan terhadap konsert tersebut kepada pihak kerajaan. Ini adalah salah satu langkah yang kami ambil untuk menghalang peningkatan gejala sosial di negara ini daripada terus meningkat. "Apa pu, kami akan teruskan dengan kerja-kerja dakwah kami dan sentiasa memberi peringatan kepada semua umat Islam terutama golongan remaja agar tidak melibatkan diri dengan gejala-gejala yang mengheret diri ke lembah maksiat," jelasnya. Penganjuran konsert itu turut dibantah Ahli Parlimen (PAS) Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang berpendapat bahawa konsert itu tidak sewajarnya dianjurkan kerana ia bakal menyebabkan berlakunya masalah pergaulan bebas. Katanya, PAS sememangnya tidak membantah masyarakat untuk berhibur namun kami semenangnya tidak menyokong aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). "Konsert sebegini sememangnya tidak wajar diadakan agar golongan muda tidak terpengaruh dengan budaya yang ditonjolkan. Walaubagaimanapun, konsert ini bukan anjuran PAS, dan kami akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya masalah sosial di negara ini terus meningkat," ujarnya. Tahun lalu, Pemuda PAS turut menghalang konsert rock Elton yang diadakan di tempat yang sama atas alasan penyanyi itu adalah gay namun konsert itu tetap diteruskan dan mendapat sambutan hangat dari semua golongan masyarakat. Untuk rekod, Elton terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.
|
Bukan PAS, yang gelicir orangnya Posted: 24 Nov 2012 03:00 PM PST Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengtamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya. Tetapi menjelang muktamarnya dari 15 hingga 18 November 2012 nampak adanya gelombang orang yang keluar dari PAS. Yang ada ialah gelombang orang menyertai PAS oleh orang-orang yang bersara dari perkhidmatan kerajaan dan orang-orang Umno yang bersara dari partinya. Antara yang bersara dari Umno itu Tamrin Ghafar Baba dan Tan Sri Kadir Shaik Fadzir. Kadir tidak mendaftar jadi PAS, tetapi hati dan jasadnya sudah bersama PAS. Mungkin yang dikatakan PAS tergelincir dari pimpinan ulama kerana Mohamad Sabu yang bukan ulama telah mengalahkan dua calon ulama dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar sebelum ini. Ia tidak cukup untuk mengatakan ulama telah dipinggirkan kerana sistem kepimpinan PAS bertunggakkan kepada Majlis Syura Ulama, pimpinan bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Harun Din. Wibawa Mursyidul Am dan Presidennya yang ulama belum tercabar. Pemilihan Mohamad Sabu belum menjadikan status kepimpinan ulama terlucut. Seperti Iran, Presidennya boleh ulama dan boleh juga bukan ulama. Pernah bukan ulama menjadi Presiden seperti Bani Sadr, Rajai seorng guru matamatik dan Ahmadenejad sekarang. Ia juga pernah ada Presiden ulama seperti Ayatullah Ali Khaminae, Hojatul Islam Mashimi Rafsanjani dan Khatami. Tetapi tidak pernah Iran terlucut dari pimpinan ulama. Dua kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang — Kelantan dan Kedah — berMBkan ulama. Benar MB Perak dulu bukan ulama tetapi ia disebab ulama yang berstatus pemimpin kalah dalam pilihanraya. Adapun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat mengikutkan lunas siasah syariyah yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Kerjasama politik atau tahaluf siasi sudah PAS jalani sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari Umno sejak tahun 1985 menjelang PRU 1986. Uztaz Ibrahim Libya yang terkenal keras itu sebelum terbunuhnya tidak menentang tahaluf itu kerana ia diputuskan mengikut kaerah siasah syariyah. Politik PAS itu ada turun naiknya, tetapi tidak pernah ia tergelincir dari pejuangan Islamnya. Ketika ia berada dalam kerajaan BN telah merasa sedap dengan nikmat kerajaan, tetapi PAS mengambil langkah sedia ditendang dari mengikut arahan Hussein Onn dan Dr Mahathir. Ia kembali kepada perjuangan tulinnya. PAS telah selamat dari tergelincir tetapi dari semasa ke semasa, orang ada yang tergelincir. Hatta dua orang yang pernah menjadi Presidennya tergelincir — Haji Ahmad Fuad dan Dato Asri. Sejak pimpinan Dr. Burhanuddin Alhilmy hinggalah ke zaman Ustaz Haji Abdul Hadi ada yang bertaraf pimpinan tergelincir baik tergelincair dari parti mahupun pemikiran Islam yang dibawa PAS. Sebagai sebuah parti yang terbuka ia disertai oleh semua lapisan rakyat yang berbagai latarbelakang pendidikan. Maka tidak terlepas ia dari dibolosi oleh orang yang dikatakan parasid. Tetapi para parasit yang tidak dapat menjadikan dirinya benar-benar PAS, maka satu demi satu telah gagal menjadi ahli yang baik. Ada parasid yang melarikan diri dan ada juga yang disuruh lari. Mereka juga tergelincir. Jika jenis itu belum hari, mereka juga akan tergelincir pula. PAS pernah berkawan dengan Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Datuk Harun Idris. Mereka juga tergelincir. Tetapi PAS tetap seperti ketika ia ditubuhkan dulu.
|
Najib: Pilihan raya umum ke-13 Disember ini? Posted: 24 Nov 2012 12:22 PM PST Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan. "Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya. Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini. Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan. "Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya. Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu
|
Najib garis lima sebab Umno/BN perlu diberi mandate besar dalam PRU13 Posted: 24 Nov 2012 12:15 PM PST Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata sebagai sebuah parti berpengalaman, Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu. Selain itu, Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental, katanya. "Ketiga, kita mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini. "Maknanya, keyakinan rakyat bahawa kemampuan kita untuk melaksanakan agenda negara iaitu transformasi besar yang ingin kita perlihatkan," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini. Najib berkata sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya. Pengerusi BN berkata sebab terakhir yang perlu diberi perhatian ialah rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan. "Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk diperjudikan, sebaliknya dengan Barisan Nasional tahap keyakinan lebih tinggi... ini dapat dilihat dari segi prestasi pasaran dengan kemasukan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara," katanya. Mengenai mengapa orang Melayu tidak menggunakan agama sebagai asas penyatuan seperti yang dilakukan kaum lain, Najib berkata: "Orang Melayu telah dikelirukan dengan hasutan dan fitnah yang bertalu-talu terhadap pemimpin Umno dan Umno itu sendiri, walaupun dakyah-dakyah tersebut merupakan serangan politik dan tidak ada asasnya." Najib berpendapat orang Melayu juga terpedaya dengan imej luaran seperti label parti yang dikatakan parti Islam dan rupa pemimpin yang mereka anggap lebih Islamik. Beliau berkata sepatutnya sesebuah parti itu dinilai dari segi pengisian dan agenda yang boleh meninggikan perjuangan dan syiar Islam, dan Umno telah membuktikan parti itu dapat memperjuangkan tuntutan Islam berdasarkan Maqasid Syariah. "Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam," katanya. Ditanya harapan beliau kepada para perwakilan selepas tamat perhimpunan kali ini, Najib berharap seluruh warga Umno yang hadir dapat menghayati mesej yang diterapkan seterusnya menterjemahkan dalam bentuk tindakan serta sikap masing-masing. "Umpamanya, banyak penegasan akan dibuat tentang bagaimana mereka harus mendepani cabaran PRU-13 dan bagaimana kita harus meletakkan persediaan kita secara mantap bukan sahaja dari segi persiapan fizikal seperti bilik gerakan, bantuan material dan sebagainya tetapi juga dari segi semangat dan sikap untuk meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai yang perlu diutamakan dan tidak ada apa-apa perhitungan yang lain meskipun sesuatu itu memang sangat dihajati oleh kita," katanya. Beliau juga berharap perwakilan yang berbahas mampu mengupas, menjawab dan menangkis sebarang isu nasional serta tohmahan yang dihalakan kepada parti.
|
MCA kesal tindakan Anwar minta bantuan Australia Posted: 23 Nov 2012 04:55 PM PST Timbalan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan itu bukan sahaja membelakangi negara malah akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia. Katanya apa yang cuba dilakukan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah sesuatu yang serius dan sudah pasti rakyat tidak mahu melihat mana-mana pihak menggunakan unsur luar untuk campur tangan dalam hal politik dan pentadbiran di negara ini.
|
PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120? Posted: 23 Nov 2012 04:03 PM PST Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN. "... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi. "Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi," katanya.
|
Rakyat M’sia mesti berani pertahan perlembagaan Posted: 23 Nov 2012 03:16 PM PST Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata perlembagaan negara perlu terus menjadi rujukan dan sandaran semua rakyat dalam mengekalkan perpaduan serta mewujudkan hubungan etnik di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. "(Penghayatan) perlembagaan bukan ikut suka. Bila kita suka kita ikut, tak suka tak ikut. Kita mesti berpegang kepada perlembagaan pada setiap masa," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai "Masa Depan Hubungan Kaum dan Perpaduan" pada Himpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan ribuan anggota pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pandangan mengenai dasar negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Beliau berkata perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan terutama berkaitan kontrak sosial tidak harus dipersoalkan. "Soal agama Islam, Bahasa Melayu, keistimewaan orang Malayu dan institusi Raja-raja Melayu harus dipertahankan sebagai satu kepelbagaian. Jangan sama sekali cuba diubah," kata Sivamurugan dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin. Beliau juga berkata corak hubungan etnik di Malaysia mesti ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri dan bukannya bergantung kepada negara luar. Bagi memastikan hubungan etnik yang berkesan, beliau menegaskan sensitiviti setiap masyarakat harus dijaga dengan mencari titik keseimbangan dan konsep menerima satu sama lain harus dipakai, dan perlu juga melihat kepada keadaan menang-menang untuk semua pihak. Beliau berkata mentaliti rakyat negara ini juga harus berubah seiring dengan perubahan fizikal yang dikecapi negara dalam usaha Malaysia untuk muncul negara maju menjelang 2020. "Tiada guna perubahan fizikal hebat seperti di negara maju lain, tapi mentaliti kita masih di takuk lama. Perubahan harus seimbang antara perubahan fizikal dan minda," katanya. Tambah nilai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin yang berucap mengenai 'Masa Depan Pendidikan Negara' berkata ramai masyarakat di negara ini menganggap universiti adalah seperti sebuah kilang, dan ini adalah pandangan yang salah dan perlu diubah. "Ini adalah kerana universiti adalah tempat di mana kita menambah nilai seseorang individu supaya ia berguna dalam segala segi, bukan sekadar tempat untuk hasilkan graduan," katanya. Untuk itu, paradigma pemikiran semua pihak, khususnya golongan pendidik di negara ini perlu diubah daripada hanya mementingkan kuantiti maklumat yang diterima kepada nilai maklumat itu sendiri, dan ini perlu dalam memastikan proses transformasi pendidikan negara mencapai kejayaan, katanya. Zaleha juga berkata masyarakat, terutama golongan muda, juga perlu mengubah persepsi yang menganggap semua maklumat yang didapati daripada internet adalah pengetahuan. Golongan ini terlalu bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, dan mereka ini telah terpenjara dengan era maklumat dan malangnya segala informasi yang ada di internet tidak boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan kerana informasi itu perlu ada nilai sebelum menjadi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan meluas, katanya. Beliau berkata dalam era globalisasi dan teknologi maklumat yang mencabar ini, rujukan maklumat kepada internet semata-mata tanpa pengesahan boleh mendatangkan implikasi terhadap kesahihan fakta sesuatu ilmu.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan