Sabtu, 24 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


MCA kesal tindakan Anwar minta bantuan Australia

Posted: 23 Nov 2012 04:55 PM PST

Timbalan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan itu bukan sahaja membelakangi negara malah akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Katanya apa yang cuba dilakukan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah sesuatu yang serius dan sudah pasti rakyat tidak mahu melihat mana-mana pihak menggunakan unsur luar untuk campur tangan dalam hal politik dan pentadbiran di negara ini.
   
"Lagipun kita sudah ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mantap dan boleh menangani sebarang penyelewengan. Kita juga sudah lalui 12 kali pemilihan dan ada sistem yang mantap, jadi kenapa perlu minta bantuan Australia?
   
"Dalam hal ini, beliau (Anwar Ibrahim) tidak sepatutnya gunakan unsur luar untuk mencampuri urusan dalaman negara ini dan rakyat juga mengecam tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Aspirasi Sihat di Padang Awam Jawi, di sini hari ini.
   
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
   
Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr dilaporkan berkata pilihan raya di Malaysia adalah urusan rakyatnya sendiri dan amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu mengenai cara ia dilaksanakan.

 

PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?

Posted: 23 Nov 2012 04:03 PM PST

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

"... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.

Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.

Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.

"Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

"Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun," katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

"Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November," katanya.

PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yakin akan memperoleh kerusi Parlimen tambahan dengan memperkukuhkan kedudukan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang menawarkan 56 kerusi Parlimen dilihat sebagai 'simpanan tetap' BN.

Minggu lalu, Pas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk memanggil PRU13.

Spekulasi sebelum ini menyebut Najib akan memanggil PRU13 pada bulan Jun lalu, sebelum Ramadan. Bagaimanapun, spekulasi itu meleset dan spekulasi seterusnya  meramalkan September dan ia meleset lagi.

Mengambil kira kedudukan semasa, Shamsul tidak menolak kemungkinan Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari, manakala pilihan raya akan berlangsung awal Mac.

Dalam satu temu bual Ogos lalu, beliau berkata, Najib seharusnya menggunakan tempoh mandat semasa sepenuhnya dan hanya memanggil PRU13 tahun depan.

Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, pertemuan tahunan kali ini sangat penting untuk Najib, bukannya untuk Umno.

"Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi," katanya.

Justeru menurut beliau, Najib yang juga Presiden Umno akan membawa partinya ke depan untuk menghadapi PRU13.

Perhimpunan Agung Tahunan 2012 akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini.

 

Rakyat M’sia mesti berani pertahan perlembagaan

Posted: 23 Nov 2012 03:16 PM PST

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata perlembagaan negara perlu terus menjadi rujukan dan sandaran semua rakyat dalam mengekalkan perpaduan serta mewujudkan hubungan etnik di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"(Penghayatan) perlembagaan bukan ikut suka. Bila kita suka kita ikut, tak suka tak ikut. Kita mesti berpegang kepada perlembagaan pada setiap masa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai "Masa Depan Hubungan Kaum dan Perpaduan" pada Himpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan ribuan anggota pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pandangan mengenai dasar negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan terutama berkaitan kontrak sosial tidak harus dipersoalkan.

"Soal agama Islam, Bahasa Melayu, keistimewaan orang Malayu dan institusi Raja-raja Melayu harus dipertahankan sebagai satu kepelbagaian. Jangan sama sekali cuba diubah," kata Sivamurugan dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Beliau juga berkata corak hubungan etnik di Malaysia mesti ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri dan bukannya bergantung kepada negara luar.

Bagi memastikan hubungan etnik yang berkesan, beliau menegaskan sensitiviti setiap masyarakat harus dijaga dengan mencari titik keseimbangan dan konsep menerima satu sama lain harus dipakai, dan perlu juga melihat kepada keadaan menang-menang untuk semua pihak.

Beliau berkata mentaliti rakyat negara ini juga harus berubah seiring dengan perubahan fizikal yang dikecapi negara dalam usaha Malaysia untuk muncul negara maju menjelang 2020.

"Tiada guna perubahan fizikal hebat seperti di negara maju lain, tapi mentaliti kita masih di takuk lama. Perubahan harus seimbang antara perubahan fizikal dan minda," katanya.

Tambah nilai

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin yang berucap mengenai 'Masa Depan Pendidikan Negara' berkata ramai masyarakat di negara ini menganggap universiti adalah seperti sebuah kilang, dan ini adalah pandangan yang salah dan perlu diubah.

"Ini adalah kerana universiti adalah tempat di mana kita menambah nilai seseorang individu supaya ia berguna dalam segala segi, bukan sekadar tempat untuk hasilkan graduan," katanya.

Untuk itu, paradigma pemikiran semua pihak, khususnya golongan pendidik di negara ini perlu diubah daripada hanya mementingkan kuantiti maklumat yang diterima kepada nilai maklumat itu sendiri, dan ini perlu dalam memastikan proses transformasi pendidikan negara mencapai kejayaan, katanya.

Zaleha juga berkata masyarakat, terutama golongan muda, juga perlu mengubah persepsi yang menganggap semua maklumat yang didapati daripada internet adalah pengetahuan.

Golongan ini terlalu bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, dan mereka ini telah terpenjara dengan era maklumat dan malangnya segala informasi yang ada di internet tidak boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan kerana informasi itu perlu ada nilai sebelum menjadi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan meluas, katanya.

Beliau berkata dalam era globalisasi dan teknologi maklumat yang mencabar ini, rujukan maklumat kepada internet semata-mata tanpa pengesahan boleh mendatangkan implikasi terhadap kesahihan fakta sesuatu ilmu.

 

'Usah tumbuk rempah dulu'

Posted: 22 Nov 2012 05:05 PM PST

Dalam pertemuan sidang editorial  Harakah dengan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, membincangkan isu-isu kritikal Selangor, baru-baru ini,  Ahli Parlimen Kuala Selangor itu seperti mengulangi penekanan yang kerap saya catatkan dalam kolum ini: "Pihak yang bakal menang dalam PRU13 nanti adalah mereka yang paling sedikit melakukan kesilapan, dan bukannya parti yang mengemukakan banyak gagasan atau idea yang hebat."

Ingatan dalam nada serupa juga ditekankan oleh ramai pemerhati politik, dengan mengambil kira kesalahan yang kelihatan kecil boleh menyumbang impak yang agak besar dalam pilihan raya umum nanti. Lagipun, dijangkakan tiada perbedaan undi yang menyerlah di antara pemenang dengan pihak yang tewas.  

Ya, bayangkan, jika dilihat mampu dieksploit demi kepentingan politik, misalnya hanya berbekal telefon bimbit model lama, rakaman boleh dibuat terhadap kenyataan atau aksi pemimpin Pakatan Rakyat, walaupun berkaitan program dalaman parti, dan kemudiannya secepat kilat disiarkan melalui siaran televisyen ke seluruh negara.  

Esoknya akan disambut tanpa tangguh lagi oleh akhbar-akhbar harian, untuk meneruskan propaganda murahan secara bercetak, bagi membentuk persepsi tertentu, dengan satu tujuan: Melanjutkan kuasa BN dan mempertahankan Putrajaya.

Kesilapan kecil oposisi akan diperbesarkan, hatta ucapan bernada seloroh atau jenaka turut boleh dipaparkan sebagai komitmen serius, jika impaknya dirasakan dapat memburukkan penampilan Pakatan. Apatah lagi sekiranya, tanpa sedar,  disogok peluang terbentang luas kepada strategis media Umno-BN untuk menghalakan serangan bertubi-tubi, membelasah seteru politiknya.

Saya tidak pula sampai menyimpulkan segala kontroversi terkini, misalnya berkaitan ucapan Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama, doa kehancuran Umno di Kota Bharu dan cadangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU13 sebagai kesilapan yang membawa padah.

Cuma sekadar mahu menunjukkan bahawa,  selepas program Jelajah Janji Ditepati Najib Razak tidak dipedulikan rakyat, tawaran Bajet 2013 kurang membekas, pelbagai insentif one-off mudah dilupakan, kini Umno-BN bertarung seperti parti pembangkang, dengan cuba menyelongkar  apa juga yang dilihat sebagai "keburukan atau sisi negatif", termasuk menyiarkan kembali ucapan Anwar Ibrahim, semasa dalam kerajaan dahulu, yang mengecam PAS dan DAP.

(Ustaz Hadi ketika menggulung perbahasan muktamar ke 58 baru-baru ini. Ramai menyifatkan ia terbaik dari beliau)

Semasa menunggu pesawat di LCCT, Sepang, tengahari 14 November lalu, untuk sama-sama ke Kota Bharu mengikuti Muktamar Tahunan PAS Ke-58, saya cuba berkongsi rasa dengan Mahfuz Omar,  tentang laporan meluas media mengenai kenyataan Nurul Izzah dan usaha terancang menimbulkan keraguan pengundi terhadap kewibawaan Pakatan sebagai parti yang dapat mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.

Naib Presiden PAS itu tenang saja dan menganggapnya ia siri serangan media bagi menjauhkan orang Melayu daripada Pakatan. "Ini bukan kali pertama, mereka telah mencubanya banyak kali sebelum ini, dan terbukti ia tidak berkesan," tambahnya. "Apa pun," pintas saya, "kita tidak boleh memandang remeh gerak kerja mereka."

Selepas dua tahun berturut-turut tidak menghadiri muktamar, saya -- seperti juga para pemerhati dari seluruh pelosok tanahair -- mengharapkan, daripada perhimpunan terbesar yang sepatutnya diadakan Jun lalu, PAS dapat membuat lonjakan besar, terutama untuk meraih sokongan dan kepercayaan pengundi Melayu.

Keyakinan awal terserlah melalui pesanan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, disiarkan Harakah, yang dipasarkan  sehari sebelum perasmian muktamar. Tokoh berpengalaman itu mahu muktamirin bukan saja tidak terpengaruh dengan usikan nakal media, yang mahu memesongkan tumpuan, malah memanfaatkan perbahasan untuk "mengisi kemenangan" membebaskan Putrajaya.

Meskipun agak penat untuk mendengar Ucapan Dasar Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, namun saya terasa puas, lega dan beruntung. Teks setebal 27 halaman, 107 perenggan itu, begitu kejap, menyeluruh dan menyentuh hampir semua isu-persoalan penting dan kritikal. Saya kira ia pidato rasmi terbaik yang pernah dihasilkannya sejak 10 tahun lalu. Ia cukup bertenaga, memberikan pengarahan yang jelas dan mampu mempengaruhi.

Difahamkan, Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail, yang turut mendengar ucapan berkenaan, menyifatkan banyak penekanan Ustaz Abdul Hadi seperti ditujukan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Huraian yang memperincikan konsep Negara Berkebajikan cukup jelas dan menarik. Begitu juga singgungannya terhadap persoalan ekonomi, sistem pendidikan dan komitmen PAs untuk kesejahteraan rakyat, yang merangkumi pelbagai golongan termasuk petani, wanita, peneroka bandar, bekas tentera, selain bersikap serius menangani kes FGV, AES, Pengerang dan projek mega yang lain.

Saya lebih teruja dengan penekanan terhadap kesediaan rakyat untuk berubah. "Kepada rakyat seluruhnya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik (dalam PRU13). Maka sekiranya kita gagal melaksanakan amanah itu, rakyat boleh menghukum kami dalam pilihan raya seterusnya," tegas Presiden PAS itu, sambil memberi jaminan pegawai kerajaan di setiap peringkat tidak akan dizalimi atau dibalas dendam.

Keuzuran menghalang saya daripada menekuni setiap isi perbahasan para perwakilan. Sepanjang di dalam dewan Putik, secara umumnya saya dapati setiap mereka  yang berucap menunjukkan kesungguhan. Bagaimanapun ada pemerhati yang membisik kepada saya: "Sayang sekali, Ucapan Dasar Presiden yang cukup bermutu dan selari dengan mood menjelang PRU13, tidak disusuli dengan perbahasan bernas yang mengungkapkan isu-isu kritikal yang digariskan Tok Guru Haji Hadi."

Beliau merujuk kepada lima bentuk tindakan yang ditekankan Presiden bagi menghadapi PRU13, iaitu persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau Dun), menangani kompleksiti pengundi Melayu khususnya anak muda, cabaran memenangi sebanyak mungkin kerusi, meningkatkan jentera penerangan, termasuk Harakah dan Harakahdaily serta merancakkan persiapan menjuarai perang siber.  

"Macam ada kempen tersirat menjelang pemilihan parti tahun depan, aja?" ujar seorang pemerhati, dari Kedah, yang duduk di sebelah saya, berdekatan ruang media. Beliau kemudiannya ketawa kecil tanda hanya bergurau dengan usikannya itu.

Apabila ada perwakilan menimbulkan cadangan Presiden PAS patut dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang dalam PRU13 nanti, saya sudah menjangkakan ia akan disensasikan oleh media, terutama TV3 dan Utusan Malaysia.

Sememangnya jentera kempen tidak rasmi Umno-BN itu sentiasa menunggu kesempatan untuk memecah-belahkan persefahaman di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan. Umum mengetahui sebaik saja keputusan PRU12 diketahui, Mac 2008, perang saraf adu-domba untuk memisahkan PAS dengan DAP sudah bermula, tidak terkecuali juga usaha menyuntik kecurigaan di antara PAS dan KeADILan.

"Kalau Najib yakin parti-parti Pakatan berselisih faham hingga memungkinkan mereka bertanding sesama sendiri, pasti Parlimen akan dicadang dibubarkan serta-merta," kata seorang pensyarah politik.  "BN sudah tidak ada kekuatan sendiri lagi, mereka begitu harapkan persefahaman Pakatan pecah dan terburai," tambahnya.

Tidak sedikit rakan-rakan yang menelefon dan menghantar SMS, melahirkan kebimbangan isu cadangan ustaz Hadi ke jawatan PM akan menyebabkan BN mendapat keuntungan. "Paling tidak pun, kita akan membuang masa yang cukup berharga ini, bagi melayan karenah dan menjawab persoalan yang bukan pun satu isu buat Pakatan," kata seorang daripadanya.

"Biarkanlah ... setiap perwakilan berhak menyuarakan pandangan dan pendapat. Muktamar adalah medan untuk meluahkannya, inikan demokrasi, dan tanda PAS terbuka untuk ahlinya bercakap," saya menjawab mudah. Saya pasti rakan saya itu tidak berpuas hati apabila dia mencelah: "Jangan sampai masyarakat luar, orang awam yang memerhati muktamar dengan penuh minat, merasakan sesama Pakatan pun tidak sepakat, masing-masing ghairah merebut jawatan besar."

Awal pagi Ahad, pada hari terakhir muktamar, kenalan saya, seorang profesor turut menegur, melalui SMS: "Kajian kami menunjukkan pengundi amat prihatin dengan percanggahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Polemik tentang siapa Perdana Menteri tidak menguntungkan, termasuk kepada PAS. Sebagai parti yeng melewati 60 tahun usianya, PAS harus  sedar di mana kekuatan dan kelemahan parti."

Saya kira rakan saya itu memberi reaksi mungkin selepas membaca muka depan  The Sunday Star, yang melaporkan perbahasan di muktamar PAS, dengan tajuk "Ulama for Hadi". Hiasan  foto  Presiden PAS begitu menonjol.

Akhbar yang dimiliki MCA itu sememangnya dikenali menjalankan usaha terancang untuk menakutkan pengundi Cina terhadap Pakatan, dengan mendakwa PAS akan menjadi parti paling dominan jika BN dapat ditumbangkan.

Beberapa kali, Presidennya, Dr Chua Soi Lek bersungguh-sungguh memberikan gambaran bahawa sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya, PAS akan menerajui kerajaan baru nanti. Sebagai ahli Parti Islam, saya tentulah gembira dengan pujian itu. Ya, tiada keindahan melebihi kesyukuran melihat Islam didaulatkan dalam sistem pemerintahan negara. Namun, kita tidaklah terlalu naif untuk membaca perangkap musuh.

Kepada audien Melayu, yang membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3, PAS digambarkan parti paling corot dalam Pakatan, hanya mengikut telunjuk KeADILan dan diperkudakan DAP. PAS juga ditohmah sudah menyimpang daripada landasan asal perjuangan.

Manakala berdepan masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, seperti sering dilaporkan dalam The Star, PAS tiba-tiba disuntik dengan seribu satu kekuatan. Tujuannya agar pengundi Tionghua teragak-agak untuk menyokong Pakatan; sedangkan realitinya PAS kini didekati  komuniti pelbagai kaum dan agama. Dalam muktamar lalu, beberapa  aktivis Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) berucap mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan PAS.

Selama ini saya beranggapan The Star, walaupun turut menjadi mesin propaganda BN, tetapi masih menjaga profesionalisme pemberitaannya, tidak seperti Utusan Malaysia. Saya terkejut melihat tajuk depan edisi Isnin, 19 November, "Hadi ready to be PM", dengan gambar menarik Ustaz Hadi mengenggam tangannya ke atas. The Star juga sudah hilang kewarasan!

"Dua hari berturut-turut muka depan The Star mengalahkan Harakah, dengan hiasan gambar Presiden PAS yang memikat," saya bercanda dengan rakan-rakan grafik di pejabat. "Tapi, beritanya tidak betul, dah sama macam Utusan."

Walhal sebenarnya, cukup dengan menonton YouTube, anda segera mengesan bahawa apabila Ustaz Hadi  mengatakan "syok juga sepintas lalu (dengan cadangan nak lantik jadi PM)", nadanya berseloroh dan wajah ceria tersenyum.

Apatah lagi selepas beliau menyambung: "Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah."

Ustaz Hadi seterusnya memberi satu perumpamaan yang cukup menarik untuk difikirkan: "Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

"Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Saya tak mahu jadi macam itu. Belum apa-apa dah tumbuk rempah."

 

Perimekar, Terasasi tak terlibat dengan Scorpene

Posted: 21 Nov 2012 02:26 PM PST

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menegaskan, kelengkapan ketenteraan dilakukan secara pembelian terus antara pembekal kerajaan dengan negara lain.

"Kami tidak pernah melantik pihak ketiga dalam pembelian mana-mana kelengkapan sama ada kapal selam, (Landrover) 8×8, ataupun Sukhoi.

"Semuanya melalui proses G2G (kerajaan kepada kerajaan). Dalam sejarah Malaysia tidak pernah lantik mana-mana ejen untuk beli kelengkapan kita," katanya dalam Dewan Rakyat malam tadi.

Beliau turut menepis dakwaan penglibatan syarikat Perimekar Sdn Bhd milik isteri kepada bekas pembantu kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda sebagai orang tengah dalam pembelian Scorpene.

Sekaligus menafikan wujudnya konflik kepentingan pembelian itu dengan Terasasi (HK) Ltd milik Abdul Razak dan bapanya, Abdul Malim Baginda yang didakwa menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian Scorpene.

Sebaliknya, Abdul Latiff mendakwa perkara itu sengaja diputar belit pembangkang untuk mencalarkan imej Najib.

"Jelas perkara ini diputar-belitkan untuk menggambarkan kaitan antara Scorpene, Abdul Razak Baginda, Altantuya, dan (ahli Parlimen) Pekan.

"Ini semua nak calarkan nama Pekan (Najib)…fitnah semata-mata," katanya.

 

Ronnie diminta letak jawatan jika gagal tangani isu kondominium

Posted: 19 Nov 2012 01:58 PM PST

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan berkata projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dilihat menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.

"Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.

Katanya kajian awal pihaknya mendapati pemaju projek kondominium itu tidak mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalam kelulusan pembangunan dan kerajaan negeri mempunyai hak memberhenti ataupun  membatalkan projek itu tetapi perlu dibuat secara profesional.

Ronnie Liu berkata projek kondominium itu mendapat permit penjualan pengiklanan dan sebanyak 60 peratus daripada sejumlah 400 unit rumah telah dijual.

Projek pembinaan kondominium itu mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves melakukan bantahan terhadap projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan  pemandangan dan struktur kuil berkenaan.

Justeru kerajaan Selangor mengarahkan pemaju untuk menghentikan pembinaan kondominium itu untuk memberi laluan kepada siasatan dijalankan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved