Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Gejala Melayu murtad sangat mengkhuatirkan
- Pemimpin-pemimpin politik jangan kiasu
- ‘Pemimpin Islam perlu sepakat dalam soal menjaga agama’
- 70% rakyat Selangor sokong Umno-PAS bergabung
Gejala Melayu murtad sangat mengkhuatirkan Posted: 10 Nov 2012 07:20 PM PST (Harakah) - Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya. Kenyataan penuh seperti di bawah. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal dengan tabiat meraih 'kesempatan politik' (political mileage) dalam budaya politik di Malaysia. Dalam hampir semua tutur kata, ahli politik mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik walaupun maklumat yang sahih belum lagi diperolehi. Tidak dapat dinafikan betapa gejala orang Melayu sudah longgar pegangannya kepada Islam kini sangat mengkhuatirkan. Secara umum gejala murtad bukan suatu perkara yang dapat dinafikan sama ada diisytiharkan secara rasmi atau tidak.
|
Pemimpin-pemimpin politik jangan kiasu Posted: 10 Nov 2012 03:03 PM PST Tempoh empat tahun dalam dunia politik nampaknya begitu lama dan sesuatu yang cukup memeritkan. Apa tidaknya, tidak pernah satu hari sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12, tidak kedengaran perbalahan politik antara dua pihak yang bertelagah. Rakyat pula mengaru-garu kepala dan tertanya-tanya – apa sudah jadi dengan wakil rakyat yang dipilih mereka? Mengapa wakil-wakil rakyat yang dipilih ini boleh berkelakuan sedemikian? Apakah mereka sudah lupa bahawa kuasa dan jawatan yang disandangnya ketika ini hanya bersifat sementara? Suara rakyat yang meminta wakil rakyat melihat ke hadapan tenggelam timbul dan bagaikan tidak diendahkan. Paling mendukacitakan, perbalahan dan perang lidah antara pihak pemerintah dan pembangkang belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Sebaliknya, keadaan bertambah buruk. Di satu pihak, pelbagai isu dibangkitkan dengan harapan seteru mereka akan memberi maklum balas. Di satu pihak lagi pula, mereka hanya mampu bertahan dan menangkis tohmahan demi tohmahan. Kedua-dua pihak seolah-olah tidak bersedia menerima kehadiran sesama mereka. Matlamat utama ialah kemenangan di satu pihak manakala kekalahan di pihak lawan. Apa yang diamalkan itu adalah sesuatu yang lumrah dalam dunia politik. Isu kelangsungan adalah segala-galanya dalam dunia politik. Siapa lebih kuat, dialah yang berkuasa! Namun demikian, perlukah mereka sampai ke tahap sedemikian? Lihat sahajalah kepada tindak-tanduk Presiden Barack Obama dan pemimpin parti Republikan, Mitt Romney yang berentap dalam pilihan raya presiden baru-baru ini. Mereka berdua cukup berlapang dada. Biarpun Romney tewas pada pilihan raya itu, beliau sempat mengajak kedua-dua pihak, Parti Demokrat dan Republikan untuk tidak berbalah sesama sendiri. Menurut Romney, Amerika kini berada di persimpangan dan sebarang perbalahan hanya akan merugikan kuasa besar dunia itu. Malah, beliau turut mengajak semua pihak untuk bekerjasama bagi menunaikan mandat yang telah diberikan oleh pengundi. Obama dalam ucapan kemenangannya pula berjanji akan bekerjasama dengan Romney untuk memacu Amerika ke hadapan. Kata-kata oleh Romney dan Obama itu cukup signifikan dan cukup bermakna. Mereka mempamerkan kematangan berpolitik tinggi yang wajar diteladani oleh semua pemimpin politik dunia. Keghairahan untuk merebut jawatan paling berkuasa di dunia tidak sekalipun melekakan mereka untuk berperang antara satu sama lain. Romney dan Obama mengerti bahawa agenda yang lebih penting ialah negara. Sentimen partisan yang menebal diketepikan buat seketika. Ketika kita ghairah bercakap mengenai pemimpin Amerika, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin politik di Malaysia? Bersediakah mereka untuk berubah dan menjadi teladan kepada pihak lain? Mahukah mereka terus menjadi bahan gurauan? Apa manfaatnya untuk terus bertelagah? Cukuplah… Tiada gunanya jika pemimpin-pemimpin politik kita sering bercakap mengenai budaya politik baru namun tidak disusuli dengan tindakan konkrit. Elak menjadi pemimpin yang cakap tak serupa bikin dan kiasu. Budaya politik baru menuntut kesungguhan seseorang pemimpin untuk berubah, berubah ke arah kebaikan dan menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kepada pemimpin politik dari parti pemerintah dan pembangkang, ayuh ketepikan perbalahan dan bekerjasama demi kebaikan negara yang kita cintai ini.
|
‘Pemimpin Islam perlu sepakat dalam soal menjaga agama’ Posted: 10 Nov 2012 02:59 PM PST Katanya tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan. "Amat dikesalkan kerana pemimpin PAS seperti Nik Aziz dan Haji Hadi tidak mahu memperbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara tersebut tidak penting," katanya pada satu perjumpaan dengan media, di sini hari ini. Katanya sebagai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong Nurul Izzah sekalipun menyedari Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu melakukan kesalahan besar. "Nik Aziz jika tahu perkara itu salah sepatutnya jangan keluar apa-apa pandangan dan lebih baik menjadi syaitan yang bisu daripada syaitan yang berkata-kata," katanya. Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif tentang bidang agama. Pada 3 Nov lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara itu juga patut terpakai kepada orang Melayu. "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya. Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 Nov.
|
70% rakyat Selangor sokong Umno-PAS bergabung Posted: 10 Nov 2012 12:28 AM PST Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, kajian yang dijalankan sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga. "Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam," katanya dalam sidang media selepas mengadakan wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal' pagi tadi di Hotel Vistana di sini hari ini. Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian. Katanya, peserta wacana itu terdiri daripada pemimpin dan penyokong akar umbi yang mahu memberikan pandangan serta luahan tentang kecelaruan hala tuju parti yang semakin tersasar daripada perjuangan asal. Resolusi wacana Wacana tersebut juga berjaya mencapai 11 resolusi yang mengandungi desakan supaya parti dan pemimpin PAS kembali kepada landasan Islam yang sebenar. "Mungkin kita akan ajukan resolusi ini kepada pemimpin tertinggi dalam masa tersekat. "Harapan kami supaya mereka (pemimpin PAS) agak terbuka menerima pandangan peringkat akar umbi yang sebenarnya sudah lama disuarakan," katanya. Sebelas resolusi tersebut adalah:
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan