Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Perkasa mohon Raja-Raja turun padang
- Soi Lek: MCA bersedia berperang habis-habisan untuk PRU-13
- Jangan guna hudud untuk pancing undi, MCA
- Ahli kesal cubaan sabotaj DAP
- MCA akan terus bangkitkan isu ‘hudud’
Perkasa mohon Raja-Raja turun padang Posted: 21 Oct 2012 02:45 PM PDT Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, memandangkan zaman berubah mengikut arus demokratisasi dan perjuangan hak asasi, Institusi Diraja kini mudah diungkit dan dikritik secara terbuka. Namun katanya, dalam perubahan ini hanya masyarakat Melayu sahaja yang masih taat kepada kepada Raja-Raja. "Bagi memperkasakan Institusi Diraja, Perkasa mohon ampun perkenan mesti turun ke padang dan berdampingan dengan rakyat. "Kita tahu seperti sebelum ini Sultan Pahang dan Kelantan juga sering melakukannya tapi perlu lebih kerap dan bergaul lebih mesra," katanya. Cadangan itu dikemukakan Ibrahim dalam ucapannya di Persidangan Khas Tahunan Perkasa Peringkat Selangor di Dewan Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini petang semalam. Sementara itu, beliau turut memberi jaminan Perkasa akan menyokong sepenuhnya calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan datang. Ibrahim berkata walaupun Perkasa adalah NGO bebas, namun sokongan terhadap parti komponen BN tidak akan berbelah bagi termasuk undi kepada calon MCA. Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam ucapannya turut melancarkan boikot dan melarang setiap ahlinya daripada memberikan sebarang kenyataan terhadap portal berita Malaysiakini. Beliau mendakwa Malaysiakini mendapat pembiayaan daripada George Soros yang juga dikaitkannya dengan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram). "Haram bagi ahli Perkasa bagi kenyataan kepada Malaysiakini. Kita cakap lain dia tulis lain. Kita boikot sampai PRU13," katanya. Persidangan itu juga dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan itu.
|
Soi Lek: MCA bersedia berperang habis-habisan untuk PRU-13 Posted: 20 Oct 2012 04:26 PM PDT Berpegang kepada slogan 'Berperang dengan Penuh Keberanian', Dr Chua berkata MCA kini sudah bangkit lebih sepakat, bersatu dan fokus dalam menangani isu-isu yang penting bersama-sama BN dan bersedia untuk menempuh apa jua masalah dan rintangan.
|
Jangan guna hudud untuk pancing undi, MCA Posted: 20 Oct 2012 04:01 PM PDT "Isu hudud biar orang Islam tentukan. Jika mahu undi bukan ini caranya sehingga menghina dan mempertikaikan agama orang lain. Apakah ini sifat–sifat seorang presiden parti politik? "Jangan sampai kami gunakan kuasa (mengundi) yang ada pada kami bila tiba pilihan raya," kata ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi dalam satu kenyataan media. Tiga hari yang lalu presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek berkata pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan. Hukuman hudud merupakan salah satu hasrat yang ingin dilaksanakan oleh PAS sekiranya memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti. "Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, PAS menjadi parti dominan," kata beliau. "Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat," kata Dr Chua. Irwan turut mengingatkan Dr Chua agar berusaha mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina yang telah hilang semasa pilihan raya umum ke 12 pada 2008. "Sepatutnya MCA bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan kaum mereka, bukan dengan menghina orang lain. Kaum mereka menolak mereka secara terang pada tahun 2008," kata Irwan.
|
Posted: 19 Oct 2012 05:43 PM PDT Samsol berkata, jangkaan mereka daripada 72 cawangan Pas yang ada kemungkinan sekitar 300 ke 400 yang hadir namun kehadiran melebihi jangkaan apabila lebih 500 yang hadir pada program tersebut. "Tindakan pihak yang cuba mensabotaj program ini sebaliknya membangkitkan semangat ahli untuk hadir," katanya. |
MCA akan terus bangkitkan isu ‘hudud’ Posted: 19 Oct 2012 05:40 PM PDT "Kita harus menyampaikan mesej ini kepada rakyat, terutama kepada masyarakat Cina bahawa negara teokratik tidak dapat diterima di negara ini," kata timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung Pemuda MCA pagi ini. "Kami akan terus menerangkan kepada rakyat yang kami tidak boleh menerima negara teokrasi dan hukum hudud ala PAS," katanya lagi. Menteri kesihatan itu menemplak kritikan bahawa MCA telah mengulang-ulang isu hudud untuk meraih sokongan pengundi untuk memenangi pilihan raya dengan berkata isu tersebut perlu diulang bagi memastikan undang-undang Islam tersebut tidak diadakan di Malaysia. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong. Wee berkata, dahulu DAP lantang menentang negara Islam yang dimahukan PAS, tetapi ia semakin berlembut untuk menawan Putrajaya. Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mca-akan-terus-bangkitkan-isu-hudud/ |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan