Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Adakah Azmin Ali yang memasang kamera pengintip di bilik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim
- Kerjasama Pas dan DAP bercanggah dengan kehendak Islam - Shahnon (with Haron Din video)
- George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat
- PKR berubah nada, mahu teruskan projek RAPID
- MB S’gor layak tadbir di Pusat, kata Shuhaimi
- PKR cadang kecilkan skala RAPID, pindah ke Kertih
- Sinar Harian tidak putar belit fakta
- Lebih 10 pegawai kerajaan jadi tali barut Suaram
- Suaram terima RM100 juta dana asing?
Adakah Azmin Ali yang memasang kamera pengintip di bilik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim Posted: 08 Oct 2012 08:07 PM PDT Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu. Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin. Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar. Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri. Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus. Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya. Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan. Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB. Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya. Apa paun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya. Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang. Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR. Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli 'aiskrim' dalam tandas. Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya?
|
Kerjasama Pas dan DAP bercanggah dengan kehendak Islam - Shahnon (with Haron Din video) Posted: 08 Oct 2012 02:31 PM PDT Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam. 74OEaEqVjY8
|
George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat Posted: 07 Oct 2012 05:48 PM PDT Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat. "Dia paranoid," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros. "Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk," katanya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat. Takut bayang-bayang "Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula," soalnya. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. "Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit," katanya. Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA). Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai. "Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA," katanya.
|
PKR berubah nada, mahu teruskan projek RAPID Posted: 04 Oct 2012 06:46 PM PDT Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata PKR akan menjalankan program melibatkan masyarakat tempatan secara trasparen dan telus, serta akan melambatkan tarikh Keputusan Akhir (FID). "Kami akan memberikan rakyat Pengerang masa yang mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka. Dengan pengetahuan yang penuh dan jelas, mereka boleh membuat pilihan yang bebas.
|
MB S’gor layak tadbir di Pusat, kata Shuhaimi Posted: 04 Oct 2012 06:42 PM PDT Ketika dihubungi FMT, beliau menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang yang berpengalaman luas dan sememangnya layak mentadbir di peringkat persekutuan. Pandangan Shuhaimi ini dilihat selari dengan pendapat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini, yang menyatakan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan akan ditukar ke peringkat pusat selepas PRU13. Beliau berkata, ia sebagai pengiktirafan kepada Abdul Khalid yang berkebolehan dan berpengalaman dalam memimpin kerajaan Selangor sejak Pakatan mengambil alih negeri itu pada Mac 2008. "Sama ada saya setuju atau tidak kenyataan Azmin itu adalah perkara lain. Tetapi apa yang cuba disampaikan Azmin adalah beliau menghargai peranan dan tugas Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. "Malah pengalaman beliau (Abdul Khalid) mentadbir Selangor tidak dinafikan adalah jauh lebih baik daripada menteri-menteri Barisan Nasional (BN)," tegas beliau. Beliau menegaskan, "pengalaman beliau mentadbir Selangor boleh digunakan dengan baik dalam pentadbiran kerajaan pusat memandangkan di bawah pentadbirannya rizab tunai Selangor mencecah sehingga RM2 bilion. "Jika Abdul Khalid dipilih menerajui di peringkat kementerian maka saya yakin beliau boleh menyelamatkan lebih banyak wang negara," ujar beliau. Dalam perkembangan lain, Shuhaimi menegur sikap pemimpin Pakatan yang lain agar meneliti terlebih dahulu laporan sesetengah akhbar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Tegas beliau, "para pemimpin tidak sewajarnya melenting dan memberi kenyataan secara melulu tanpa menyemak asas laporan akhbar tersebut terlebih dahulu. "Mungkin ada dua tiga kenyataan daripada kepimpinan parti, presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan lain-lain yang dikeluarkan sebelum ini. "Mereka perlu meneliti laporan itu dari akhbar serta tajuk laporan sebelum memberi kenyataan. Jika tidak betul….tidak boleh terus melenting dengan penuh emosi, biar komen secara matang," nasihat beliau.
|
PKR cadang kecilkan skala RAPID, pindah ke Kertih Posted: 04 Oct 2012 03:27 PM PDT Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen, berkata, Kertih sudah mempunyai infrastruktur yang baik seperti pusat perindustrian Gebeng dan pelabuhan Kuantan. "Jika dibina di Pengerang, apakah nasib perindustrian petrokimia di Kertih, adakah ia mampu berjalan seperti biasa?" kata Wong dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Menurut Wong, PKR juga mencadangkan agar projek RAPID dikecilkan skalanya memandangkan pasaran utama Malaysia iaitu China dan India sedang membina loji penapisan mereka sendiri yang lebih besar. "Seharusnya kita membina loji penapisan yang berkapasiti 150,000 tong sehari (bpd) daripada kapasiti RAPID yang dicadangkan iaitu 300,000 bpd sehari. "Kita harus memikirkan bahawa China dan India sedang membina loji mereka sendiri, di samping menghadapi persaingan dari Korea Selatan, Arab Saudi dan Mesir yang juga membina loji penapisan bagi tujuan eksport," kata Wong lagi.
|
Sinar Harian tidak putar belit fakta Posted: 04 Oct 2012 09:26 AM PDT Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abd Jalil Ali berkata, setiap berita, rencana dan gambar yang disiarkan berdasarkan sumber sahih yang diperoleh menerusi temubual secara langsung, panggilan telefon atau peristiwa di tempat kejadian. "Sejak awal penerbitan akhbar ini kira-kira lima tahun lalu, adalah menjadi prinsip kami untuk melaporkan apa sahaja berdasarkan kebenaran, bukan putar belit fakta untuk melariskan jualan," tegas beliau, semalam. Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya akhbar harian komuniti yang diedarkan seluruh Semenanjung itu memesongkan fakta dalam pemberitaan dengan tujuan melariskan jualan. Sementara itu dalam kes melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dipetik sebuah portal berita bahawa Sinar Harian salah lapor, Abdul Jalil menjelaskan, temu bual itu dibuat di Parlimen dan disaksikan beberapa wartawan lain. "Apa yang kami siarkan adalah temu ramah berekod oleh wartawan dan jurugambar, tidak ada sebarang putar belit atau salah lapor. Wartawan kami boleh menunjukkan bukti apa yang dikatakan oleh YB berkenaan," katanya. Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan pada muka depannya berita bertajuk, 'MB Baru Selepas PRU13' dengan Azmin membayangkan kemungkinan Selangor akan kehilangan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya. Dalam laporan itu, Azmin dilaporkan sebagai berkata, kemungkinan itu berdasarkan kepada faktor keupayaan Abdul Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, keesokan harinya dalam sebuah laman portal Pengerusi PKR Selangor itu menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataannya itu disalah laporkan oleh Sinar Harian. Abdul Jalil turut menegur sikap sesetengah pihak yang sering menuduh media memutarbelitkan fakta sekiranya kenyataan asal yang dibuat menimbulkan kesan negatif setelah disiarkan dalam media. "Ini biasa terjadi, tetapi kami tidak berputus asa sebaliknya akan terus menegakkan profesionalisme kewartawanan dengan melaporkan kebenaran tanpa mengira laporan itu daripada pihak mana," katanya.
|
Lebih 10 pegawai kerajaan jadi tali barut Suaram Posted: 04 Oct 2012 09:24 AM PDT Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998. Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd. "Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan. "Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
|
Suaram terima RM100 juta dana asing? Posted: 04 Oct 2012 04:40 AM PDT Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998. Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini. |
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan